Segalanya Tentang Makan..

Resepi Sayur Bayam Brazil Goreng Telur Simple Dan Sedap. Buat Kering-Kering, Sedap Ratah Macam Tu Je!

0 1,953

Bila menjamu selera, kalau tak ada sayur-sayuran tak lengkap pula rasanya. Kadang-kadang sayuran tu sendiri jadi lauk utama, dan makan ia sahaja dah cukup menyelerakan. Jarang makan sayur bayam brazil ni. Tapi kalau ada bayam ni, apa kata jom buat sayur bayam brazil goreng telur.

Resepi ni dikongsikan oleh Mohamad Arymin. Sungguh menyelerakan bila dibuat sayur goreng kering cukup rencah dan rasa. Sebenarnya kalau masak dengan bayam biasa atau sayuran lain pun apa salahnya. Yang penting ialah bahan-bahan dan ramuan yang dicampur dalam sayuran.

Makan dengan gaulkannya dengan nasi panas memang sedap. Nak makan dengan gandingan gulai pun enak juga. Begitu juga kalau meratah. Bagi yang berdiet pun boleh buat sayur bayam brazil goreng ni. Cuma pandai-pandailah adjust garam dan perasa supaya sesuai dengan menu diet anda.

Kalau suka pedas, boleh titikkan cili api sikit. Bila buat sayur ni boleh suka hati nak campurkan bahan atau ramuan lain untuk tambahkan rasa.

Contohnya masukkan lobak merah, tomato ceri dan macam-macam lagi. Cuma dalam resepi ni yang wajib anda masukkan ialah telur. Ini antara yang sedap dan menaikkan lagi rasa sayuran.

 

RESEPI SAYUR BAYAM BRAZIL GORENG TELUR

Simple je sebenarnya masakan ni. Macam masak sayuran lain juga. Tak adalah masukkan bahan-bahan pelbagai yang pelik-pelik dan jarang guna. Pendek kata resepi ni sesuailah pada yang mula-mula baru nak belajar masak. Bagi yang dah pakar, petik jari je siap.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Bayam brazil
  • Bawang putih 2 ulas (dihiris)
  • Bawang merah kecil 2 ulas (dihiris)
  • Lobak merah ¼ dari sebatang (potongan mancis)
  • Cili padi 1-2 biji (dititik atau dipotong)
  • Filamen ketam 3 batang (dipotong)
  • Tomato ceri 6 biji
  • Telur 1 biji
  • Sedikit minyak
  • Garam dan maggi cukup rasa
  • Bawang goreng sedikit (ditabur)

Cara masak bayam brazil:

▶️ Panaskan minyak dalam kuali.

▶️ Masukkan bawang merah dan bawang putih, dan tumis sampai garing dan keperangan.

▶️ Kemudian pecahkan telur dan kacau perlahan-lahan.

▶️ Seterusnya masukkan lobak merah dan filamen ketam. Gaulkan seketika.

▶️ Masukkan bayam brazil pula.

▶️ Kemudian masukkan tomato ceri dan perasa secukupnya.

▶️ Bila sayuran dah layu, dan cukup berasa, boleh padamkan api.

▶️ Sedia dihidangkan.

 

BACA JUGA: Resepi Sayur Campur Berkuah Chinese Style. Sedap Sangat Dengan Sayurnya Rangup Dan Segar!

 

▶️ Taburkan sikit bawang goreng untuk penambahan rasa dan hiasan.

Mudah je buat sayuran ni. Rasanya lebih asli dan tak adalah banyak campuran seperti sos tiram atau sos-sos lain. Cukup je dengan bahan-bahan ni untuk rasa yang sedap.

Kadang-kadang ada juga yang suka sayuran yang tak berapa layu dan rasa sikit crunchy. Anda boleh padamkan api awal atau masukkan sayuran di hujung-hujung untuk rasa sayuran lebih rangup.

Ikutlah nak selera mana. Janji anda boleh cuba resepi sayur bayam brazil goreng telur ni untuk hidangan sayuran yang simple dan sedap. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.