Segalanya Tentang Makan..

Jom Ubah Selera Kepada Bihun Goreng Tomyam Yang Super Sedap Ni. Senang Je Buatnya!

0 2,406

Masak bihun goreng biasa dah selalu dah. Buat goreng Singapore atau lada hitam pun pernah. Apa kata jom buat bihun goreng tomyam yang super sedap ni pula. Bihun ni jarang kita buat kan. Sebenarnya sedap dengan bau pes tomyamnya dan juga wangi dek daun limau.

Bila buat untuk makan malam pun boleh makan sampai bertambah-tambah dek terlampau menyelerakan. Bihun goreng tomyam ni sedap kalau dimasak kering-kering meenya. Kalau buat style basah sedap juga, cuma yang garing sikit bihunnya ni lebih sedap.

Nak buat pedas lebih boleh, atau nak lebih masam pun boleh buat ikut citarasa anda. Itu sebabnya untung kalau buat masakan tomyam ni sendiri. Masakannya tu boleh dibuah suai bahan-bahannya yang kena dengan selera tekak kita.

Bihun goreng tomyam ni lagi sedap kalau masukkan sekali ayam atau udang dan sayuran lain sebagai penambah bahan. Tak ada lah nampak kosong nanti bihun tu.

Jom kita lihat resepi bihun goreng tomyam yang dikongsikan oleh Liza Idris ni. Bahannya tak susah pun. Semua bahan ramuan yang mudah, cuma lebihkan pada bahan tambahan seperti sayuran.

 

RESEPI BIHUN GORENG TOMYAM

Kalau nak pedas atau kurang pedas, anda boleh adjust cili kering kisar. Untuk masak bihun tomyam atau nasi goreng tomyam sekali pun, bahan serai dan daun limau purut wajib ada yang berikan aromanya. Jangan ter’skip’pula.

Bahan-bahan yang diperlukan:
Bahan kisar:
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 6 tangkai cili kering
Bahan lain:
  • 2 batang serai
  • 5 biji cili padi
  • 3 sudu besar pes tomyam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 5 helai daun limau purut
  • ½ paket fish ball
  • Sedikit udang dan ayam
  • 1 batang lobak merah
  • 1 pokok sawi
  • Sayur kubis
Cara masak bihun tomyam:

▶️ Panaskan minyak dalam kuali.

▶️ Masukkan bahan kisar dan tumis.

▶️ Kalau nak lagi sedap dan pedas, boleh tumis dulu 3 ulas bawang putih dan 5 biji cili padi hiris nipis. Lepas tu baru masukkan bahan kisar.

▶️ Tapi kalau tak nak pedas sangat, ikut resepi asal pun okay.

▶️ Lepas tu masukkan serai yang dititik. Biarkan sampai pecah minyak dan naik baunya.

▶️ Masukkan pes tomyam. Kalau perasa tomyam jenis kiub pun boleh juga gunakan kalau ada yang itu je. Gaul sebati.

▶️ Kemudian dah nampak pecah minyak elok, masukkan ayam. Dan kacau sampai ayam kelihatan masak.

▶️ Masukkan pula udang dan kacau lagi.

▶️ Seterusnya masukkan bahan-bahan lain iaitu fishball, sos tiram dan daun limau purut. Kacau sekata.

▶️ Perasakan dengan 2 sudu gula. Kalau nak tambah garam ikut citarasa.

▶️ Masukkan sayur yang keras dulu seperti lobak merah dan batang sawi.

▶️ Masukkan sikit air dalam 1 cawan.

▶️ Lepas tu masukkan 3 sudu kicap biasa dan kacau sebati.

▶️ Dah boleh masukkan bihun. Kacau rata rencah bahan pada bihun.

▶️ Kacau perlahan-lahan sampai semua bahannya sekata.

▶️ Dan akhir sekali masukkan sawi dan kobis yang mudah layu ni.

▶️ Kacau-kacau sekejap dah boleh padamkan api.

▶️ Sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Resepi Bihun Kungfu Sedap Dan Power! Mudah Je Masaknya Tapi Cukup Special.

 

Nak hidangkan dengan telur goreng pun sedap. Tapi sebenarnya bahan-bahan lain dalam bihun dah cukup banyak.  Ada ayam, udang, sayuran pelbagai. Kalau di kedai susah nak dapat macam ni.

Berbaloi kan buat sendiri. Dapat nikmatinya sekeluarga. Yang penting sedap, cukup berasa dengan masam, masin dan wangi tomyamnya.

Lepas ni kalau teragak bihun, buatlah bihun goreng tomyam yang super sedap ni. Lepas ni kalau tetamu datang pun boleh hidangkan bihun tomyam yang simple tapi sedap. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.