Segalanya Tentang Makan..

Masakan Mee Rebus Ringkas Dengan Bahan Minima. Tapi Rasa Sedap Dan Menyelerakan!

0 3,928

Sedapnya kalau dapat makan mee rebus masa sarapan atau minum petang. Lagi-lagi kalau dapat makan kuahnya yang pekat, manis dan cukup berasa. Masakan mee rebus ringkas ni antara mee berkuah yang sedap dan paling digemari. Kalau sekali dapat makan, memang susah nak lupa rasa sedapnya tu.

Mee rebus ni asalnya terkenal di Johor. Kalau di sana, dah selalu mee rebus ni dijadikan sebagai hidangan utama terutama waktu sarapan pagi. Dah jadi antara menu wajib pula. Kalau nak buat hidangan mee rebus ni kena ada kuahnya yang banyak baru sedap.

Selalu kalau makan kat restoran atau gerai, ada tu kadang-kadang kuahnya masih tak menepati citarasa sepenuhnya. Ada yang cair, atau kurang bahan utama terutamanya ubi keledek. Ubi keledek tu lah memberikan rasa yang sedap dan memekatkan kuah.

Pada yang favorite dia mee rebus, apa kata jom buat mee rebus sendiri dengan resepi yang paling mudah ni. Perkongsian resepi ni dari Ct Mazni. Bahan yang digunakan paling minima tapi sedap dan amat menyelerakan.

Selalunya mee rebus ni sering dimasak dengan daging atau tetel dan dimasukkan taucu. Tapi kali ni kita buat yang simple dan ringkas je. Walaupun ringkas, tak lari rasa sedap mee rebus tu. Jom kita lihat resepinya.

 

RESEPI MEE REBUS

Kalau nak buat kuah mee rebus ni, orang kata jangan kedekut bahan. Kuah yang mainkan peranan penting untuk rasa yang sedap. Tekstur kuahnya kena pekat sikit, kacang tanah pun kena berasa juga, dan sebagainya.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan kisar:

  • Bawang putih 4 ulas
  • Bawang merah 3 ulas

  • Cili besar 2 tangkai
  • Cili api 5 biji
  • Udang kering 1 genggam

Bahan lain:
  • Keledek ½ kilo (direbus dan dikisar)
  • Kacang tanah 1 genggam (digoreng dan ditumbuk)
  • Serai 2 batang dititik
  • Daun salam 2 helai
  • Tepung jagung 1 sudu (bancuhkan dengan air)
  • Garam, gula dan serbuk perasa
  • Minyak menumis

Bahan hiasan:
  • Telur (rebus)
  • Taugeh (celur)
  • Mee (mee)

Cara buat mee rebus:

▶️ Mula-mula kisarkan kesemua bahan kisar.

▶️ Kemudian panaskan minyak dalam periuk, dan masukkan bahan kisar tadi. Tumis sehingga naik bau.

▶️ Kemudian masukkan air. Biarkan sekejap.

▶️ Selepas tu masukkan keledek yang dah direbus dan dikisar tadi. Masukkan juga kacang tanah yang dah siap digoreng dan ditumbuk.

▶️ Masukkan daun salam dan serai. Kacau sehingga mendidih.

▶️ Kemudian perasakan dengan garam dan gula. Dan masukkan tepung jagung untuk memekatkan kuah.

▶️ Dah mendidih, boleh padamkan api.

▶️ Sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Cara Buat Bubur Nasi Kuah Bakso Super Sedap! Padu Rasa Kuahnya. Wajib Cuba!

 

Hidangkan dengan mee, taugeh dan telur rebus tadi. Letak kuah banyak-banyak lagi sedap untuk dihirup. Simple je kan sebenarnya masak mee rebus ni. Ingatkan selama ni susah dan banyak bahan sebab enak sangat rasanya.

Lepas ni kalau teragak dan rindu nak makan mee rebus, cari je keledek dan kacang tanah. Selebihnya tu memang bahan-bahan yang biasa kita guna pakai di dapur. Dah boleh terus buat masakan mee rebus ringkas dan sedap ni.

Leave A Reply

Your email address will not be published.