pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Kerabu Kerang Pucuk Paku. Makan Dengan Nasi Sedap. Ratah Macam Tu Pun Enak Juga!

0 1,500

Dah muak makan masakan berkuah, makanan bergoreng dan macam-macam lagi. Alang-alang terjumpa resepi simple dan memikat selera ni, bolehlah jadi idea juadah makan malam nanti. Namanya ialah resepi kerabu kerang pucuk paku.

Makan dengan nasi sedap atau ratah macam tu je pun enak. Masakan kerabu ni memang kita tahu ada rasa masam-masam dan kebanyakannya kering tak berkuah. Yang ini agak istimewa sikit sebab ada rasa extra lemak-lemak sebab dimasukkan sedikit santan.

Yang buatkan wangi dan sedap beraroma tu ialah bunga kantan dan perahan limau nipis. Kerang pula memang sedap bila dicampurkan dengan masakan kerabu. Rugi kalau anda tak cuba resepi ni.

Rasanya kurang pedas dan lebih kepada masam, masin dan berlemak. Kalau anda suka pedas, boleh je tambahkan cili padi racik ikut selera sendiri. Ubah suai sikit-sikit ikut selera sendiri apa salahnya.

Bahannya mudah dan ringkas je. Resepi ni daripada Wati Zali. Bolehlah jadi idea lauk tambahan anda nanti. Sukatan bahannya anda boleh adjust nak rasa masam lebih atau kurang ikut selera sendiri.

 

RESEPI KERABU KERANG PUCUK PAKU

Sebenarnya kalau buat masakan kerabu ni bahan-bahannya bukanlah spesifik. Banyak air tangan, banyak juga caranya. Ada yang suka tambahkan sos ikan, ada yang suka masukkan cili. Sebenarnya ikut citarasa masing-masing. Yang penting ada rasa masam, masin dan aromanya.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 kilo kerang (rebus dan ambil isi)
  • 2 ikat pucuk paku
  • 2 batang bunga kantan
  • 2 ikat ulam raja
  • Santan pekat
  • Kerisik
  • Sambal belacan
  • Limau nipis

Cara buat kerabu kerang pucuk paku:

▶️ Mula-mula bersihkan kerang dan rebus dulu.

▶️ Lepas tu kopek cengkerang dan ambil isinya. Kalau dapat kerang segar dan besar-besar isinya lebih sedap. Ketepikan.

▶️ Potong pucuk paku kecil-kecil. Kemudian celur dan toskan.

▶️ Ulam raja diracik kecil-kecil juga.

▶️ Sediakan 1 mangkuk besar dan masukkan kesemua bahan. Gaulkannya sekata.

▶️ Jangan lupa perahkan jus limau nipis.

▶️ Dalam kuali, panaskan santan dengan secubit garam. Sentiasa kacau.

▶️ Lepas tu masukkan santan dalam bahan-bahan tadi dan gaul sebati.

 

BACA JUGA: Resepi Kerabu Maggi Thai Sedap Meleleh. Guna Mee Segera Tomyam Ori Thai. Masam, Wangi Dan Padu!

 

▶️ Selepas dah gaul rata boleh rasa. Mana kurang masin, masam atau lemak, boleh adjust lagi.

▶️ Dah siap.

Kalau nak pedas lagi, racik cili padi dan gaulkan. Sesetengah resepi suka kalau ada tambahan lagi sayur tomato dan taugeh. Kalau anda nak masukkan pun boleh juga.

Dulu memang jarang dengar orang suka makan kerabu. Kalau makan pun kat kedai Thai yang biasanya berkuah sikit dan ramuannya ada udang, suhun dan lain-lain lagi.

Bila buat kerabu kerang pucuk paku ni, seolah-olah macam makanan diet simple. Tapi sebenarnya sedap dan menyelerakan. Lepas ni bolehlah cuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.