Segalanya Tentang Makan..

Asyik Gulai Dan Sambal Je, Jom Masak Udang Goreng Kunyit Pula. Sedap Dan Rangup!

0 3,370

Dah lama rasanya tak makan masakan goreng kunyit ni kan. Asyik masak gulai, masak sambal, dan macam-macam lagi. Dulu masakan kunyit ni selalu makan kat kedai je. Itu pun paling famous ayam goreng kunyit. Paling jarang cuba resepi udang goreng kunyit ni. Rupanya sedap juga.

Udang goreng kunyit ni simple je. Kalau balik-balik kerja penat dan tak sempat nak masak, main campak-campak je, siaplah udang goreng kunyit sedap dan cukup rasa ni. Udang ni special sebab boleh masak kulitnya sekali. Itu yang jadi sedap dan rangup tu.

Ada tak kat sini yang suka aroma dan bau kunyit serbuk? Kalau ada, masakan goreng kunyit ni sesuai untuk anda. Wajiblah ada bau kunyit yang disebatikan dengan bawang besar dan cili. Gabungan ni yang mantap dan sedap bila digaulkan dengan nasi.

Udang goreng kunyit yang simple ni dikongsikan oleh Naeamah Balqis. Masa goreng udang tu tak perlu lama-lama sebab udang cepat masak. Kalau lama dimasak nanti jadi terlampau kecut dan liat.

Nak lagi sedap, lebihkan bawang holland atau bawang besar. Bawang ni nanti yang sedap bila dimakan dengan nasi. Jom lihat resepi simple ni.

 

RESEPI UDANG GORENG KUNYIT

Dalam resepi ni dimasukkan lada benggala dan sedikit cili merah untuk beri rasa pedas. Terpulang pada anda nak pedas macam mana. Kalau nak guna cili padi pun boleh juga. Tapi lada benggala ni antara lada yang sedap dan ada baunya yang tersendiri. Sedap digaul dalam masakan kunyit.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Udang
  • Bawang holland
  • Lada benggala (potong panjang-panjang)
  • Cili merah (hiris kecil)
  • Garam
  • Serbuk kunyit

Cara masak udang goreng kunyit:

▶️ Cuci bersih udang dan buang kepalanya.

▶️ Gaul sekata serbuk kunyit dan garam pada udang.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali. Minyak jangan sikit sangat. Nanti ada udang yang tak masak pula.

▶️ Bila minyak dah betul-betul panas, masukkan udang yang bersalut kunyit tadi.

▶️ Goreng jangan sampai garing. Sekejap pun okay sebab udang cepat masak.

▶️ Kemudian masukkan bawang holland, lada benggala dan cili merah yang telah dihiris tadi.

▶️ Kacau sehingga sebati dan bawang agak layu.

▶️ Dah siap tu terus angkat. Jangan lama sangat, nanti udang kecut.

▶️ Sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas.

 

BACA JUGA: Masak Tumis Udang Simple Campak-Campak Je, Serius Sedap. Cukup Rasa Pedas Wangi. Sekejap Siap!

 

Haa, tengok pun dah terliur kan. Apatah lagi rasa. Masakan kunyit ni antara makanan paling simple untuk dimasak.

Kalau malas lagi nak ke dapur dan tak sempat nak masak katanya, rugilah anda sebab tak dapat rasa masakan sedap ni. Sedangkan mudah je nak masak.

Kalau nak tambahkan lagi rasa, boleh masukkan kacang panjang untuk jadi penambahan lauk sayurnya. Ikutlah selera anda. Jangan lupa cuba resepi udang goreng kunyit ni.

Leave A Reply

Your email address will not be published.