Segalanya Tentang Makan..

Ikan Bilis Goreng Bawang Campur Asam Jawa, Lagi Padu Rasanya. Rugi Tak Cuba!

0 3,259

Kadang-kadang tiba hari kita nak makan benda simple-simple je kan? Yelah, hari-hari lauk berkuah, bersantan muak juga. Sesekali nak juga makan lauk ringan-ringan. Anda patut cuba ikan bilis goreng bawang yang dicampur dengan air asam jawa ni.

Bukan nak kata apa lah, kalau anda cuba resepi dari Nurul Ateekah ni, boleh bikin makan nasi bertambah. Sedap rupanya bila ikan bilis goreng dengan bawang ni letak rencah asam jawa sikit. Lepas tu campur dengan cili besar hiris.

Bukan tu je, taburkan juga serbuk lada hitam dan serbuk perasa sikit. Fuhh, memang padu rasanya. Cukup rasa masam, manis, masin dan pedas semua. Makan dengan nasi panas-panas memang tak pandang lauk lain lagi dah.

Selalunya kalau waktu bulan biasa inilah menu paling sedap untuk sahur. Tapi bila bukan bulan puasa ni, boleh buat untuk makan malam. Malam ni adakalanya tak nak makan lauk berat macam waktu siang kan. Biarlah lauk santai sikit.

Ianya lagi sedap kalau ikan bilis tu goreng rangup dan bawang merah tu digoreng jangan sampai lembik. Makan dengan nasi cukup nikmat bila makan krup krap krup krap.

 

RESEPI IKAN BILIS GORENG BAWANG ASAM JAWA

Resepi ni lagi bertambah sedap kalau pedasnya tu berasa. Sebab tu masukkan juga cili besar walaupun dah ada lada hitam. Lada hitam ni lebih kepada rasa bahang je sebenarnya. Bila tambah cili lebih sedap. Namun bergantung berapa banyak nak letak ikut kepedasan masing-masing.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 genggam ikan bilis (cuci bersih dan toskan)
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat-bulat)
  • 1 batang cili hijau (hiris serong)
  • 1 batang cili merah (hiris serong)
  • 1 ½ sudu besar asam jawa (campur air 1 cawan)
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk perasa Knorr
  • 1 sudu besar gula
  • ½ cawan minyak masak

Cara masak ikan bilis goreng bawang asam jawa:

▶️ Panaskan minyak dalam kuali.

▶️ Kemudian goreng ikan bilis sehingga rangup. Lepas tu ketepikan.

▶️ Masukkan bawang putih dan tumis sehingga garing keperangan.

▶️ Curahkan bancuhan air asam jawa.

▶️ Kemudian masukkan terus serbuk lada hitam dan serbuk perasa Knorr. Gaul sampai sebati bersama dengan ikan bilis.

▶️ Seterusnya masukkan bawang besar yang dipotong bulat dan cili hiris.

▶️ Akhir sekali masukkan gula. Garam tak perlu lagi sebab ikan bilis dah masin.

▶️ Gaul sekata dan terus padamkan api.

▶️ Jangan goreng sampai bawang lembik. Tapi kalau nak lembik pun terpulanglah pada anda.

 

BACA JUGA: Resepi Sambal Ikan Bilis Bawang Style Negeri Sembilan. Sedap Rasa Berlemak-Lemak.

 

Sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas-panas. Buat ikan bilis goreng bawang macam ni, kalau makan gitu je pun dah sedap apatah lagi hidangkan dengan lauk lain.

Lauk ni boleh buat kita gian macam kita makan sambal goreng ikan bilis rangup itulah. Asal nak makan nasi je, mesti nak buat sebagai lauk penambahan kan.

Lepas ni kalau nak buat lauk simple-simple, bolehlah cuba ikan bilis goreng bawang campur asam jawa ni. Pasti kena dengan selera tekak anda. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.