Segalanya Tentang Makan..

Resepi Sambal Ikan Mangga/Pauh Muda, Hanya 5 Bahan. Tengok Je Dah Kecur Liur.

0 5,996

Mangga muda atau pauh ni memang selalu dibuat masakan sambal, ulam atau gulai lemak. Rasanya yang masam-masam tu yang buat menyengat. Kalau tengok pun dah terasa kat tekak. Resepi sambal ikan mangga muda ni ialah salah satu resepinya yang mudah dan amat menyelerakan.

Anda pernah makan? Resepi ni cukup dengan rasa masam, manis dan pedas. Tak perlu masak pun, hanya tumbuk sehingga lumat dan gaulkan sebati. 5 bahan je yang anda perlukan. Sambal ni kalau ratah bukan main kecur liur rasanya.

Tapi kalau gaul dengan nasi lagi bertambah padu. Dia lagi power bila gabungan rasa pedas tu. Tapi ikut selera anda lah nak pedas tahap mana.

Yang buatkan rasanya lagi sedap ialah sebab dimasukkan ikan rebus atau panggang yang ditumbuk lumat sekali. Jadi, tak adalah hanya rasa masam pauh dan pedas cili tu je kan.

Ikan ni akan jadi penyebab rasanya sedap dan seimbang. Nak-nak gunakan ikan kembong atau selayang yang manis ikannya tu berasa. Jom lihat perkongsian resepi dari Baharin Zakaria ni.

 

RESEPI SAMBAL IKAN MANGGA MUDA

Biasanya kalau buat sambal mangga muda ni orang lebihkan mangga sebab nak rasa lebih masam. Macam makan kerabu mangga juga. Tapi yang ini versi lebih pedas. Cuma terpulanglah pada selera anda nak masam lebih atau tak.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 10 ekor ikan selayang (dikukus, dipanggang atau digoreng)
  • 10-12 biji mangga/pauh muda
  • 15-20 biji cili padi (ikut kepedasan yang anda suka)
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu teh garam

Cara buat sambal mangga/pauh muda:

▶️ Mula-mula tumbuk cili padi sehingga lumat.

▶️ Lepas tu masukkan garam dan gula dan tumbuk lagi sampai rata.

▶️ Masukkan isi ikan selayang ke dalam cili yang dah ditumbuk lumat tadi.

▶️ Tumbukkannya sekali.

▶️ Akhir sekali masukkan pauh muda dan tumbuk kesemua bahan sampai sebati.

▶️ Dah siap.

 

BACA JUGA: Resepi Sambal Jawa Simple Dan Sedap. Boleh Buat Sampai Makan Nasi Bertambah.

 

Boleh hidangkan terus dengan nasi panas-panas. Bila makan fresh-fresh ni lagi nikmat. Kalau gunakan mangga yang baru, rasanya lebih sedap dan rangup.

Kalau di kampung ni memang jadi kegemaran sebab selalu dibuat waktu kenduri. Nak daparkan pauh muda pun senang je. Ada sesetengah resepi sambal macam ni orang buat dengan belimbing buluh. Rasanya juga sedap sebab ada element masam, manis dan pedas juga.

Cuma kalau mangga ni lagi sedap dan rangup. Lagi pun mudah nak makan dan hidangkan sebab boleh dimayang halus. Lepas ni bolehlah cuba resepi sambal ikan mangga/pauh muda ni. Rasailah sendiri kenikmatan makan juadah simple orang kampung ni.

Leave A Reply

Your email address will not be published.