Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Murtabak Mini Simple Tapi Sedap. Senang Je Guna Kulit Popia!

0 1,657

Selalunya murtabak ni kebanyakannya time bulan puasa dan kat bazar Ramadhan je selalu ada. Kalau waktu bulan biasa, jarang nampak orang jual kat pasar malam. Nak tunggu bulan puasa pun lambat lagi. Bila dah teringin sangat ni apa kat jom try buat murtabak mini sendiri.

Cara buat murtabak mini ni simple je sebenarnya. Tak susah macam selalu orang jual kat bazaar tu sebab yang ini pakai kulit popia je.

Kalau dapat makan murtabak mini yang ada banyak isi di dalamnya, dan kulit yang rangup di luar, memang nikmat sungguh.

Namun, ikut juga. Kadang-kadang ada sesetengah orang lebih suka murtabak yang tak mampat pun isinya, janji kulitnya rangup. Semua ni bergantung pada selera masing-masing.

Kalau anda dah lama cari cara buat murtabak mini simple tapi sedap, boleh ikut resepi yang dikongsikan oleh Puan Mawar Putih ni.  Mudah je cara buatnya.

 

RESEPI MURTABAK MINI

Biasanya kalau murtabak ni orang masak dengan ayam atau daging cincang sebagai intinya. Lepas tu masukkan sekali kentang.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Kulit popia
  • Isi ayam atau daging yang dicincang
  • Kentang 3 biji dipotong dadu
  • Rempah kari 3 sudu makan
  • Bawang putih 1 ulas
  • Bawang besar 2 biji dipotong dadu
  • Telur 2 biji
  • Daun sup
  • Garam dan gula secukup rasa

 

Cara masak murtabak mini:

▶️ Mula-mula panaskan minyak dalam kuali.

▶️ Kemudian masukkan bawang-bawang yang dah dipotong dadu dan tumis sehingga naik bau.

▶️ Seterusnya masukkan rempah kari dan sedikit air. Kacau sebati.

▶️ Masak sehingga ia pecah minyak.

▶️ Kemudian masukkan isi ayam dan kentang.

▶️ Lepas tu masukkan juga air paras tenggelamnya bahan di dalamnya. Ingat! Jangan lebih masukkan air sebab nanti lembik.

▶️ Perasakan dengan garam dan gula, dan masak inti murtabak ni sehingga kering.

▶️ Dah siap boleh tutup api.

▶️ Lepas tu bancuhkan isi inti ni dengan 2 biji telur.

▶️ Caranya, pecahkan 2 biji telur dalam mangkuk, masukkan sedikit garam, dan masukkan terus inti yang dimasak tadi ke dalamnya.

▶️ Pukul sehingga sebati.

▶️ Jangan lupa masukkan daun sup dan daun bawang.

▶️ Dan akhir sekali masukkan inti dalam kulit popia dan balut seperti murtabak.

▶️ Gorengkan atas kuali leper. Dah siap!

Hidangkan murtabak mini ni dengan kuah kari dan kuah bawang. Barulah lengkap hidangan murtabak macam kat pasar malam tu.

 

BACA JUGA: Resepi Pulut Panggang Sedap Step By Step. Mudah Je Caranya!

 

Murtabak mini ni kalau ikutkan lebih garing lagi dari murtabak biasa sebab gunakan kulit popia. Siapa yang suka garing, bolehlah buat murtabak mini ni je. Mudah dan sedap.

Nanti bulan puasa kalau malas nak ke bazar, bolehlah buat sendiri murtabak mini ni. Boleh suka hati nak buat inti banyak atau sikit, atau nak tambah apa-apa perasa. Jangan lupa mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.