Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Teh Tarik Kaw. Sedap Macam Kat Tepi Jalan Tu. Letak 5 Bahan Je!

0 51,536

Teringat pula teh tarik yang sedap yang kita selalu beli tepi jalan tu. Manis dan wangi tehnya. Rupanya senang je cara nak buat teh tarik kaw ni. Selalu kat tepi jalan tu orang jual teh ais. Kali ni nak buat teh panas atau teh sejuk semua boleh ikut selera anda.

Buat satu periuk puas minum sekeluarga. Teh ni sebenarnya nak sedap bukan sekadar ada susu yang memaniskannya je. Mesti nak ada wangi baru sedap dan nikmat. Kena ada rasa kaw dari bau teh tu sendiri. Biasanya kalau anda perasan teh yang sedap dan kaw ialah kat kedai mamak.

Sebab tehnya tu pekat dan likat. Ada sesetegah resepi tu masak atau didihkan teh uncang dalam periuk untuk hasil yang lebih pekat.

Resepi teh tarik kaw yang dikongsikan oleh Nieyla Husna ni lebih menarik untuk dicuba sebab beliau masukkan esen vanilla untuk mewangikan lagi aroma teh.

Sedapnya tu macam teh yang selalu dijual di tepi jalan tu. Kalau anda selalu beli, mesti anda perasan tehnya lain dari yang lain kan rasanya. Wangi semacam. Tak puas setiap kali minum.

 

RESEPI TEH TARIK KAW

Nak buat teh kaw ni perukan 5 bahan ringkas je. Kita masak atau didihkan atas dapur. Biasanya kalau nak sedap anda boleh buat dengan teh uncang kaw. Kalau ada teh uncang biasa je, letaklah uncangnya lebih sikit. Lagi banyak barulah kaw rasanya.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 500 ml air
  • 4-5 uncang teh Lipton (lagi banyak lagi kaw)
  • Susu pekat (ikut masing-masing nak manis tahap mana)
  • ½ tin susu cair (untuk rasa lemak. Kalau anda nak rasa lemak lagi boleh masukkan lebih)
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara buat teh tarik kaw:

▶️ Masukkan air dalam periuk.

▶️ Kemudian masukkan teh uncang dan didihkannya.

▶️ Lepas dah mendidih, masukkan susu pekat, susu cair dan esen vanilla.

▶️ Biarkan mendidih untuk naikkan lagi aroma.

▶️ Dah cukup kepekatan, boleh padamkan api.

 

BACA JUGA: Cara Buat Aiskrim Ala Magnum Viral. Mudah Dan Sedap. Anak-Anak Mesti Suka.

 

Minum panas-panas memang sedap. Nak buat style teh tarik sampai berbuih-buih macam mamak tu pun boleh. Rasa teh tarik ni memang sedap dari biasa. Kalau anda jenis sukakan teh, eloklah lepas ni buat style macam ni. Untuk diri sendiri layan. Nak hidangkan untuk tetamu pun mesti tetamu puji.

Kalau anda nak minum teh ais, tunggu teh sejuk dulu baru masukkan ais batu. Memang sedap dan wangi macam kat tepi jalan tu. Letak ais lebih atau kurang terpulang pada anda.

Tapi ingat, cara nak buat teh tarik kaw ni kena pastikan kuantiti teh uncang tu lebih dan mencukupi. Jangan tak berpadanan dengan air. Nanti tak cukup kaw pula. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.