Segalanya Tentang Makan..

Jom Buat Bakar-Bakar Sosej, Crab Stick Dan Macam-Macam Lagi. Dengan Sos Cili Padi Thai!

0 3,450

Bestnya hujung minggu ni buat projek bakar-bakar dengan anak-anak. Bakarlah apa pun. Sosej bakar, crab stick, isi udang, hotdog cheese dan telur, sosej pulut, sosej tomyam dan sebagainya. Pergi je kedai frozen food dan pilih apa kita nak. Hidangkan sekali dengan sos cili padi Thai.

Yang penting ialah bila nak buat sos pencicah ni. Yang ini bukan cicah lagi dah. Curahkan je terus atas segala process food yang anda dah bakar. Tapi terpulanglah. Takut nanti ada anak-anak yang tak makan pedas pula kan.

Sebab resepi yang dikongsikan oleh Wan Muhammad Hafiz Satar ni ialah sos cili padi Thai. Takut pedas sangat pula nanti kalau anak-anak makan. Lagipun tak semua nak makan bersalutkan sos Thai. Nak juga cicah dengan sos cili.

Ikutlah cara hidangan macam mana anda suka. Kalau suka pedas, curahkan je terus sos cili padi thai ni atasnya.

Selain process food je, kalau anda nak bakar seafood lain pun boleh. Dah alang-alang siap buat sos Thai ni kan. Selalunya paling sedap ialah sotong bakar, udang dan kerang.

 

RESEPI SOS CILI PADI THAI

Kalau menu thai ni, biasanya kena ada masam, masin, manis dan pedas cukup rasa. Mesti ada taburan daun ketumbar juga untuk wangikan kuah. Mudah je bahan-bahannya. Tahap kepedasan sos anda boleh buat ikut citarasa.

Bahan-bahan sos cili padi Thai:
  • 1 cawan cuka
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu makan tepung ubi (nak pekatkan kuah. Bancuhkan dulu dengan sedikit air)
Bahan kisar:
  • 1 genggam cili padi merah dan hijau
  • 4 biji cili besar merah (kalau anda nak pedas, pakai terus cili padi semuanya. Kalau nak kurang pedas, kurangkan cili padi dan lebihkan cili merah ni)
  • 6-8 ulas bawang putih
Cara membuatnya:

▶️ Kisarkan bahan yang perlu dikisar sehingga hancur lumat.

▶️ Masukkan bahan kisar dan kesemua bahan lain dalam periuk/pan.

▶️ Kacau dan masak sampai gula larut dan likat.

▶️ Bila dah siap, taburkan daun ketumbar yang telah dihiris.

▶️ Sedia untuk dihidangkan.

▶️ Atau nak curah terus atas bahan yang telah dibakar pun boleh.

 

BACA JUGA: Cara Buat Sotong Goreng Tepung Paling Senang. Buat Sendiri Sos Thai Untuk Cicah.

 

Sedapnya tak terkata. Padahal simple je bahan-bahannya. Kadang-kadang mak ayah pening tak tahu nak buat projek makan-makan apa untuk anak-anak pada hujung minggu.

Kalau nak buat simple-simple je, bakar je process food. Tapi janganlah selalu-selalu. Walaupun anak-anak suka, tak baik juga untuk kesihatan. Sekali-sekali tu tukarlah pada seafood sebenar pula.

Resepi sos cili padi Thai yang dikongsikan ni yang paling simple sekali anda boleh buat. Semua bahan memang dah ada di dapur. Jangan lupa mencubanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.