Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Cendawan Celup Tepung, Rangup Dan Sedap. Paling Senang Nak Buat.

0 253

Duduk-duduk rumah ni terasa nak mengunyah cendawan celup tepung pula. Lagi-lagi buat gorengannya tu rangup. Cendawan ni sebenarnya rasanya sedap. Buat salut dengan tepung berperisa lagilah enak. Sebab bukan hanya salut tepung biasa je.

Nak menaikkan lagi rasa, gunakan tepung bestari. Tepung bestari ni, kalau buat sotong dan udang celup tepung pun sedap. Dan untuk dapatkan gorengan rangup, kena campurkan dengan tepung yang betul juga. Biasanya guna tepung jagung dan tepung beras.

Sekarang ni dah jadi wajib dah ada tepung bestari kat rumah. Goreng apa pun sedap. Sebab tepung bestari ni dah ada rasa dia. Tinggal terpulang pada anda nak guna perisa original atau perisa pedas.

Cuma kalau nak tambahkan rangup, wajiblah campur tepung beras atau jagung je. Bukan main sedap lagi rasanya. Tak percaya, cubalah.

Resepi cendawan celup tepung yang mudah ni dikongsikan oleh Aisyah Humaira. Biasanya makan macam tu je sedap, atau cicah dengan sos manis pedas Thai yang sedia ada dijual.

 

RESEPI CENDAWAN CELUP TEPUNG

Kalau pergi ke pantai timur, selain sotong celup tepung, cendawan celup tepung ni antara yang terkenal. Bila dapat buat sendiri ni lebih puas hati. Mana-mana pun boleh buat sendiri. Nak makan banyak mana pun boleh.

Bahan-bahan yang diperlukan:
Bahan kering:
  • 1 cawan tepung bestari pedas (kalau tak nak pedas, anda gunakan tepung original)
  • 2 sudu besar penuh menggunung tepung jagung
  • 3 sudu besar penuh menggunung tepung beras
  • Sedikit serbuk kunyit (nak cantikkan lagi warna)
  • Garam secukup rasa (jangan banyak sangat sebab tepung bestari dah masin)

Bahan lain:
  • 1 paket cendawan
  • 2 sudu besar air kapur makan
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng
Cara buat cendawan celup tepung:

▶️ Satukan kesemua bahan kering dalam 1 besen dan gaul sebati.

▶️ Kemudian masukkan air sikit demi sedikit dan kacau sekata.

▶️ Pastikan hasil adunan tak terlalu pekat atau tak terlalu cair.

▶️ Cerai-ceraikan cendawan yang terlampau besar sangat.

▶️ Lepas tu masukkan separuh dulu cendawan ke dalam adunan yang dibancuh tadi.

▶️ Biarkan salut sekata dan panaskan minyak.

▶️ Lepas minyak dah betul-betul panas, masukkan satu persatu cendawan yang bersalut.

▶️ Goreng sehingga bertukar warna dan garing rangup.

▶️ Angkat dan toskan.

 

BACA JUGA: Resepi Ikan Celup Tepung Sedap. Rahsia Dapatkan Kerak Yang Banyak Dan Rangup!

 

Sedia untuk dihidang. Makan macam tu pun sedap, tapi kalau cicah sos Thai lagi nikmat. Serius padu. Makan sepinggan mesti laju je licin ni.

Kalau makan cendawan salut tepung ni memang ralit. Tak sedar ratah sampai habis. Untuk anak-anak, kalau tak makan pedas, anda boleh gunakan tepung bestari perisa original.

Lepas ni kalau nak buat kudapan santai nak makan kat rumah, boleh buat cendawan celup tepung ni. Mudah je. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.