Segalanya Tentang Makan..

Buat Sendiri Sos Cheese Leleh Ala Kfc. Cicah Dengan Apa Pun. Sedap Sampai Menjilat Jari!

0 3,528

Anda peminat keju? Kalau bukan anda pun mesti anak-anak gemarinya. Tiap kali makan Kfc geram je tengok cheese leleh yang menyaluti wedges tu kan. Kali ni jom buat sendiri sos cheese leleh ala Kfc ni untuk anak-anak, tak kiralah nak cicah dengan kentang atau apa-apa snek bergoreng.

Bila buat sendiri ni lagi puas. Boleh curahkan extra cheese ikut kehendak hati. Makan sampai menjilat jari. Kadang-kadang anak-anak ni susah nak habiskan makanan apa yang ibu sajikan. Bila ada sos cheese leleh ni boleh jadi salah satu tarikan mereka.

Bukan je boleh cicah dengan makanan bergoreng seperti kentang atau ayam. Malah kalau buat burger homemade pun boleh letakkan cheese leleh ni untuk rasa extra sedap. Selain tu, untuk masakan seperti udang atau sotong goreng tepung pun boleh cicah dengan sos cheese leleh ni.

Tak rugi kalau anda cuba resepi yang dikongsikan oleh Nor Seri Azlina Bustani ni. Bahan-bahan dan cara penyediaannya mudah.

Dan kalau buat sendiri ni perbelanjaannya lagi murah berbanding beli yang ‘ready made’. Pada yang berniaga pun boleh guna pakai resepi ni untuk lebih jimat.

 

RESEPI SOS CHEESE LELEH ALA KFC

Untuk sukatan bahan yang disediakan, boleh dapat dalam anggaran 1 kilo sos cheese leleh. Kalau anda nak buat lebih, boleh gandakan bahan-bahannya.

Bahan-bahan sos cheese leleh ala Kfc:
  • Cheese 3 keping (tak kira apa-apa jenama)
  • Mentega 70 gram
  • Kiub ayam 2 ketul (pakai tumix sedap)
  • Serbuk lada sulah 1 sudu kecil
  • Serbuk lada hitam 1 sudu kecil
  • Gula 1 sudu besar
  • Garam secukup rasa
  • Susu full cream secawan
  • Tepung gandum 2 sudu (Pakai tepung Bestari lagi sedap. Dibancuh dengan air biasa dan anggaran bila dah bancuh tu dapat ½ cawan. Kalau nak pedas, gunakan tepung Bestari yang pedas)
  • Pewarna kuning
  • Lemon ½ biji (wajib ada supaya sos tak cepat muak)

Cara buat sos cheese leleh ala Kfc:

▶️ Mula-mula panaskan kuali dan masukkan mentega dan susu. Kacau sehingga ianya mencair.

▶️ Kemudian masukkan kepingan cheese dan kiub ayam. Teruskan kacau sehingga cair dan sebati.

▶️ Seterusnya masukkan lada sulah, lada hitam, gula, garam, dan bancuhan air tepung.

▶️ Perahkan lemon. Dan sentiasa kacau supaya tak hangit.

▶️ Bila sos dah kelihatan likat dan tak berketul, boleh tutupkan api.

▶️ Boleh rasa. Pastikan cukup rasa garam, gula, perasa dan cukup dengan citarasa.

▶️ Sejukkan dulu.

▶️ Dan akhir sekali masukkan dalam blender bersama 3 sudu minyak masak.

▶️ Kisar sos ni supaya lebih halus dan tidak berketul.

▶️ Dah siap. Boleh simpan dalam botol dan letakkan dalam peti sejuk.

 

BACA JUGA: Cara Buat Fish And Chip Dengan Sos Black Pepper Homemade Yang Padu. 

 

Mudahkan cara buatnya. Berbaloi sebab dapat hasilkan sekilo terus sos cheese. Dan rasanya lebih 90% rasa sos cheese leleh ala Kfc.

Yang bestnya boleh adjust nak rasa bahang pedas yang lebih dengan serbuk lada hitam atau tepung Bestari. Kadang-kadang kalau makan sos cheese yang pedas ni lagi puas bagi kita yang dewasa ni.

Bolehlah lepas ni cuba buat sendiri sos cheese leleh ala Kfc ni dan nikmatinya sekeluarga. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.