Segalanya Tentang Makan..

Jom Buat Murtabak Garing Guna Kulit Popia. Simple Je, Tapi Bukan Main Sedap.

0 448

Walaupun puasa untuk tahun ni tinggal seminggu je lagi, masih lagi kita boleh layan makanan legend ni tiap kali nak berbuka puasa. Masih tak terlambat nak buat murtabak sendiri. Kali ni jom buat murtabak garing guna kulit popia yang simple ni.

Beza rasanya berbanding murtabak bazaar sebab kebiasaannya murtabak di bazaar menggunakan tepung uli untuk buat kulitnya. Kali ni nak senang, kita buat gunakan kulit popia je yang garing dan ada rasanya yang tersendiri.

Buatnya mudah, rasa pula boleh tahan. Bolehlah nak dijadikan hidangan santai untuk berbuka atau moreh. Resepi ringkas dari Hana A Razak ni boleh dicuba kalau sesekali anda nak rasa murtabak yang berintikan bahan simple.

Selalu di bazaar Ramadhan murtabaknya berintikan daging atau ayam yang dimasak dengan rempah kari. Kali ni tukar selera pula kepada inti ayam berperisa lada hitam.

Macam-macam sekarang ni boleh dicuba. Walaupun jarang dibuat, tapi sebenarnya rasanya sedap dan kena pada tekak.

 

RESEPI MURTABAK AYAM GARING GUNA KULIT POPIA

Untuk lagi nikmat, boleh cicah murtabak kulit popia ni dengan sos cili. Memang sedap makan krup krap lagi-lagi baru lepas digoreng panas.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Kulit popia (guna saiz besar)
  • Bawang besar 1 biji
  • Bawang putih 2 biji
  • Cili hidup 1 biji
  • Ayam kisar ½ mangkuk kecil
  • Telur 2 biji
  • Serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa

 

Cara buat murtabak ayam kulit popia:

▶️ Panaskan minyak dalam kuali.

▶️ Kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih yang dipotong dadu. Tumis sehingga bawang layu dan naik bau.

▶️ Lepas tu masukkan ayam kisar. Kalau nak masukkan ayam biasa pun boleh. Tapi perlu potong kecil-kecil dan halus. Gaulkan sebati.

▶️ Kemudian masukkan serbuk lada hitam sedikit. Yang ni ikut citarasa. Mungkin anda lebih suka dengan rempah lain atau lada sulah. Masukkan ikut perasa apa yang digemari.

▶️ Gaulkan sebati, lepas tu masukkan air sikit untuk bagi ayam betul-betul masak. Biarkan sehingga air tu kering.

▶️ Selepas ayam dah masak, boleh masukkan cili hidup.

▶️ Yang ini pun terpulang. Kalau nak masukkan capsicum, lobak merah, daun sup, atau daun bawang, boleh masukkan ikut suka. Ada bahan-bahan ni boleh bantu menaikkan lagi aroma.

▶️ Lepas dah gaul sebati, ketepikan bahan ni sebentar. Lepas tu masukkan telur yang dah siap dikocak ke dalam kuali.

▶️ Biarkan telur tu terbentuk sekejap, lepas tu kaup balikkan.

▶️ Kemudian hancurkan telur tu sehancur yang boleh. Tapi masih berketul.

▶️ Perasakan dengan sedikit garam.

▶️ Kemudian gaul sebati. Dah masak tu boleh padamkan api.

▶️ Bentangkan kulit popia yang lebar tu. Lepas tu masukkan inti di tengah-tengah.

▶️ Ikut suka nak tebal isi macam mana. Lagi tebal lagi sedap.

▶️ Lepas tu balutkan seperti dalam gambar.

▶️ Masukkan dalam minyak yang panas. Dan balik-balikkan bila kulit popia dah bertukar warna.

▶️ Goreng sehingga garing, dan angkat. Sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Resepi Popia Simpul Dengan Inti Serunding Ikan Bilis. Rangup Dan Sedap! Sekejap Je Boleh Habis.

 

Puasnya dapat makan murtabak kulit popia yang rangup ni. Dengan intinya yang padat, nikmat kalau cicah dengan sos cili.

Kalau anda tengah berdiet pun rasanya boleh makan murtabak ni sebab boleh digoreng dalam minyak yang sikit, dan boleh letakkan inti popia ikut makanan diet yang sesuai contohnya sayuran dan isi ayam. Sedap pun sedap. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.