Nama tauhu bergedil ni dah tak asing lagi dah. Dulu mungkin jarang jumpa. Sekarang ni dah ramai orang jual tauhu bergedil ni dengan pelbagai rupa. Bila buat sendiri dapatlah buat resepi tauhu bergedil yang sedap dan isi gemuk mampat ikut bahan apa yang kita gemari.
Yelah, bila beli ni kadang-kadang ada yang tak kena dengan citarasa. Sebab isi lauknya ada kala bukan kegemaran kita. Paling best bila air tangan sendiri ni dapatlah buat berapa banyak isi yang ingin diletak.
Tauhu bergedil ni yang buatkan sedap bila gorengannya rangup dan garing di luar, dan isi dalamnya lembut dan enak berperisa. Tak berhenti di situ je, ianya bertambah sedap bila cicah dengan sambal kicap pedas.
Kena betul dengan selera bila buat hidangan minum petang. Lagi-lagi makan waktu lepas digoreng. Yang untungnya bila buat sendiri ni boleh disejuk bekukan. Buat je sekali banyak. Bila teragak je keluarkan terus dari peti ais dan goreng.
Bila tengok step nampak macam rumit je nak buat tauhu begedil ni. Sebenarnya simple je. Bahannya pun tak perlukan banyak. Jom lihat perkongsian resepi dari Zaimah Zakaria ni.
RESEPI TAUHU BERGEDIL SEDAP ISI MAMPAT
Biasanya bahan utama untuk isi lauknya ialah ayam/daging dan juga kentang. Untuk ramuan isi lauk ni sebenarnya boleh ikut citarasa sendiri yang mana anda nak lebih atau kurang.
Mungkin kadang-kadang ada yang lebih sukakan sayuran lagi berbanding isi daging. Ikutlah yang mana suka. Semuanya boleh buat ikut selera tekak masing-maising.
Bahan-bahannya:
- Ayam atau daging direbus sampai empuk
- Kentang direbus juga sampai empuk
- Bawang merah dihiris
- Bawang putih dihiris
- Daun ketumbar diracik halus
- Garam secukupnya
- Cili padi potong (ikut nak pedas mana)
- Tauhu goreng secukupnya
- Telur (untuk salut pada tauhu masa nak goreng nanti)
- Minyak masak untuk menggoreng
Cara buat tauhu bergedil:
▶️ Mula-mula panaskan minyak dalam kuali.
▶️ Goreng bawang merah dan bawang putih sampai garing dan keperangan. Kemudian angkat dan ketepikan.
▶️ Carik-carik isi ayam atau daging yang dah direbus.
▶️ Lenyekkan kentang pula yang dah direbus.
▶️ Lepas tu sebatikan ayam/daging dengan kentang.
▶️ Dalam 1 mangkuk, satukan ramuan ayam/daging dengan kentang ni bersama dengan bahan lain iaitu bawang yang digoreng tadi, daun ketumbar, cili potong dan juga sedikit garam.
▶️ Potong tauhu dan sumbatkan ramuan bahan ni.
▶️ Kalau beli tauhu goreng siap kat kedai tu, bahagian dalamnya memang dah kosong. Tak perlu keluarkan isi. Boleh sumbat je terus.
▶️ Pecahkan telur dalam mangkuk dan ketuk dengan garfu.
▶️ Kemudian salutkan tauhu yang disumbatkan isi tadi ke dalam telur dan goreng dalam minyak yang panas.
▶️ Goreng sampai garing kekuningan.
▶️ Boleh angkat dan toskan.
Bahan untuk sambal kicap:
- Bawang putih (bakar sikit)
- Cili padi (merah dan hijau)
- Belacan sedikit
- Kicap manis
- Air limau nipis atau limau kasturi
Cara buat sambal kicap:
▶️ Tumbuk bawang putih, cili padi dan juga belacan.
▶️ Lepas tu masukkan dalam mangkuk. Tuangkan kicap manis dan gaul sebati.
BACA JUGA: Resepi Pizza Homemade Mudah Dan Senyap Hanya Guna Tortilla Wrap. Dengan Topping Super Creamy!
▶️ Dah siap sambal kicap untuk cicah dengan tauhu bergedil.
Untuk tauhu bergedil tu, kalau tak nak gorengkan semua terus, boleh simpan tauhu yang bersumbat isi lauk tadi dalam peti sejuk beku.
Bila nak makan je, boleh keluarkan dan tunggu nyahbeku sekejap. Lepas tu boleh terus goreng. Sebab tu buat sekali banyak lagi senang. Nanti nak makan boleh terus goreng je.
Mudah je nak buat tauhu bergedil ni sebenarnya. Lepas ni tak payah nak beli lagi dah. Jauh lebih jimat dan boleh buat tauhu bergedil isi sedap gemuk mampat ikut bahan kita suka. Jangan lupa mencubanya!