Ada tak kat sini yang suka makan bakso? Peminat bakso mesti tau betapa nikmatnya kalau dapat makan kuah bakso yang cukup dengan rasa dan aroma rempah supya? Bila sedap sangat, mesti hirup kuah sampai licin. Kali ni jom lihat cara buat bubur nasi kuah bakso lain dari yang lain ni.
Selalu bakso makan dengan bebola daging dan mee kan. Rupanya makan dengan bubur nasi pun tak kurang juga enaknya. Cukup sekadar bubur nasi tu dimasak kosong je tanpa banyak bahan dan perasa. Sebab kuah bakso tu yang merupakan menu utamanya.
Hidangan bubur nasi kuah bakso ni akan lagi bertambah sedap kalau ada pelbagai hidangan sampingan. Nak-nak adanya begedil, telur asin, kacang tanah dan ikan bilis. Terus bubur nasi kuah bakso ni nampak mewah dan istimewa.
Perkongsian resepi dan cara buat bubur nasi kuah bakso ni dikongsikan oleh Cik QQ. Sebenarnya bahan-bahan yang digunakan simple dan mudah je cara memasaknya. Yang membuatkan kuah bakso ni sedap ialah disebabkan ada pelbagai rempah yang dicampurkan.
Tak sah kalau tak makan bertambah-tambah, lagi-lagi bila ada sambal kicap yang memang wajib ada setiap kali makan makanan berkuah sup ni. Dalam resepi ni, ada juga sediakan cara buat sambal kicapnya.
RESEPI SUP KUAH BAKSO
Sebelum buat kuah sup ni, anda boleh masak buburnya dulu. Masak bubur kosong dan simple je. Cukup sekadar dimasukkan halia, stok ayam dan sedikit garam. Kemudian biarkan ia masak dalam periuk, dan boleh mula buat sup kuah bakso.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1 biji bawang besar
- 5-6 ulas bawang putih
- 1 ½ inci halia
- Kulit kayu manis
- Bunga lawang
- Rempah sup 3-4 sudu besar
- Serbuk jintan manis 1 sudu kecil
- Serbuk jintan putih 1 sudu kecil
- Serbuk ketumbar 1 sudu kecil
- Serbuk lada hitam 1 sudu kecil
- Serai
- Daun pandan
- Meatball
- Garam secukup rasa
- Daun ketumbar jawa
- Limau nipis (perahkan jusnya)
- Air
- Daun sederi/daun sup
Cara masak sup kuah bakso:
▶️ Mula-mula kisar bawang besar, bawang putih, dan halia.
▶️ Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumis bahan kisar tadi. Dan masukkan sekali kulit kayu manis dan bunga lawang. Tumis sehingga naik bau.
▶️ Masukkan rempah sup dan kesemua bahan serbuk rempah yang lain dan masak sampai terbit minyak.
▶️ Kemudian masukkan 2 mangkuk besar air bersama dengan serai yang diketuk dan juga daun pandan.
▶️ Masukkan meatball dan perasakan dengan garam secukup rasa.
▶️ Untuk naikkan lagi aroma dan rasa kuah sup, masukkan daun ketumbar jawa sedikit.
▶️ Biarkan kuah mendidih lama sikit.
▶️ Dah nak siap masak, bolehlah perahkan jus limau nipis.
▶️ Akhir sekali masukkan daun sederi dan daun sup.
▶️ Dah siap sup kuah bakso.
Bahan-bahan untuk sambal kicap:
- ½ mangkuk kecil kicap manis
- Bawang putih 6 ulas
- Cili api 10 biji
Cara penyediaan sambal kicap:
▶️ Kisarkan bawang putih dan cili api. Dan campurkan dengan kicap manis.
▶️ Gaulkan sehingga sebati. Dah siap!
BACA JUGA: Cara Buat Kuah Oden Sedap Ala Family Mart. Resepi Homemade Hirup Sampai Licin!
Hidangkan bubur nasi bersama kuah sup bakso. Dan masukkan hidangan sampingan yang lain dan sambal kicap ni sedikit. Memang nikmat makan bila kuah cukup rasa berempah dan makan dengan sambal kicap pedas. Cukup kaw kaw rasa dia.
Kalau anda jenis yang tak berapa makan makanan jawa Indonesia ni, boleh rasa dulu bubur nasi bakso yang istimewa ni. Pasti anda menyukainya.
Cara buat bubur nasi kuah bakso ni tak lah susah mana. Simple je. Lepas ni bolehlah sesekali hidangkan makanan bakso ni untuk hidangan istimewa keluarga pada hujung minggu. Selamat mencuba!