Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Sotong Goreng Tepung Paling Senang. Buat Sendiri Sos Thai Untuk Cicah.

0 2,524

Selama ni takut nak buat sotong goreng tepung sendiri sebab risau tak menjadi. Tepung lerailah, tak cukup berasalah. Cara buat sotong goreng tepung yang dikongsikan oleh Liza Idris ni antara yang menarik untuk dicuba. Cantik kejadiannya!

Kalau nak makan dengan nasi macam restoran Thai tu sedap. Nak buat ratah-ratah macam tu je pun layan juga. Elok rangup, sedap dan berasa sebab gunakan tepung goreng bestari yang memang sedia berperisa.

Tak perlu pening-pening fikir nak pakai tepung apa. Yelah, selama ni risau buat tak menjadi sebabkan bahan tepung. Tepung bestari ni pun kita tahu memang dah ada perisanya sendiri. Sedap pula tu.

Untuk lebih sedap dan menyelerakan sotong goreng tepung ni nanti, taburkan sekali daun kari yang digoreng berasingan supaya ada rasa wangi.

Selalunya kalau kat kedai dihidangkannya dengan sos Thai yang dah sedia ada tu. Tak pun ada yang cicah dengan kicap pedas. Dalam resepi ni ada ditunjukkan sekali cara buat sos Thai sendiri.

 

RESEPI SOTONG GORENG TEPUNG

Buat sos Thai sendiri lebih puas hati sebab terpulang pada anda nak rasa pedas lebih atau kurang. Rasanya pun nanti lebih wangi dan cukup dengan rasa masam, masin dan manisnya.

Bahan sotong goreng tepung:
  • 500 gram sotong
  • Tepung bestari
  • 2 biji telur
  • 3 tangkai daun kari
Bahan untuk sos Thai:
  • 3-4 ulas bawang putih
  • 2 tangkai cili kering (rendam dengan air panas)
  • 3 biji cili padi hijau
  • 2 batang akar ketumbar
  • Daun ketumbar
  • 1 biji limau nipis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 3 sudu besar gula
  • Garam sedikit
Cara buat sotong goreng tepung dan sos Thai:

▶️ Pecahkan telur dalam mangkuk.

▶️ Kemudian masukkan 2 sudu tepung bestari.

▶️ Ketuk dan gaulkannya sebati.

▶️ Lepas tu masukkan sotong dan tutup kejap dalam 20 minit. Biarkan adunan dia sebati dengan sotong.

▶️ Sementara tunggu sotong tadi tu, sediakan bahan untuk sos Thai.

▶️ Tumbuk bawang putih, cili kering, batang daun ketumbar dan cili padi hijau. Kalau ada pengisar kering, kisar je.

▶️ Masukkan dalam kuali bahan tumbuk/kisar ni.

▶️ Lepas tu masukkan sos tiram.

▶️ Masukkan juga sos ikan.

▶️ Perah jus limau nipis. Jangan lupa buang bijinya sebab pahit.

▶️ Masukkan gula. Gunakan gula perang pun boleh.

▶️ Masukkan garam secukup rasa (sikit je sebab sos tiram dan sos ikan dah masin).

▶️ Dan taburkan juga daun ketumbar.

▶️ Panaskan kuali dan masukkan sedikit air. Kacau kesemua bahan sehingga sebati.

▶️ Didihkannya supaya cili semua masak.

▶️ Dah siap boleh padamkan api. Hidangkan dalam mangkuk.

▶️ Lepas tu sambung buat sotong goreng tepung tadi.

▶️ Sotong yang direndam tadi dicelupkan ke dalam tepung bestari.

▶️ Gaulkan tak berapa nipis dan tak berapa tebal. Sederhana je.

▶️ Kemudian goreng dalam minyak panas. Masukkan satu demi satu supaya sotong tak melekat antara satu sama lain.

▶️ Balik-balikkan sotong. Bila dah garing keperangan, boleh angkat dan toskan.

▶️ Dalam minyak yang sama, goreng daun kari sekejap. Lepas tu angkat dan toskan juga.

▶️ Taburkan daun kari pada sotong goreng tepung tadi.

▶️ Sedia untuk dijamah!

 

BACA JUGA: Resepi Udang Belon Goreng Rangup Ala Thai. Hanya 4 Bahan Je.

 

Wah, menyelerakan tengok sotong goreng tepung yang rangup dan sos Thai homemade ni. Yang mahalnya ialah sotong goreng tu. Rangup, sedap dan berperisa.

Kalau nak buat dengan udang pun boleh juga. Cicah dengan sos Thai yang sama pun sedap setanding sotong. Nama pun geng seafood yang selalu dibuat masak goreng tepung kan.

Lepas ni kalau ada stok sotong atau udang, simpan sikit buat sotong goreng tepung. Tak payah nak gulai atau sambal je selalu. Sekali sekala buat sotong goreng tepung enak juga. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.