Kalau anda dapat buat macam ni punya banyak perisa marjerin, mahu hari-hari makan roti di rumah kan? Dapatlah merasa makan lain-lain perisa. Anak-anak mesti suka. Memang lepas ni tak pening dah cari sapuan roti di luar. Bila buat sendiri krim marjerin homemade ni, lebih jimat kata orang tu.
Nak rasa coklat, strawberi, vanilla, pandan, jagung dan sebagainya, memang tak ada hal lah. Resepi marjerin lain-lain perisa ni dikongsikan oleh Masni Bahari. Buatlah apa-apa perisa pun yang anda suka. Janji anda ada perisanya.
Perisa ni kalau nak macam-macam jenis, carilah di kedai kek. Sebab tak semua kedai runcit ada. Kalau masuk kedai bahan-bahan kek ni, perisa yang jarang anda jumpa pun akan dapat di sana.
Nak buatnya sebenarnya mudah je. Asasnya, bahan yang diperlukan hanya marjerin dan gula je. Tapi kalau nak lebih rasa lemak, masukkan beberapa bahan tambahan lain.
Cara buatnya hanya putar dengan mixer sampai putih gebu, lepas tu campur dan gaulkan dengan apa-apa perisa yang anda suka.
RESEPI KRIM MARJERIN HOMEMADE
Satu pantang larang yang anda perlu tahu ialah pastikan anda gunakan marjerin sebagai bahan asasnya. Jangan gunakan butter sebab butter ni cepat cair. Lepas dah siap, boleh simpan dalam peti sejuk.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1 cawan marjerin Pelangi
- 1 cawan gula (kisar)
- ½ cawan susu cair
- 4 sudu besar susu pekat
- Secubit garam (untuk bangkitkan lemak susu cair)
Perisa (ikut perisa masing-masing):
- Koko untuk perisa coklat
- Putih untuk perisa vanilla
- Pink untuk perisa strawberi
- Hijau untuk perisa pandan
- Kuning untuk perisa jagung
- Dan lain-lain
Cara buat krim marjerin sendiri:
▶️ Satukan kesemua bahan dalam mangkuk mixer kecuali perisa.
▶️ Kemudian mix kan sampai putih gebu dan kembang.
▶️ Lepas dah gebu tu, masukkan perisa dan gaul sebati.
▶️ Dah boleh sapu pada roti.
▶️ Kalau nak simpan, masukkan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti ais.
BACA JUGA: Pernah Makan Peach Strudel? Patutlah Viral. Sedap Dengan Lapisan Rangup Dan Cream Cheese.
Selain sapu pada roti, nak sapu atas kek pun boleh tau. Serius sedap rasanya. Dengan creamy dan cukup lemak manis, tak cepat muak anda makan.
Sebenarnya banyak lagi perisa sedap anda boleh buat. Contohnya perisa keladi, pisang, kopi, blueberry, tiramisu, coconut waffle dan sebagainya. Banyaklah yang anda boleh buat. Cari je di kedai bahan-bahan membuat kek.
Nanti boleh buat lebih untuk sapuan roti atau kek. Untung buat sendiri krim marjerin homemade ni. Dapat merasa bermacam jenis perisa. Jarang-jarang orang buat. Ada waktu lapang nanti di rumah tu, nanti bolehlah cuba.