Siapa kat sini hantu budu? Kalau makan budu biasa tu pun dah cukup sedap kan, kali ni jom try resepi budu goreng sedap dan super marvelous ni. Buat sekali confirm jatuh hati. Dah rasa sekali mesti kalau makan nasi nak ada budu goreng ni. Cukup berasa dengan rasa lemak dan pedasnya.
Budu goreng ni boleh dipanggil juga sambal budu goreng pedas sebab dimasukkan cili padi untuk rasanya yang pedas dan padu. Bila digoreng pula sambal tu sampai garing, itu yang buat sedap bila digaulkan dengan nasi.
Makan dengan nasi panas-panas bersama telur goreng dan ulaman pun dah cukup menyelerakan. Perkongsian resepi budu goreng sedap ni ialah dari Noriza Awang Hamat. Bahan-bahan dan cara masaknya sebenarnya ringkas dan mudah je.
Lebih kurang macam masak sambal biasa, tapi kali ni dimasukkan budu dan juga santan untuk rasanya yang sedap berlemak. Kalau dapat makan hari-hari pun tak mudah muak.
Buat pedas-pedas lagi bertambah berselera. Tapi bergantung juga pada selera anda. Kalau tak boleh makan terlampau pedas, boleh adjust berapa banyak cili padi yang ingin dimasukkan.
RESEPI BUDU GORENG SEDAP
Untuk resepi ni kita gunakan sebotol budu. Dan untuk santan pula, boleh gunakan santan segar atau santan kotak. Apa-apa santan pun boleh, dan rasanya masih sedap dan menyelerakan.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Budu 1 botol
- Santan 1 kotak kecil
- Cili padi ikut kepedasan
- Bawang putih
- Bawang merah
- Serbuk perasa secukup rasa
Cara buat budu goreng sedap:
▶️ Mula-mula kisar bawang putih, bawang merah dan cili padi. Kisar kasar-kasar je dan tak berapa hancur.
▶️ Kemudian panaskan minyak dalam kuali. Dan masukkan bahan yang dikisar tadi.
▶️ Tumis sehingga cili tu masak dan garing.
▶️ Seterusnya masukkan budu dan santan. Dan masakkan sehingga pecah minyak.
▶️ Akhir sekali perasakan dengan serbuk perasa dan kacau sebati.
▶️ Dah masak boleh tutup api.
BACA JUGA: Kerabu Ikan Bilis Garing Super Sedap. Cukup Rasa Masam, Manis, Pedasnya!
Masukkan dalam mangkuk bertutup sebab budu goreng ni boleh dimakan kerap kali. Simpan kat luar pun boleh sebab budu goreng ni tak mudah basi. Hidangkan sekali tiap kali makan tengah hari dan makan malam. Sedap dan betul-betul membangkitkan selera.
Sebenarnya bukan sekadar makan dicalit pada nasi je, kalau nak buat nasi goreng pun boleh juga budu ni. Nasi goreng budu beri rasa dan aroma yang sedap. Kalau buat nasi goreng budu, kisarkanlah bahan-bahan tadi dengan udang kering atau ikan bilis.
Lepastu masukkan 3-4 sudu budu kalau buat sepinggan nasi goreng. Semasa nak goreng nasi tu masukkanlah telur dan sayuran kangkung sebagai penambah rasa. Memang sedap.
Jangan lupa mencuba resepi budu goreng sedap dan padu ni. Pasti anda makan nasi bertambah-tambah. Selamat mencuba!