Warning: fopen(/tmp/ae5163fae62423d6eaa3fd4c43e8a969-AXK6uT.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/ae5163fae62423d6eaa3fd4c43e8a969-AXK6uT.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Ayam Bakar Ala Domino Yang Super Marvelous. Lagi-Lagi Dibakar Crispy. Rugi Kalau Tak Cuba!

0 1,909

Teringin pula nak makan ayam panggang ala Domino’s. Makan dengan keluarga di rumah lebih seronok. Apa kata jom buat sendiri ayam bakar ala Domino yang super marvelous ni. Buat pedas-pedas dan cukup rencahnya. Air tangan sendiri ni orang kata lagi puas untuk dinikmati.

Tak sangka, cara buat ayam bakar ala Domino ni tidaklah sukar mana. Mengikut resepi yang dikongsikan oleh Noor Aishah Razali ni, bahan-bahannya sangat mudah dan ringkas. Gaulkan je, kemudian perap dan bakar. Sekejap je untuk disediakan.

Buat sendiri ni dapat buat sekali banyak, pilih saiz ayam besar-besar. Dan boleh ikut citarasa nak kan pembakaran ayam secara juicy atau garing.

Paling mudah untuk ibu-ibu sediakan makanan untuk anak-anak. Ayam bakar berperisa ni pasti jadi kegemaran mereka. Hidangkan bersama sos cili Thai, pasti makan sampai licin.

Cara hidangan boleh ikut citarasa anda. Sama ada nak makan dengan nasi, nak ratah begitu je, atau buat hidangan bersama kentang goreng, semua tu sesuai dan amat menyelerakan.

 

RESEPI AYAM BAKAR ALA DOMINO

Bahan-bahan ni kebanyakannya terdapat pelbagai campuran jenis sos. Sukatannya pula sebenarnya bergantung pada berapa banyak ayam yang ingin diperap.

Kalau lagi banyak ketulan ayam, anda perlulah gandakan bahan. Lagi lama ayam diperap, rasa ayam tu nanti akan lagi sedap dan berperisa.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Butter yang dicairkan dalam kuali
  • Bawang putih dan lada hitam yang ditumbuk (nak kisar pun boleh. Ikut suka)
  • 1 sudu serbuk cili
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu sos tomato
  • 1 sudu sos cili
  • 1 sudu madu
  • Nak letakkan kiub ayam pun boleh sebagai bahan perasa

Cara penyediaan ayam bakar ala Domino:

▶️ Mula-mula cuci bersih ayam ,dan potong ikut saiz yang sesuai.

▶️ Biasanya ayam potong 4 lagi mudah dan sesuai untuk dipanggang atau dibakar.

▶️ Kemudian campurkan kesemua bahan-bahan dalam 1 mangkuk dan gaul sebati.

▶️ Masukkan ayam dalam bekas, dan curahkan bahan campuran ni ke dalamnya. Gaul bahan pada keseluruhan ayam. Pastikan semua bahagian ayam disaluti bahan perapan.

▶️ Kemudian perap beberapa jam. Kalau dapat perap lagi lama atau semalaman, lagi banyak ia meresap ke dalam ayam.

▶️ Semasa ingin bakar, tutupkan ayam dengan aluminium foil. Kalau ada ikan dalam peti sejuk tu, boleh selitkan sekali bakar dengan bahan perapan.

▶️ Kemudian bakar ikut suhu sesuai oven anda. Nak lagi garing, boleh bakar lama sikit. Janji jangan sampai hangus.

▶️ Dah siap. Sedia untuk dinikmati.

 

BACA JUGA: Resepi Ayam Goreng Hatyai Original Dari Thai Yang Pasti Buat Anda Terliur!

 

Kalau makan ayam bakar ala domino ni macam tu je dah cukup sedap. Tapi nak lagi nikmat, boleh cicahkan dengan sos cili Thai atau sos biasa. Bagi yang gemar sos lada hitam pun boleh juga cicah dengannya.

Fuhh, makan panas-panas baru lepas dibakar lagi sedap. Lagi-lagi kalau isi ayam rasanya juicy dan bahagian luar dibakar garing. Pasti anak-anak makan sampai menjilat jari. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.