Kuih siput ni salah satu kuih yang laku keras time raya dulu-dulu. Sebab rasanya yang rangup dan wangi dengan aroma rempah. Sekarang dah jarang nampak orang buat kan. Rupanya zaman sekarang ni dah ada resepi yang diinovasi jadi kuih siput moden yang tak perlu uli tepung pun.
Gunakan pasta spiral dan salutan tepung je sebagai bahan perasa. Padahal nak buat kuih siput ni perlukan tepung gandum, tepung ubi dan marjerin yang perlu diuli. Tapi bila buat versi moden ni kenalah ikut cara dan step yang betul barulah menjadi.
Kalau tak, susah nak dapat tekstur yang rangup krup krap seperti resepi asal. Kalau nak kata asal yang sebenar-benarnya, tak mungkinlah rasanya sebiji-sebiji. Tapi sedap juga dan rangup kena dengan selera.
Kuih siput ekspres yang moden ni dikongsikan oleh Nana Ereena. Nama lain ialah pasta crispy black pepper. Kalau nak sebut kuih siput je nanti macam tak kena pula dengan bahan-bahan yang tak gunakan tepung ni.
Menurut resepi yang dikongsikan, ada 2 cara nak buat kuih siput moden atau pasta crispy ni. Pilihlah salah satu cara yang mudah bagi anda.
RESEPI KUIH SIPUT MODEN / PASTA CRISPY BLACK PEPPER
Cara pertama ialah tak perlu rebus pasta, tapi perlu lalukan pada air paip sehingga pasta betul-betul basah. Cara keduanya ialah rebus dalam 2 minit sahaja. Ini bertujuan untuk elakkan gorengan pasta ni nanti keras. Jom lihat resepi ni lebih terperinci.
Bahan-bahan:
- Pasta spiral/makaroni/small shell (boleh buat versi ketiga-tiganya)
- Tepung bestari
- Daun kari
- Black pepper
- Minyak masak untuk menggoreng
Cara pertama anda boleh buat (tanpa rebus):
▶️ Masukkan spiral/makaroni/small shell dalam tapis.
▶️ Lalukan bawah air paip yang besar dan pastikan pasta betul-betul basah.
▶️ Mula-mula air pasta tu akan keluar warna putih.
▶️ Goncangkan penapis supaya semuanya betul-betul basah dan air yang keluar jadi jernih sedikit.
▶️ Tempoh masa lebih kurang dalam 2 minit.
Cara kedua (rebus):
▶️ Didihkan air sehingga menggelegak.
▶️ Kemudian rebus pasta dalam 2 minit je. Jangan lebih!
▶️ Kalau rebus lama, pasta akan kembang dan liat apabila digoreng. Nanti akan jadi keras.
▶️ Dah sudah tu boleh tapis.
▶️ Selepas dah buat step ni, gaulkan pasta dengan tepung bestari.
▶️ Tak perlu tambahkan apa-apa lagi sebab tepung bestari dah cukup berperisa.
▶️ Kalau tepung tak melekat, tambahkan air sikit je.
▶️ Kemudian goreng dengan api sederhana.
▶️ Jangan goreng api yang besar sebab nanti pasta tak masak dan luarnya je rentung.
▶️ Goreng sehingga betul-betul garing.
▶️ Masa menggoreng boleh masukkan daun kari.
▶️ Selepas tu angkat dan toskan. Gaulkan dengan black pepper, dah siap.
BACA JUGA: Macaroni Goreng Tepung Rangup. Tak Sangka Dengan Makaroni Boleh Buat Snek Kudapan Yang Sangat Sedap!
Selain black pepper, kalau anda nak taburkan serbuk cheese pun boleh. Ikutlah selera sendiri. Kadang-kadang anak-anak mungkin lagi suka yang bercheese.
Bila dah sejuk, simpan dalam bekas kedap udara. Berbulan-bulan boleh tahan. Jadilah kudapan anda waktu santai sambil menonton tv tu.
Mudah je kan kuih siput moden ni sebab tak perlu uli tepung pun. Rasanya pun sedap dengan rangup krup krap dengan bahan-bahan black peppernya tu. Jangan lupa mencubanya!