Segalanya Tentang Makan..

Jom Buat Kimbap Korea. Mudah Je Dan Dijamin Sedap. Buat Versi Selera Melayu! Confirm Repeat.

0 738

Bila tengok drama dan rancangan Korea selalu sangat nampak hidangan kimbap ni. Teringin pula nak cuba kan. Sebenarnya tak susah pun nak buat kimbap Korea yang super sedap ni. Syaratnya perlu ada seaweed untuk gulungkan nasi dan bahan-bahan di dalamnya.

Makanan ni dikira simple tapi boleh mengenyangkan. Bayangkan nasi dan lauk dimakan dalam bentuk hidangan seketul-seketul. Memang begitulah hidangan makanan Korea yang mula terkenal di serata dunia ni.

Tak dinafikan kimbap ni sedap juga rasanya seakan-akan makan nasi dengan lauk yang simple. Tapi kalau diikutkan selera orang Korea dan Malaysia ni mungkin ada perbezaannya sedikit. Terutama bahan dan ramuan yang ada di dalam kimbap ni.

Jadi, apa kata jom cuba dulu buat kimbap versi Melayu yang kena dengan selera dan tekak kita seperti yang dikongsikan oleh Ibtihal Abdul Hamid ni. Menurut resepi beliau, bahan dalam kimbap yang dibuat ialah ayam atau daging panggang bulgogi.

Selain tu, dimasukkan juga beberapa ketul lobak merah dan telur dadar. Memang sedap dan menyelerakan.

 

RESEPI KIMBAP ALA KOREA

Nak buat kimbap ni, bahan utama perlu ada ialah seaweed dan juga nasi. Untuk seaweed, pastikan anda gunakan yang original tanpa ada perasa tambahan.

Untuk nasi pula boleh masak seperti biasa, cuma lebihkan sikit air supaya nasi agak lembik sedikit dan mudah untuk digulung nanti.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Seaweed (ori)
  • Nasi (digaulkan dengan serbuk lada dan garam)

Bahan perapan bulgogi daging:
  • Daging dipotong kecil-kecil
  • Halia
  • Bawang putih
  • Kicap manis
  • Sos tiram
  • Serbuk lada
Cara buat perapan bulgogi daging:

▶️ Tumbuk halia dan bawang putih, dan lumurkan pada daging.

▶️ Campurkan kicap manis, sos tiram dan serbuk lada. Boleh agak-agak kuantitinya.

▶️ Kemudian perap selama ½ ke 1 jam.

Bahan perapan bulgogi ayam:
  • Ayam dipotong kecil-kecil
  • Bawang putih
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Serbuk lada
Cara buat perapan bulgogi ayam:

▶️ Tumbuk bawang putih dan lumurkan pada ayam.

▶️ Campurkan dengan sos tiram, sos cili dan serbuk lada.

▶️ Dan perap dalam ½ ke 1 jam.

Bahan lain:
  • Lobak merah 1 biji yang dipotong panjang-panjang. Kemudian masakkan sekejap atas api.
  • Telur 2 biji yang dibuat telur dadar. Potongkan panjang-panjang juga.

Cara penyediaan kimbap:

▶️ Masak nasi dengan lebihkan air supaya nasi sedikit lembik.

▶️ Selepas nasi dah masak, boleh taburkan serbuk lada dan juga garam, kemudian gaulkan sebati. Kalau anda suka, boleh tambahkan sikit cuka dan gula.

▶️ Untuk daging dan ayam tadi, selepas perap, boleh grill sehingga masak.

▶️ Ratakan nasi atas seaweed, dan susunkan ayam atau daging yang dah siap dimasak.

▶️ Selang selikan dengan lobak merah dan juga telur. Atau susunlah ikut cara anda suka.

▶️ Kemudian gulungkan.

 

BACA JUGA: Buat Penggemar Makanan Korea, Jom Buat Spicy Enoki! Gerenti Makan Sampai Licin!

 

▶️ Dah siap, boleh potong. Sedia untuk dihidangkan.

Makam macam tu je dah cukup sedap dan menyelerakan. Tapi kalau nak lagi enak, anda boleh buat apa-apa jenis kicap dan sos untuk dijadikan pencicah.

Kadang-kadang ada juga ibu yang buntu untuk buat hidangan anak-anak kecil yang kurang suka makan nasi kan. Boleh cuba gimbap ni untuk menarik perhatian mereka.

Untungnya buat kimbap korea ni ialah cara hidangannya yang mudah dan simple. Kalau nak bercuti atau travel, lebih mudah buat kimbap untuk dijadikan bekal. Betul tak? Nanti bolehlah mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.