Pernah makan biskut brownies Nutella? Serious sedap dan memang wajib untuk setiap orang cuba. Kalau korang suka makan coklat, boleh cuba buat biskut brownies Nutella ni. Bila buat confirm korang akan suka.
Sebelum ni biasa makan brownies biasa je kan. Brownies Nutella sahaja. Rasa dia memang tak boleh nak bincang. Kalau order dekat kedai atau seller brownies nuteel ni lah yang paling cepat habis.
Tapi kali ni kita nak buat jenis cookies atau biskut pulak. Kena buat seorang sebalang kalau tidak memang akan berebut. Paling syok dapatlah makan banyak dan puas-puas.
Dalam perkongsian ni, saya nak share cara nak buat biskut brownies Nutella yang terlajak sedap. Mudah dan simple nak buat. Yang mana tak sempat nak buat sekarang, boleh simpan dulu untuk lain kali.
Resepi yang diperolehi daripada Facebook Cik Puan Azlina Ina ni, ajar kita step by step supaya senang kita nak follow. Bahan-bahan yang digunakan pun semua mudah nak dapat.
RESEPI BISKUT BROWNIES NUTELLA
Ada yang nak kurangkan kos dengan menggunakan coklat spreader jenama lain pun boleh. Asalkan ianya coklat jadi rasa dia akan lebih kurang sama.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 100 gram butter
- 250 gram dark chocolate compound
- 2 sudu besar Nutella
- 150 gram tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- ½ sudu besar tepung beras
- 2 biji telur
- ½ cawan gula perang
- 1 sudu kecil esen vanilla
CARA PENYEDIAAN BISKUT BROWNIES NUTELLA :
▶ Mula-mula sekali, cairkan dark chocolate dengan butter.
▶ Dah cair, masukkan Nutella. Kacau sampai semuanya jadi cair likat.
▶ Boleh cairkan gunakan kaedah double boiling atau panaskan atas periuk kukus.
▶ Sementara itu, tepung gandum, tepung beras dan baking powder diayak bersama. Ketepikan seketika
▶ And then, pecah telur dalam bekas lain. Masukkan gula perang dan juga esen vanilla. Whisk sampai sebati. Tak perlu kembang pun tak apa.
▶ Seterusnya, masukkan campuran coklat yang dicairkan tadi ke dalam bekas yang kita whisk tu. Bahan coklat tu pastikan masih panas ye. Kacau laju-laju sampai sebati
▶ Kemudian, masukkan tepung yang sudah diayak tadi. kacau lagi sampai semua bahan jadi adunan yang sebati.
▶ Sediakan loyang. Lapikkan dengan baking paper. Masukkan adunan dan licinkan permukaan atas adunan menggunakan pisau atau spatula. Ratakan bagi nipis tau. Jika adunan banyak buat beebrapa bekas.
▶ Taburkan bahan perhiasan on top biskut kita. Seperti coklat chip ke, coklat rice ke ataupun kacang hazelnut. Terpulang kepada kita
▶ Bakar dengan suhu 16- 170 ‘c selama 25 hingga 30 minit. Atau sehingga kacang-kacang kita masak keperangan.
▶ Dah siap bakar, keluarkan dan terus potong ketika masih panas. Selepas potong biarkan dia sejuk.
▶ Bila dah sejuk, barulah ambil dan susun dalam balang. Siap dan sedia untuk dimakan!
BACA JUGA: Cara Buat Daging Masak Jintan. Tip Daging Jadi Lembut!
Haa, senang dan mudah je kan buat dia. Kalau nak tukarkan Nutella dengan coklat lain pun boleh. Ikut pada citarasa kita. Bila dah siap ni memang tak cukup. Rasa coklat dengan bahan-bahan yang digunakan sedap sangat.
Biskut brownies ni ada yang buat jual. Kalau rasa nak jalankan perniagaan, boleh je follow resepi ni untuk buat jualan. Sambil tu doakan semoga dimurahkan rezeki pemilik resepi ni ye.
Saya harap perkongsian kali ni dapat memberi manfaat kepada korang semua. Ada yang craving nak makan biskut brownies Nutella ni, boleh cuba buat sendiri je. Simple dan senang nak buat.
Kepada yang baru nak buat, saya ucapkan selamat mencuba!