pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Bubur Lambuk Periuk Nasi. Buat Sendiri Resepi Mudah Je. Serius Sedap!

0 16,702

Bubur lambuk ni time bulan puasa je selalu dicari. Kita pula kalau bukan bulan puasa jarang nak makan. Tapi sesekali tu kalau teragak, agak susah juga nak dapatkannya sebab tak ramai yang jual. Ada cara buat bubur lambuk sendiri masak dalam periuk nasi. Masaknya akan lebih cepat.

Buat apa nak pening-pening. Buat sendiri lebih puas hati. Bubur lambuk ni bukan macam bubur biasa. Sebab rasanya lebih pekat dan beraroma. Lengkap dengan tumisan bawang, halia, lada hitam, perencah, bahan santan dan macam-macam bahan tambahan lain.

Cuma kadang-kadang tu yang bezanya sama ada bubur nasinya lebih halus atau lebih kasar. Semua tu ikut citarasa masing-masing.

Yang penting bahan rencah perlu berasa. Salah satu sebab bubur lambuk ni istimewa sebab ada daging di dalamnya. Yang cantikkan lagi dan naik seri bubur disebabkan oleh kentang dan lobak merah.

Kalau tak ada sayuran atau bahan campuran lain ni tak sedap pula kan. Jom lihat perkongsian resepi bubur lambuk yang mudah dan sedap dikongsikan oleh Nur Haziqah ni.

 

RESEPI BUBUR LAMBUK PERIUK NASI

Bubur lambuk ni ada bermacam versi sebenarnya. Ada lah perbezaan sikit bahab-bahan ramuannya. Resepi yang dikongsikan ni lebih kepada style bubur lambuk utara.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 ½ pot beras (cuci, rendam dalam 15 minit, kemudian toskan)
  • Daging (dihiris kecil, basuh dan toskan)
  • Perencah sup adabi 1 bungkus
  • Daun sup (dihiris kecil)
  • 1 batang lobak merah (potong dadu)
  • 1 biji ubi kentang (potong dadu)
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 inci halia
  • ½ sudu kecil serbuk lada hitam
  • 100 ml santan
  • 2 liter air
  • Bawang goreng
  • Gula dan garam

Cara masak bubur lambuk:

▶️ Kisar halia, bawang putih dan bawang merah dengan sedikit air.

▶️ Kisar sehingga halus.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar tadi sampai naik bau.

▶️ Masukkan 1 bungkus perencah sup dan kacau sebati.

▶️ Masukkan daging dan kacau dalam 1 minit.

▶️ Masukkan pula beras yang dah siap ditos tadi. Kacau rata.

▶️ Kemudian masukkan ramuan ni ke dalam periuk nasi.

▶️ Masukkan air, ubi kentang dan juga lobak merah. Masak sehingga beras kembang.

▶️ Selepas beras dah kembang, masukkan santan, gula, garam dan lada hitam.

▶️ Masukkan juga daun sup dan bawang goreng.

▶️ Kacau sebati dan masak lagi sampai beras hancur.

▶️ Dah siap, boleh hidangkan.

 

BACA JUGA: Resepi Nasi Air Thai. Hidangan Bubur Nasi Lembut Dan Kuah Sup Yang Cukup Berperisa!

 

Kalau nak makan makanan simple selain nasi berlauk, sesuai kalau anda nak buat bubur lambuk ni. Rasa pun sedap sebab kaya dengan bahan dan ramuan.

Kadang-kadang bila hari-hari makan nasi berlauk, boleh muak juga kan. Ada resepi bubur lambuk ni bolehlah jadi idea buat hidangan untuk keluarga.

Idea bubur lambuk masak dalam periuk nasi ni mungkin salah satu cara masak bubur lambuk yang mudah anda boleh buat. Mungkin masak cara lain pun senang juga. Ikutlah mana yang anda suka, yang penting bahan-bahannya perlu cukup. Semoga bermanfaat!

Leave A Reply

Your email address will not be published.