Warning: fopen(/tmp/43d7022db89b31c3bcd6aa2618980fd7-J1C9ps.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/43d7022db89b31c3bcd6aa2618980fd7-J1C9ps.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Begedil Ayam Sedap Dan Padat. Ayam Dan Kentang Digoreng Dulu Dan Tumbuk Lumat, Serius Padu!

0 1,605

Nak buat begedil ni macam-macam cara ada. Cuma bahan-bahan asas je kebanyakannya sama. Gantikan je sama ada daging atau ayam ikut perisa apa anda nak buat. Dalam banyak-banyak resepi, begedil ayam yang sedap dan padat dikongsikan oleh Norhafizan Ezan Sulaiman ni amat menarik perhatian.

Begedilnya tak nampak lembik dan isi kelihatan padat. Berbeza dengan resepi lain, beliau gunakan ayam sebenar dan bukan ayam kisar. Ayam dan kentang akan digoreng dulu separa garing. Barulah selepas tu dihancurkan untuk sebatikannya dengan bahan lain.

Bila dah goreng separuh garing tu, lebih mudah kalau anda hancurkannya dalam heavy mixer. Kalau nak tumbuk pun boleh juga, cuma nanti gunakan tenaga lebih sikitlah. Isi ayam dan kentang ni akan lebih padat nanti.

Patutlah hasil begedilnya tak lembik dan padat. Tambah lagi kentang pun digoreng juga dan bukan direbus. Selama ni kan kebanyakannya rebus, mungkin sebab tu air lebih meresap ke dalam kentang.

Alang-alang dah jumpa resepi menarik ni, jom cuba membuatnya. Makan macam tu je cicah dengan kicap pedas memang sedap. Kalau nak hidangkan dengan mee sup atau soto pun enak juga.

 

RESEPI BEGEDIL AYAM SEDAP PADAT

Buat sekali banyak lebih mudah. Kalau anda tak nak goreng semua pun, boleh frozenkan terus. Bila nak makan nanti, keluarkan je dari peti ais dan terus goreng. Tak perlu buat adunannya banyak kali.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 10 biji kentang saiz sederhana (hiris)
  • Isi ayam (gaulkan serbuk kunyit dan garam)
  • 7 biji bawang kecil (dihiris halus)
  • Daun sup (boleh agak-agak)
  • 2 biji telur (asingkan kuning dan putih)
  • 2 sudu teh garam
  • 2 sudu teh lada hitam

Cara masak begedil ayam:

▶️ Mula-mula potong kentang dan hirisnya halus-halus.

▶️ Gorengkan dalam minyak panas. Kemudian angkat dan toskan.

▶️ Goreng juga bawang kecil yang dah dihiris tadi sampai garing. Angkat dan toskan.

▶️ Goreng ayam pula yang dah digaul dengan serbuk kunyit dan garam. Lepas tu kisar dalam blender kering sampai lumat. Nak tumbuk pun boleh.

▶️ Kentang yang dah digoreng tadi dimasukkan ke dalam mixer. Kemudian putar sampai lumat. Kalau tak ada mixer boleh tumbuk.

▶️ Satukan kentang ni dengan ayam yang dah dikisar lumat tadi, bawang goreng, daun sup, telur kuning, garam dan lada hitam.

▶️ Putarkan kesemuanya sehingga sebati.

▶️ Ini hasil semua bahan dah digaulkan.

▶️ Bulatkan adunan macam ni. Ikut saiz dan bentuk yang anda suka.

▶️ Celupkan ke dalam telur putih.

▶️ Dan goreng dalam minyak yang panas.

▶️ Dah garing boleh angkat dan toskan.

▶️ Sedia dihidang dengan kicap pedas.

▶️ Kalau tak nak goreng semua, boleh masukkan dalam peti ais sejuk beku.

 

BACA JUGA: Resepi tauhu Begedil Mudah Je. Rahsia Nak Dapatkan Sambal Kicap Sedap Dan Padu!

 

Tengok pun dah terliur kan. Buat untuk anak-anak mesti mereka suka. Makanan bergoreng macam ni sedap buat makan-makan santai minum petang.

Kalau nak makan dengan nasi sebagai penambahan lauk pun boleh juga. Makan panas-panas lagi bertambah sedap.

Bagi yang suka makanan bergoreng, bolehlah buat begedil ayam sedap dan padat ni. Puas hati dengan isinya. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.