Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Ayam Percik Pasar Malam. Salut Kuah Merah Pekat Dan Sedap, Puas Gila Makan.

0 10,673

Kalau nak makan ayam percik mesti teringat yang pasar malam punya. Lagi-lagi yang bersalut dengan kuah merah yag pekat dan cukup berasa. Buat sendiri ni puas hati. Pilih bahagian ayam mana kita suka. Buat seekor dua, puas makan sekeluarga.

Resepi yang dikongsikan oleh Suisan Aliezsha ni mudah je bahan-bahannya. Ini resepi yang beliau buat untuk berniaga. Memang sedap dan laku keras. Rugi kalau tak cuba. Ramai memang sukakan ayam yang dibakar macam style ayam percik ni kan.

Kalau kat pasar malam tu bakar atas arang. Tapi kalau dah buat kat rumah ni masak dalam air fryer atau oven pun boleh. Sedap dapat makan seisi keluarga pada hujung minggu.

Kalau dah tau buat sendiri lepas ni tak payah beli kat pasar malam lagi dah. Apa yang buat sedap resepi ni bukan hanya kuah ayam percik je. Tapi bahan perapan untuk ayam tu sendiri.

Ramuan untuk ayam tu pun dah beri aroma pedas dan wangi. Biasanya kalau buat ayam percik atau bakar ni, ayamnya perlu diperap dulu. Tapi resepi ni masak sekejap ramuan dan ayamnya sekali, barulah dibakar.

 

RESEPI AYAM PERCIK PASAR MALAM

Untuk cara potong ayam terpulang pada anda nak besar mana. Sama ada nak potong 4, 8 dan sebagainya. Macam mana pun potong, nanti kena pastikan ayam masak sempurna. Suhu untuk ayam masak bergantung juga pada saiz ayam anda.

Bahan-bahan ayam:
  • Ayam (cuci bersih)
  • Cili kering
  • Bawang putih
  • Bawang besar
  • Halia
  • Kunyit hidup
  • Serai
  • Ketumbar
  • Jintan manis
  • Garam dan gula secukupnya
Cara penyediaan ayam:

▶️ Mula-mula kisar sekali bawang putih, bawang besar, halia, kunyit hidup dan serai. Ketepikan.

▶️ Kemudian kisar halus jintan manis dan ketumbar pula.

▶️ Panaskan kuali (tanpa minyak).

▶️ Masukkan bahan-bahan dan tumis.

▶️ Masukkan garam dan gula secukup rasa.

▶️ Kemudian masukkan ayam, dan masak sehingga separuh masak.

▶️ Lepas tu padamkan api.

▶️ Letak ayam atas stand dan renjiskan olive oil. Kalau tak ada olive oil, minyak masak pun boleh.

▶️ Bakar dalam af pada suhu 200’c selama 15 minit atau sampai masak. Kalau tak masak lagi boleh tambah masa.

▶️ Kalau dalam oven, bakar pada suhu 180’c selama 20 minit.

Bahan untuk kuah:
  • Cili kering
  • Bawang putih
  • Sos cili
  • Gula pasir
  • Gula merah
  • 1 sudu besar tepung jagung
Cara masak kuah:

▶️ Kisar cili kering dan bawang putih.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali.

▶️ Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis. Masukkan sikit air dan kacau-kacau.

▶️ Renyeh sampai cili masak.

▶️ Seterusnya masukkan sos cili, gula, air gula merah dan tepung jagung untuk pekatkan kuah.

▶️ Kacau sehingga kuah pekat.

▶️ Boleh rasa, dan pastikan garam dan gula cukup berasa.

▶️ Kalau anda ada biji bijan, boleh masukkan dalam kuah.

▶️ Dah masak, tutup api.

 

BACA JUGA: Rahsia Buat Sate Sedap. Cucuk Ayam Besar-Besar, Rasa Sate Lebih Mantap Dan Juicy.

 

Sedia tuangkan atas ayam yang telah dibakar tadi. Makan panas-panas serius sedap. Ayam percik ni makan macam tu je sedap. Jarang orang buat makan dengan nasi atau mee ke.

Nak buat pedas atau tak ikut selera anda. Yang penting cukup berasa dan aroma wanginya. Sesuai buat hidangan istimewa keluarga atau untuk tetamu.

Dah boleh buat ayam percik sedap macam pasar malam ni. Lepas ni buat sendiri je lah. Lebih jimat sebab ringkas je bahan-bahannya. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.