Segalanya Tentang Makan..

Resepi Kerabu Maggi Thai Power Dan Super Sedap! Rugi Kalau Tak cuba.

0 3,886

Pernah tak makan kerabu maggi Thai? Kalau buat menu ni untuk keluarga, confirm laku keras. Sebab apa-apa sahaja makanan citarasa ala Thai ni memang jarang orang tak suka. Lagi-lagi resepi kerabu Maggi Thai yang gunakan mee segera jenama asli Thailand.

Tak percaya, anda boleh cuba resepi ni! Kerabu ni kita tahu rasa dia masam-masam manis. Dan untuk versi Thai ni, rasa lagi istimewa sebab ada sos cili Thai dan sos ikan yang buatkan rasanya lagi power dan menangkap selera.

Kalau makan menu ni dah rasa macam makan kat negara jiran pula. Memang  sedap dan memuaskan hati. Dalam perkongsian kali ni saya nak kongsikan resepi dari Ariana Sofia Ahmad yang menyediakan resepi kerabu maggi Thai seafood yang confirm buat anda terliur.

Nak buat kerabu maggi ni, selain maggi tu sendiri, anda tak boleh kedekut bahan. Kalau tidak, tak puas rasanya nak makan beramai-ramai.

Dan kalau nak buat kerabu maggi Thai ni, sebaiknya gunakan mee segera Thai yang memang dah terkenal kat negara kita dah. Biasanya ada jual di Kelantan dan belah utara atau beli je dari shoppe.

 

RESEPI KERABU MAGGI THAI

Untuk resepi ni, sukatan bahannya bersesuaian untuk 2 bungkus mee segera Thai. Kalau anda nak buat lebih, boleh gandakan setiap bahan-bahannya terutama sos yang digunakan. Kalau tak cukup letak, nanti rasa dia akan kurang.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 2 bungkus mee segera Thai (yang plastik bewarna merah tu)
  • Udang 8 ekor yang dibuang kulit
  • Sotong 3 ekor saiz sederhana yang dah siap dipotong kecil
  • Isi ketam 6 batang dipotong 2 atau 3
  • Sosej 1 batang dipotong nipis (yang ni terpulang nak letak ke tak)
  • Air perahan limau nipis 2 sudu besar (atau sebiji limau nipis)
  • Cuka makan 2 sudu besar
  • Sos cili Thai 2 sudu besar (sos manis Thai)
  • Sos ikan 2 sudu besar
  • Gula ½ sudu besar
  • Ajinomoto ½ sudu kecil
  • Tomato 1 biji dipotong dadu
  • Bawang merah 1 biji dipotong dadu
  • Cili padi 4 biji dipotong kecil
  • Lobak merah ½ batang diparut halus
  • Kobis ungu di hiris nipis
  • Daun ketumbar 2 tangkai dihiris halus

Cara buat kerabu maggi Thai Seafood:

▶️ Mula-mula rebus mee segera Thai dalam 1-2 minit atau sampai lembut.

▶️ Rebus tu jangan terlalu kembang pula.

▶️ Selepas dah lembut, boleh angkat dan toskan. Ketepikan.

▶️ Selepas tu rebus pula lauknya iaitu udang, sotong, isi ketam dan sosej sampai masak. Kalau tak nak buat seafood, boleh juga gantikan dengan ayam.

▶️ Lepas dah rebus, boleh toskan dan masukkan terus lauk ni ke dalam bekas mee segera yang dah direbus tadi.

▶️ Kemudian masukkan kesemua bahan lain pula iaitu bawang, cili api, tomato, kobis, lobak merah dan daun ketumbar.

▶️ Seterusnya perahkan air limau nipis ke dalamnya.

▶️ Tuangkan juga cuka makan.  Cuka ni bagi rasa masam, jadi kalau nak kurangkan masam, anda boleh adjust kuantitinya.

▶️ Masukkan pula sos ikan.

▶️ Juga masukkan sos cili Thai. Ikut suka nak guna brand sos cili Thai yang mana anda suka.

▶️ Kemudian masukkan gula dan ajinomoto. Boleh rasa dulu anda nak letak banyak mana. Tahap manis ikut suka.

▶️ Dan akhirnya sekali, masukkan perencah yang ada di dalam mee segera Thai tu. Masukkan je semua.

▶️ Dah letakkan semua bahan, boleh gaul sehingga sekata.

▶️ Sedia untuk dihidangkan. Taburkanlah sikit daun ketumbar untuk cantikkan lagi hidangan.

Tengok je pun dah tergoda kan? Kalau lihat bahan-bahannya dah boleh bayangkan rasa masam, masin, dan manisnya.

 

BACA JUGA: Cara Masak Maggi Goreng Ala Thai Yang Confirm Terliur. Rasanya Padu Walaupun Tak Berkuah!

 

Kalau anda nak lebih pedas, boleh lebihkan cili padi. Tapi dengan bahan-bahan ni pun, rasa dia dah cukup sedap dah! Pedas sangat pun tak sedap juga.

Kalau anda penggemar masakan Thai, kerabu maggi versi mee segera Thai ni memang boleh dilayan untuk hilangkan craving. Boleh leka kita makan semangkuk.

Dan masa nak buat tu, pastikan anda guna bahan atau sayuran yang masih segar, confirm makan tak pandang kiri kanan dah. Nanti jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.