Selalunya beli ayam gunting kat food truck tu harga boleh cicah sampai RM8 ke 9. Kalau buat sendiri ni lebih jimat. Rasa hampir sama dengan ayam gunting yang dijual, padahal gunakan bahan yang simple je. Nak buat pedas tahap mana, boleh adjust ikut citarasa anda.
Puas dapat makan berketul-ketul. Rasanya sedap dengan kerangupan dan kepedasannya. Kalau anda nak tahu, yang buatkan sedap resepi dari Nana Ruzanna ni sebab beliau gunakan keropok Twisties perasa kari bbq sebagai salah satu bahan salut lepas ayam digoreng.
Bukan je pedas, sedap pula tu rasanya. Buat perasa ni memang laju anak-anak makan. Tapi kalau nak buat perasa lain pun boleh, ikut citarasa anda sendiri.
Yang pasti, sebelum goreng kena perap dulu ayam dengan tepung Bestari. Memang berganda-ganda sedap resepi ni. Rugi kalau anda tak cuba.
Resepi ni buat dengan ayam bahagian dada. Senang nak perap dan goreng. Tapi kalau anda nak buat juga dengan bahagian lain pun boleh. Ikutlah selera masing-masing.
RESEPI AYAM GUNTING
Selain Twisties perasa kari bbq, nak buat perasa cheese pun boleh. Caranya sama je. Cuma, kalau nak buat perasa cheese tu, boleh buat style cheesy chicken popcorn dengan potong ayam kecil-kecil sikit berbanding buat ayam gunting.
Bahan-bahannya:
- Ayam bahagian dada
- Tepung goreng rangup serbaguna Bestari
- Keropok Twisties perasa BBQ / perasa cheese
- Serbuk cili
- Serbuk sedap rasa atau kiub pati ayam
Cara buat ayam gunting:
▶️ Mula-mula hiris nipis dada ayam.
▶️ Kemudian tumbuk-tumbuk manja.
▶️ Campurkan tepung Bestari ke dalam ayam dan masukkan sedikit air.
▶️ Air tu masukkan sedikit je dan gaul sebati supaya nanti lebih menyerap ke dalam ayam.
▶️ Kemudian perap selama ½ jam.
▶️ Kalau anda nak rasa pedas isi ayam ni, gunakan tepung Bestari perisa pedas. Kalau tak nak, guna je perisa original.
▶️ Lepas perap, bedakkan ayam dengan tepung bestari lagi untuk goreng. Kali ni tak perlu campurkan air.
▶️ Kemudian goreng dalam minyak yang panas.
▶️ Sambil ayam tengah goreng tu, buat bahan salut ayam.
▶️ Caranya, kisar keropok twisties dengan serbuk cili dan ½ kiub pati ayam.
▶️ Lepas ayam dah angkat, salutkan dengan bahan yang telah dikisar tadi.
▶️ Pastikan lepas angkat ayam terus salut sebab kalau sejuk nanti susah nak melekat.
▶️ Kalau nak salutan yang sekata, masukkan ayam yang dah digoreng dan bahan kisar tadi dalam bekas bertutup, kemudian gonjang.
▶️ Dah siap, bolehlah gunting.
▶️ Kalau nak buat salutan cheese pula, boleh buat style cheesy chicken popcorn.
▶️ Guna cara yang sama dengan ayam gunting, cuma potong ayam kecil-kecil dan salutkan dengan Twisties perasa cheese.
▶️ Dah siap.
BACA JUGA: Cara Buat Ayam Percik Pasar Malam. Salut Kuah Merah Pekat Dan Sedap, Puas Gila Makan.
Puas hati buat dua jenis perasa. Dapat makan sampai puas. Kalau anda makan macam tu je dah cukup sedap. Lagi-lagi goreng rangup-rangup.
Tapi kalau nak menambahkan lagi rasa, boleh cicah dengan sos cili atau sos black pepper. Seronok makan sekeluarga. Lepas ni boleh buat sendiri je. Tak perlu beli lagi dah.
Jauh lebih jimat kalau buat sendiri ayam gunting ni. Buat pelbagai rasa dan style pun boleh ikut selera anda. Jangan lupa mencubanya.