Kepada yang suka makan kaki ayam, ini satu menu masakan yang anda boleh buat untuk menambat selera. Iaitu kerabu kaki ayam paling simple dan sedap. Kalau gigit kaki ayam sambil hisap-hisap air kerabu yang masam-masam pedas tu, betul-betul nikmat rasanya.
Yang melihatnya pun terasa kecur air liur. Selalu kaki ayam ni dibuat sup. Paling tidak pun nak extra sikit buat masak kicap ala Chinese style. Sebenarnya kaki ayam dibuat masakan kerabu ni sangat enak juga dengan aroma serai, bunga kantan, daun ketumbar dan macam-macam lagi.
Kalau nak lebih lagi boleh dicampurkan dengan soon. Tapi resepi yang dikongsikan oleh Nfo-On’na Recipe ni ialah kerabu kaki ayam paling simple sekali. Cukup sekadar ayam sebagai lauk utamanya, dan gaulkan dengan segala bahan yang mendatangkan rasa dan aroma yang wangi.
Air kerabu yang terhasil masa sebatikan semua bahan terasa sedap dengan rasa masam-masamnya tu. Kalau anda nak kan kuah kerabu lebih, boleh masukkan air rebusan kaki ayam sebagai penambahan.
Jadi, rasa air kerabu tadi lagi bertambah sedap bila disebatikan dengan air rebusan ayam yang ada bau dan rasanya yang tersendiri.
RESEPI KERABU KAKI AYAM PALING SIMPLE DAN SEDAP
Kaki ayam ni sebelum digaulkan dengan bahan-bahan kerabu, perlulah rebuskannya dulu sehingga boleh tanggal dari tulang. Jangan lupa, pada yang nak buat kuah kerabu lebih, simpan sikit air rebusan ni untuk dijadikan kuah.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Kaki ayam yang dah siap dicuci dan direbus
- Cuka (untuk bantu beri rasa lebih masam)
- Perahan limau
- Cili api (banyak lagi sedap)
- Daun ketumbar
- Bunga kantan
- Daun limau purut
- Serai
- Tomato
- Bawang merah atau bawang besar
- Serbuk perasa, gula, garam dan ajinomoto
Cara penyediaan kerabu kaki ayam paling simple:
▶️ Mula-mula hiriskan cili api, daun ketumbar, bunga kantan, daun limau purut, serai dan juga bawang merah.
▶️ Kemudian gaulkan kesemua bahan-bahan ni bersama dengan kaki ayam.
▶️ Dah siap. Sedia untuk dihidangkan.
BACA JUGA: Resepi Kerabu Maggi Thai Power Dan Super Sedap. Rugi Kalau Tak Cuba!
Sukatan bahan ni anda boleh agak-agak kuantitinya. Tapi kena pastikan cukup rasa masam, manis dan masin dengan seimbang. Barulah sedap untuk dinikmati.
Masakan kerabu kaki ayam ni kalau lagi pedas lagi sedap. Jadi jangan risau kalau letak cili lebih. Tapi jangan terlampau banyak sangat pula takut jadi terlalu pedas sampai tak boleh nak hisap ayamnya tu.
Untuk bahan-bahan hirisan tu pula, pastikan dilebihkan kuantitinya, barulah berikan rasa dan aroma yang wangi. Berselera kalau nak ratah macam tu je atau makan dengan nasi.
Jadi, bagi yang suka makan kaki ayam tu, bolehlah selalu buat kerabu kaki ayam ni sebagai menu wajib anda tiap minggu. Jangan lupa mencubanya!