Segalanya Tentang Makan..

Buat Sendiri Ayam Geprek Sedap, Pedas Mengancam. Tak Perlu Makan Kat Kedai Lagi.

0 125

Masakan yang berasaskan ayam ni memang jadi kegemaran semua. Kalau anda jenis suka masakan pedas mesti suka makan ayam geprek ni. Sekali kalau makan mesti tercari-cari lepas tu. Ayam geprek ni makanan yang terkenal dari Indonesia, rasanya sedap dan pedas bukan biasa-biasa.

Sekarang kat Malaysia memang dah jadi fenomena. Padahal simple je. Hanya ayam goreng tepung dan juga sambal yang dilumat atau digiling. Tapi kombinasi ayam goreng tepung tu dengan sambal yang dilumat memang mengancam.

Kalau makan dengan nasi apatah lagi. Memang layan. Ada sesetengah kedai sekarang pun ada jual level kepedasannya. Kalau dah jadi kegemaran anda, apa kata lepas ni buat sendiri je. Ikut suka pedas tahap mana yang anda suka.

Mudah je sebenarnya nak buat ayam geprek ni. Yang penting salutan tepung untuk ayam tu perlulah sedap dan berasa. Jangan goreng tepung biasa je. Tak menjadi ayam geprek nanti.

Bahan sambal pun sangatlah mudah. Hanya bawang, cili dan tomato bahan utamanya. Jom lihat perkongsian resepi dari Nurul Hawa Nadila Sari ni.

 

RESEPI AYAM GEPREK

Selalunya ayam geprek Indonesia ni macam hidangan ayam penyet juga. Ada sayuran salad, timun, kacang panjang, tauhu dan juga tempe. Nak buat hidangan lengkap macam kedai, sediakanlah semua bahan ni barulah lengkap untuk hidangan anda sekeluarga.

Bahan perap ayam:
  • 4 bahagian peha ayam (keseluruhan)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil jus limau
Bahan salut ayam:

 

  • Tepung bestari
  • 2-3 biji telur
Bahan sambal geprek:

 

  • 15-20 biji cili padi merah
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato
  • Garam dan gula secukup nya
Cara buat ayam geprek:

▶️ Cuci bersih ayam, kemudian lumurkan dengan bahan perap.

▶️ Perap selama 15 minit atau lebih.

▶️ Dalam bekas lain, taburkan tepung bestari.

▶️ Pecahkan telur juga dalam mangkuk lain dan ketuk sebati.

▶️ Celupkan ayam dalam telur, dan lumurkan pula dalam tepung bestari.

▶️ Goreng dalam minyak yang panas sampai garing dan warna keperangan.

▶️ Lepas tu angkat dan toskan.

▶️ Untuk sambal, panaskan minyak dalam kuali.

▶️ Kemudian masukkan kesemua bahan sambal dan goreng sampai beraroma.

▶️ Lepas tu angkat dan tumbuk kasar bersama sedikit garam dan gula.

▶️ Cara hidangannya, curahkan sambal atas ayam yang telah digoreng tepung tadi.

▶️ Dan hidangkan dengan nasi putih bersama ulaman yang anda suka dan juga sup kosong.

 

BACA JUGA: Nak Buat Sambal Belacan Sedap Dan Padu? Mudah Je. Jom Ikut Resepi Ni Step By Step!

 

▶️ Boleh perahkan jus limau nipis pada sambal untuk rasa masam dan wangi. Terpulang pada anda.

Patutlah ramai orang suka ayam geprek dan semakin laku restoran-restoran ayam geprek kat Malaysia ni. Sebab hidangannya simple tapi sedap dan kena dengan tekak.

Orang Malaysia ni memang tak lari dari masakan pedas. Kena pula dengan ayam goreng salut tepung berperisa macam ni. Boleh buatkan sampai makan bertambah.

Lepas ni buat sendiri je ayam geprek sedap dan pedas ni. Nak makan kat kedai sekarang pun susah musim pandemik ni. Lagi puas hati buat sendiri dan nikmatinya sekeluarga. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.