Segalanya Tentang Makan..

Buat Sendiri Kuah Yong Tau Fu Sedap, Pekat Likat Macam Pasar Malam. Sedap Ya Amat!

0 7,129

Yong tau fu ni tak dinafikan antara makanan pasar malam yang digemari ramai. Sekarang ni kalau tengok gerai atau food truck yong tau fu, memang selalu penuh dek pelanggan. Lagi-lagi bila dah sekali jumpa gerai yang ada kuah yong tau fu sedap, memang seminggu sekali tak sah kalau tak pergi.

Yong tau fu ni nak tau tahap kesedapannya ialah bergantung sepenuhnya pada kuah. Kuah yang tentukan yong tau fu tu sedap atau tak. Kalau tidak, memang tak boleh nak telan. Kalau nak buat sendiri kuah yong tau fu sedap ni, perlu tahu ciri-cirinya.

Biasanya kuah yong tau fu ni warnanya coklat kehitaman dan ada tekstur yang pekat likat. Bila dituangkan atas bahan seperti bebola ikan, fishcake, dan kangkung, kepekatan kuah jelas nampak. Bukannya jenis mencair. Baru betul-betul kuah yong tau fu yang padu.

Nak buat sendiri kuah yong tau fu ni sebenarnya senang je. Bahan-bahannya ringkas dan mudah untuk disediakan. Bahan utama yang perlu ada ialah taucu.

Selebihnya bahan mudah yang biasa ada di dapur. Nak kan kuah yang pekat tu, masukkan sikit tepung. Jom lihat cara penyediaannya yang dikongsikan oleh Puteri Hana Sofea ni.

 

RESEPI KUAH YONG TAU FU

Kuah hitam ni biasanya pekat-pekat manis. Rasa manis kuah tu anda boleh adjust nak tahap manis macam mana. Nak lagi sedap dengan rasa pedas, boleh buat kuah merah sebagai pelengkap rasa.

Bahan-bahan untuk kuah hitam:
Kuah hitam:
  • Taucu 2 sudu makan
  • Tepung jagung 2 sudu makan
  • Tepung gandum 2 sudu makan
  • Kicap pekat 3 sudu makan
  • Sos tiram 3 sudu makan
  • Gula
  • 1 sudu makan (ikut selera anda. Nak manis lagi boleh tambahkan gula)
  • Air 4 cawan

Cara penyediaan kuah hitam yong tau fu:

▶️ Masukkan kesemua bahan-bahan dalam blender. Kemudian kisar sehingga taucu hancur halus.

▶️ Lepas tu masukkan dalam periuk, dan masak sampai mendidih dan pekat.

Bahan-bahan untuk kuah merah:
  • Kacang tanah ½ cawan (disangai atas kuali tanpa minyak)
  • Tepung gandum 1 sudu
  • Tepung jagung 1 sudu
  • Gula 1 sudu makan (boleh lebihkan gula kalau suka manis lagi)
  • Air 4 cawan
  • 2 biji bawang putih diketuk
  • Garam ¼ sudu makan
  • Cili kisar 3 sudu

Cara buat kuah merah:

▶️ Kisarkan kacang, tepung dengan air sedikit.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumis bawang putih yang diketuk.

▶️ Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga kering.

▶️ Kemudian masukkan bahan yang dikisar bersama baki air, dan kacau sebati. Masak sehingga pekat.

▶️ Lepas tu perasakan dengan garam dan gula.

▶️ Dah siap. Sedia dijamah bersama bahan yong tau fu seperti bebola, kangkung, sosej, dan macam-macam lagi.

 

BACA JUGA: Steamboat Ala-Ala Oden Bercheese. Jom Buat Hidangan Special Macam Korea!

 

Sebelum jamu, taburkanlah sedikit biji bijan di atas kuah sebagai hiasan dan penyedapnya. Memang nikmat kalau makan panas-panas.

Mudah je kan nak membuatnya. Kalau teragak kat tekak, boleh terus buat. Janji bahan-bahan yong tau fu tu tersedia dalam peti sejuk. Kalau ada kuah je, nak makan dengan apa pula kan.

Pada yang dah lama teringin nak buat sendiri kuah yong tau fu tu, bolehlah ikut resepi ni. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.