Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Ayam Goreng Sedap Ala KFC. Rangup Dan Pedas Hanya Guna 4 Bahan Je.

0 10,137

Kalau nak buat ayam goreng di rumah, alang-alang tu apa kata goreng yang sedap terus ala-ala ayam KFC. Anak-anak ni memang suka dengan ayam goreng. Tapi kadang-kadang muak juga kalau makan ayam goreng yang sama atau digoreng biasa je.

Buat makan dengan nasi atau makan dengan sos memang sedap dan puas. Bagi yang tak biasa menggoreng ayam, perlu tahu yang ayam goreng ni nak buat yang sedap perlu titik beratkan cara menggorengnya.

Kulit tak boleh terlalu garing yang akhirnya keras dan tak sedap dimakan. Nak goreng pun pastikan guna api sederhana, supaya bahagian luar tak garing dengan cepat, dan bahagian dalamnya akan masak dengan sempurna.

Bila tak sempurna, sebab tu kadang-kadang nampak ayam masih berdarah lagi masa tengah makan. Boleh putus selera dibuatnya. Cara buat ayam goreng KFC ni ada dikongsikan oleh Adnan Bin Mat Abu.

Ayam ni bila goreng dengan tepung sudah tentu rasanya lagi sedap dari goreng biasa je. Tapi perlu tengok juga jenis tepung apa yang digunakan. Adakah gunakan tepung biasa yang ada di rumah tu dah cukup?

 

AYAM GORENG ALA KFC

Untuk buat ayam goreng sedap ala KFC ni sebenarnya tak perlu susah-susah anda nak fikir pakai tepung apa. Mesti anda pernah dengar tentang tepung goreng serbaneka Bestari ni kan?

Ada 2 jenis tepung Bestari. Satunya yang perisa ori dan satu lagi ialah perisa pedas. Boleh salutkan dengan yang mana satu ikut selera anda dan anak-anak. Tapi mengikut resepi ni sebaiknya gunakan kedua-duanya.

Bahan-bahannya:
  • Ayam 5 ekor (potong 12)
  • Telur gred B 10 biji
  • Tepung Bestari perisa ori 1 paket
  • Tepung Bestari perisa pedas 1 paket
  • Minyak masak 5 sudu besar

*Bahan ni untuk 5 ekor ayam. Untuk sukatan bahan, anda boleh agak-agak berapa banyak perlu dimasukkan bersesuaian dengan ayam yang nak digoreng.

Cara masak ayam ala KFC:

▶️ Pecahkan kesemua telur ke dalam blender.

▶️ Tambahkan 1 sudu kecil garam dan 5 sudu besar minyak masak. Kemudian kisar supaya telur dan minyak sebati. Jangan masukkan air!

▶️ Kemudian tuang dalam mangkuk besar atau loyang.

▶️ Masukkan 5 sudu besar tepung Bestari perisa ori dan 5 sudu besar perisa pedas.

▶️ Gaul sekata dengan bancuhan telur tadi.

▶️ Kemudian masukkan ayam.

▶️ Perapkan lebih kurang 1 jam.

▶️ Tuangkan tepung Bestari dalam bekas lain.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali.

▶️ Gaulkan ayam yang dah diperap tadi ke dalam tepung dan gorengkannya.

▶️ Pastikan guna minyak yang banyak supaya ayam tenggelam. Kalau nak mudah, boleh goreng dalam periuk.

▶️ Balik-balikkan manja je supaya tepung tak tanggal.

▶️ Nak masak sekata, tutupkan kuali dengan tudung periuk.

▶️ Dah masak keperangan, boleh angkat dan toskan.

 

BACA JUGA: Buat Sendiri Sos Cheese Leleh Ala KFC. Cicah Dengan Ayam. Sedap Sampai Menjilat Jari!

 

▶️ Sedia dihidangkan.

Sedap kalau makan cicah dengan sos cili atau sos cheese. Feeling-feeling macam makan KFC. Lagi-lagi kalau buat ayam goreng drumstick.

Ayam ni bila diperap dengan sedikit tepung Bestari tadi tu sebenarnya buatkan lagi sedap dan berasa. Sebab tepung Bestari ni dah ada rasanya yang tersendiri.

Lepas ni kalau nak buat ayam goreng, bolehlah buat ayam goreng sedap ala KFC ni. Simpan stok tepung Bestari siap-siap di rumah. Semoga bermanfaat.

Leave A Reply

Your email address will not be published.