pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Sotong Biskut Crackers Rangup Dan Sedap. Gunakan Biskut Crackers! Sedap Ala Sotong Goreng Tepung!

0 682

Baru-baru ni rasa kempunan pula nak makan sotong goreng tepung macam kat kedai tomyam tu. Sekali terjumpa masakan sotong biskut crackers rangup dan sedap ni yang seakan-akan sotong goreng tepung, tapi menggunakan biskut crackers sebagai bahan utamanya. Wah, cukup rare. Teruja tengok menu ni! Jarang nampak biskut crackers diletakkan dalam masakan.

Selama ni biskut ni paling tidak pun dijadikan bahan dalam kek dan puding sahaja. Rasa biskut cream crackers ni kita tahu ada rasa berlemak dan rasa sangat rangup. Bila dimasak goreng sotong untuk menu ni, biskut ni akan dihancur-hancurkan dan digaulkan sekali dengan tepung jagung.

Ohh, begitu rupanya cara masakan sotong biskut crackers ni. Masih tidak lari sangat dengan resepi sotong goreng tepung, tapi kali ni dicampurkan dengan biskut crackers yang memberikan rasa yang lebih rangup dan berlemak dengan rasa biskutnya tu. Dah jumpa resepi rare ni, rugi kalau tak cuba!

Resepi ni dikongsikan oleh Dayang Suhanah Tiram Berapi. Memang sesuai sangat dijadikan menu santai untuk santapan keluarga. Tak kiralah nak makannya dengan nasi, atau nak meratah begitu je. Sotong biskut crackers ni lagi sedap kalau dicicahkan dengan cili kicap pedas.

Bahan-bahan untuk buat resepi sotong biskut crackers ni mudah dan simple je. Hanya perlukan sotong, biskut crackers, tepung jagung, telur dan sedikit perasa. Bolehlah sesekali cuba tukar selera dari sotong goreng tepung ke menu sotong biskut crackers ni pula.

 

RESEPI SOTONG BISKUT CRACKERS RANGUP DAN SEDAP

Sotong ni memang kita risau kalau menggoreng selalu meletup dalam minyak. Nak masak menu ni, kena berhati-hati dan pandai salutkan campuran biskut crackers bersama dengan tepung jagung sebelum digoreng.

Dan 1 lagi tips yang boleh anda ikut untuk elakkan sotong meletup ialah lumurkan bawang putih yang dicincang pada sotong sebelum sotong dicelurkan dengan bahan lain. InsyaAllah nanti tak meletup masa menggoreng.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Sotong
  • Sedikit bawang putih cincang
  • Biskut crackers
  • Telur
  • Serbuk maggi perasa
  • Tepung jagung

 

Cara buat sotong biskut crackers rangup:

▶️ Mula-mula cuci bersih sotong dan kerat-keratkan saiz sederhana kecil.

▶️ Kemudian lumurkan sotong dengan bawang putih cincang untuk elakkan sotong meletup semasa digoreng. Ketepikan.

▶️ Ambil beberapa keping biskut seberapa banyak yang sesuai dengan kuantiti sotong untuk disalutkan padanya nanti.

▶️ Pecahkan telur dan masukkan sedikit serbuk perasa Maggi. Ketuk sehingga sebati.

▶️ Celupkan kepingan biskut ke dalam telur tersebut.

▶️ Dan hancurkan biskut di dalam mangkuk.

 

BACA JUGA: Cara Buat Ayam Goreng Mamak Rangup. Rahsia Perapan Ayam Paling Sedap!

 

▶️ Tabur dan gaulkan biskut yang dihancurkan tadi pada sotong.

▶️ Dan golek-golekkan sotong atas tepung jagung.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali, dan masukkan sotong yang dicelup tepung tadi. Pastikan semua bahagian sotong dicelupkan biskut dan tepung dengan sekata.

▶️ Dah garing dan warna bertukar keperangan, bolehlah angkat dan toskan.

▶️ Sedia untuk dijamah!

Wahh, tak sangka sedap, lebih crunchy dan rasa berlemak sotong biskut crackers ni. Nak lagi nikmat, makan dengan sos atau kicap pedas untuk menambatkan lagi rasa.

Kalau makan sebagai kudapan pun sedap sangat, tak perlu makan dengan nasi. Resepi sotong biskut crackers rangup ni boleh dijadikan hidangan santai anda sekeluarga pada waktu petang di rumah. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.