Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Keropok Nasi. Selalu Makan Dengan Nasi Goreng Kedai. Buat Kudapan Pun Layan!

0 794

Kalau order nasi goreng ke, atau mee goreng kat kedai makan selalu nampak hidangan ada keropok nasi ni kan. Tapi dululah. Sekarang macam dah kurang je. Rindu pula nak makan buat ratah-ratah sebab keropok ni serius sedap. Rupanya cara buat keropok nasi ni mudah je.

Kalau ada nasi lebih siang tadi punya, boleh simpan buat keropok ni. Rupanya nasi ialah bahan utamanya dan juga tepung ubi. Campurkan dengan sedikit garam dan bawang putih, lepas tu uli sampai jadi doh.

Cuma kalau anda nak makannya hari ni, dohnya kenalah buat malam tadi. Sebab perlu disimpan dulu dalam peti sejuk semalaman. Esoknya perlu jemur pula lagi. Jadi, ambil masa sikitlah nak sediakan keropok nasi ni.

Tapi berbaloi sebab walau kena menunggu, hasilnya sedap dan rangup. Nak makan dengan nasi boleh. Nak ratah jadi kudapan pun sedap. Anak-anak confirm makan laju je. Sekejap licin. Kalau anda nak cuba, boleh ikut resepi yang dikongsikan oleh Qaseh E’zura Ramli.

Untuk warna keropok ni terpulang pada anda nak buat warna apa. Biasanya memang orang buat bewarna warni lebih 2 warna. Hanya campurkan je pewarna dalam adunan tepung.

 

RESEPI KEROPOK NASI

Sebelum kisar nasi, perlu rendamkannya dulu selama 1 jam. Lepas kisar baru gaulkan dengan tepung ubi. Anda perlu pastikan uli doh sampai tak melekat di tangan.

Kita tahu yang nasi mudah melekat. Jadi, tambahkan je tepung ubi sampai jadi doh yang tak melekat. Tak perlu risau kalau tepung berlebihan sikit. Keropok masih akan menjadi nanti.

Bahan-bahan:
  • 2 cawan nasi (rendam 1 jam)
  • 3 cawan tepung ubi
  • Garam sedikit
  • 1 sudu sedap rasa (optional)
  • 1 ulas bawang putih
Cara buat keropok nasi:

▶️ Kisar nasi yang dah direndam tadi bersama dengan sedikit garam, sedap rasa dan juga bawang putih.

▶️ Perlu kisar sampai halus.

▶️ Kemudian masukkan dalam besen/bekas.

▶️ Masukkan tepung ubi sikit demi sedikit sambil sebatikan. Uli sampai doh tak melekat di tangan.

▶️ Bila doh dah tak melekat, bahagikan kepada beberapa warna yang anda nak.

▶️ Titiskan pewarna dan gaul sebati. Kalau tak nak letak pewarna pun tak apa. Rasa masih sama.

▶️ Bulatkan-bulatkan adunan sehingga jadi doh memanjang. Saiz sederhana je. Asal mudah dihiris nanti.

▶️ Sambil tu panaskan air dalam periuk atas dapur dulu.

▶️ Bila air dah menggelegak, masukkan 1 sudu minyak masak.

▶️ Kemudian rebus doh tadi sampai masak.

▶️ Kalau dah terapung, bermakna dah masak. Boleh angkat dan toskan. Biarkan sejuk sekejap.

▶️ Lepas tu masukkan dalam peti ais semalaman.

▶️ Pagi esok tu boleh keluarkan dan hiris nipis. Jangan terlalu nipis atau terlalu tebal.

▶️ Kemudian jemur bawah matahari yang terik. Dah kering bolehlah angkat.

▶️ Sedia untuk digoreng.

 

BACA JUGA: Resepi Kuih Bawang Versi Sabah. Rangup Dan Enak! Cara Buat Paling Mudah. 

 

Keropok ni yang buatkan sedap ialah teksturnya yang ringan, lampung, dan rangup. Sebab tu kalau buat kudapan memang tak sedar cepat je licin.

Bahan yang simple pun boleh buat rasanya sedap. Kadang-kadang yang simple inilah lebih sedap dari yang ada macam-macam perasa tu kan.

Bosan-bosan duduk rumah tu bolehlah buatnya bersama anak-anak. Cara buat keropok nasi ni taklah susah mana. Janji rajin menunggu. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.