Selalunya mee kari ni nak tentukan sedap atau tak semestinya terletak pada kuahnya. Kadang-kadang bahan dalam tu tak kisah ada isi apa pun. Tapi kalau kuah tak kena pada tekak mulalah potong selera. Dah ada resepi mee kari yang simple dan sedap macam ni, lebih baik buat sendiri.
Resepi ni dikongsikan oleh Iedaa Jahaya. Sekarang ni semua orang memang suka mee kari. Lebih puas hati buat sendiri berbanding beli. Mee kari ni memang ada macam-macam resepi kalau nak ikutkan. Ada yang suka santan lebih sebab suka berlemak.
Ada yang kadang-kadang tak suka letak santan dan lebihkan rempah. Macam-macam cara ada. Untuk resepi ni agak menarik sebab bahan asas yang simple semua ada. Tak perlu berlebihan pun dah cukup berasa dan menyelerakan.
Namun apa yang menarik perhatian ialah isi ayam dan udang direbus dahulu, dan kemudian air rebusan tu akan dicampur dalam kuah.
Bila kuah direneh lama dan makin memekat, rasa kuah tu akan lebih padu. Untuk bahan isi dalam kuah, tak kisah nak letak apa pun. Janji kena dengan selera anda.
RESEPI MEE KARI SIMPLE DAN SEDAP
Untuk kuantiti santan, anda boleh agak-agak nak masukkan banyak mana bergantung pada kepekatan santan dan kuah yang anda nak. Lain orang lain selera. Kadang-kadang kuantiti kuah pun tak sama.
Bahan-bahannya:
- Udang dan ayam (direbus dulu dan simpan air rebusannya)
- Rempah kari daging
- Santan
- 3 sudu besar cili kisar
- Bawang putih, bawang merah dan halia (nak tumbuk boleh, atau nak kisar sekali dengan cili kisar pun boleh)
Cara masak kuah mee kari:
▶️ Panaskan minyak dalam kuali/periuk.
▶️ Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis sehingga wangi.
▶️ Masukkan 3 sudu makan rempah kari daging yang dah siap dibancuh dulu.
▶️ Dan tumis sampai terbit minyak.
▶️ Lepas tu masukkan air rebusan ayam dan udang tadi, kacau sebati dan biarkan hingga mendidih.
▶️ Masukkan kiub ayam sebagai penambah rasa.
▶️ Kemudian masukkan santan. Kacau sebati.
▶️ Renehkan kuah sekejap sehingga betul-betul mendidih.
▶️ Lepas tu boleh masukkan kentang, ayam dan udang.
▶️ Perasakan dengan garam secukupnya.
BACA JUGA: Resepi Mee Kuah Terlajak Sedap. Rahsia Bahan Tambahan Untuk Menaikkan Lagi Rasa.
▶️ Kalau nak masukkan bahan lain seperti fishball, fishcake dan tauhu pun boleh juga.
▶️ Dah saip, boleh padamkan api.
Boleh hidangkan dengan taugeh, daun sup, daun bawang, telur rebus, cili dan bawang goreng. Barulah lengkap hidangan mee kari sedap.
Celurkan 2 paket mee kuning, atau 1 paket mee kuning dan 1 paket bihun. Baru puas dapat makan bersilih ganti. Serius sedap kuahnya.
Kalau kuah mee kari tu dah lama masak, rasanya lagilah padu. Contohnya masak pagi, petang baru makan. Memang lagi sedap. Jangan lupa cuba resepi mee kari simple dan sedap ni pada hujung minggu nanti.