Warning: fopen(/tmp/3f381a100df26714dcadf8ad34c03471-jfwjXF.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/3f381a100df26714dcadf8ad34c03471-jfwjXF.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Petai Jeruk Kekal Rangup Walau Berbulan Lamanya. Sedap Dibuat Ulam Atau Dimasak Dengan Lauk!

0 43,428

Ada orang kalau dah minat ulaman seperti petai ni memang tak kira makan dengan apa pun akan suka. Contohnya buat gulai lemak, sambal kering atau basah, atau macam-macam lagi semuanya sedaplah. Tapi terfikir tak macam mana nak buat petai jeruk supaya kekal rangup walau lama disimpan?

Kalau jumpa petai selalu risau nak beli banyak-banyak sebab dibiar lama nanti akan kecut dan hitam. Tapi lepas ni tak perlu risau lagi dah. Ada cara buat petai jeruk yang boleh buatkan petai kekal segar walaupun makan tahun.

Bila teragak nak masak lauk campur petai je, boleh pakai terus petai jeruk sedia ada. Kondisinya masih sedap dan rangup. Janji masa mula-mula beli petai tu perlulah segar sebelum dibuat jeruk.

Kali ni ada satu perkongisan cara macam mana nak buat petai jeruk seperti yang dikongsikan oleh Liana Ana ni. Resepi ni diturunkan oleh ibu beliau yang dah lama amalkan resepi ni.

Buat masak sambal sotong memang cukup lazat. Atau tak kira dimasak lauk apa. Nak lagi nikmat, boleh makan terus dengan nasi sebagai ulaman. Memang tambah berselera bila ada petai jeruk ni.

 

BUAT PETAI JERUK KEKAL RANGUP

Ada sesetengah orang mungkin risau betul ke lepas berbulan atau sampai setahun petai ni akan rangup dan tak berulat?

Macam yang dikongsikan oleh pemilik resepi ni, beliau baru sahaja masak sambal petai dengan petai jeruk yang dah dibuat 4 bulan dulu. Petainya siap dibelah dua, namun masih cantik dan rangup isinya.

Bahan-bahannya:
  • Petai (anggaran dalam 90 keping)
  • Air secukupnya
Bahan untuk jeruk:
  • Garam kasar 1 sudu kecil
  • Cuka 2 sudu besar
  • 3 cawan air suam
  • Lada 1 biji (fungsi sebagai penyedap rasa)

Cara buat petai jeruk:

▶️ Mula-mula panaskan air dalam periuk.

▶️ Lepas dah menggelegak, celurkan petai sekejap.

▶️ Nak lagi mudah, keluarkan isi siap-siap dari kulit.

▶️ Kemudian sediakan bahan jeruk.

▶️ Sediakan mangkuk, dan masukkan garam kasar, cuka dan air suam. Bancuhkannya sekata.

▶️ Petai tadi yang dah siap diasingkan dengan kulit dimasukkan ke dalam balang.

▶️ Kemudian tuang air bancuhan ke dalamnya penuh hingga paras petai.

▶️ Masukkan sebiji lada.

▶️ Kemudian simpan dalam peti ais untuk tahan lama.

▶️ Dah siap.

 

BACA JUGA: Resepi Ikan Bakar Petai Sedap Macam Kat Kedai. Buat Stok Sambal Rencahnya, Boleh Makan Berkali-Kali!

 

Kalau dimasak sambal basah memang cukup sedap seperti sambal sotong, sambal udang, dan apa sahaja lauk lain. Sebenarnya bukan je bagi kekal rangup, malah bila dibuat jeruk, petai ni ada rasanya yang tersendiri.

Peranan cuka itulah yang buatkan petai kekal rangup. Air suam pula bagi rasa air tu kekal elok. Petai jeruk ni bukan je sedap buat campur dengan lauk, malah selalu juga jadi ulaman untuk hidangan mee goreng basah, char kuey teau dan sebagainya.

Lepas ni kalau ada stok petai yang banyak, eloklah dibuat terus petai jeruk supaya kekal rangup. Nanti mudah kalau nak masak apa-apa lauk yang dicampurkan petai. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.