Tak perlu bancuh tepung. Tak perlu apa-apa proses menguli. Hanya buat lapisan beberapa keping tortilla wrap dan taburkan bahan-bahan topping ikut suka. Kalau anda nak buat pizza sendiri, ini salah satu resepi pizza homemade mudah dan sedap yang anda boleh buat dalam sekelip mata.
Cara buat pizza homemade yang dikongsikan oleh Noor Atika Mahamood ni yang paling senang sekali sebab tak perlu susah-susah buat adunan doh. Boleh kalau nak jadikan makanan santai-santai di tengah malam.
Yang penting, toppingnya boleh diletakkan pelbagai bahan mengikut citarasa sendiri. Ibu-ibu kalau pening kepala nak sediakan sajian kegemaran anak-anak, boleh buat pizza tortilla wrap ni.
Nak menarik lagi, buat limpahan cheese yang meleleh. Dah boleh nampak seperti pizza di kedai. Resepi ni letakkan sosej dan udang sebagai bahan ‘lauk’ untuk toppingnya.
Kemudian ditambahkan dengan taburan cheese, serbuk lada hitam dan oregano untuk menaikkan lagi rasa dan aroma pizza. Lepas je bakar, hasilnya memang tak mengecewakan!
RESEPI PIZZA HOMEMADE MUDAH DAN SEDAP
Untuk topping, anda boleh pelbagaikan bahan ikut selera masing-masing. Selain udang, boleh juga kalau nak gantikan dengan daging atau ayam kisar.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Tortilla wrap 3 keping
- Mix cheese (mozzarella, parmesan dan cheedar)
- Sosej 2 batang
- Udang segar (bersihkan dan buang kulit dan hitam di belakang)
- Oregano
- Bawang holland
- Lada benggala merah
- Black pepper
- Sos spaghethi / pasta
- Mayonis
- Sos cili
- Sos black pepper
Cara buat pizza tortilla wrap homemade:
▶️ Mula-mula sediakan dulang bakar yang dah siap beralas dengan baking paper.
▶️ Letakkan 1 tortilla wrap atas dulang dan taburkan cheese.
▶️ Letak 1 keping lagi tortilla wrap atas tortilla pertama tadi, dan taburkan cheese lagi.
▶️ Dan letakkan 1 keping lagi tortilla untuk lapisan yang ketiga pula.
▶️ Kemudian sapukan sos spaghetti rata-rata di permukaan wrap. Dan taburkan cheese juga.
▶️ Boleh letakkan topping ikut kreativiti masing-masing.
▶️ Selepas tu picitkan sos cili, sos black pepper, mayonis, taburan black pepper dan oregano. Jangan lupa taburkan lagi cheese di atasnya. Lagi banyak cheese lagi melting.
▶️ Panaskan oven siap-siap, dan bakar pada suhu 180’c selama 15-20 minit.
BACA JUGA: Resepi Cream Mushroom Soup Macam Kat Pizza. Sedap Makan Dengan Roti Atau Macam Tu Je!
▶️ Bakar sampai nampak hasil topping dan cheese masak dan melting.
▶️ Dah siap. Sedia untuk dihidangkan!
Pizza homemade ni, selain bakar pakai oven, boleh juga bakarkan dalam air fryer. Janji gunakan suhu yang sesuai supaya bahan toppingnya masak.
Selain gunakan tortilla wrap, boleh juga kalau anda nak gantikan dengan roti canai segera atau paratha. Walaupun rasa roti dan tortilla ni berbeza, tapi masih sedap dengan topping yang mengikut citarasa. Jangan lupa mencubanya!