Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Burger Prosperity Ala Mcd. Lagi Puas Hati Ikut Citarasa Sendiri!

0 1,363

Duduk rumah ni teringat-ingat pulak burger Mcd, lagi-lagi burger prosperity yang kejap ada kejap takda kat Mcd tu. Sebenarnya buat sendiri pun boleh. Cara buat burger prosperity ala Mcd ni taklah susah mana. Boleh buat ikut citarasa sendiri pula tu.

Nak sos leleh, nak daging tebal atau sayur lebih, semua boleh buat ikut suka kita. Yang penting, rasa bahan asas dan nikmatnya tu sama macam makan burger prosperity Mcd, malah lebih lagi. Puas hati makan versi homemade ni sebenarnya.

Kalau nak tau cara buat burger prosperity ala Mcd yang sedap dan padu, anda boleh cuba resepi yang dikongsikan oleh Mohamad Arymin ni.

Lain dari yang lain resepi sos blackpepper nya yang pasti buat anda telan air liur. Cukup rasa bahang lada hitam, manis dan pekatnya.

Bila dah buat burger tu, hidangkan pula dengan kentang goreng dan air istimewa, dah macam buka kedai western pula kat rumah. Apa lagi, jom kita lihat cara penyediaannya.

 

RESEPI BURGER PROSPERITY ALA MCD

Nak sedap, anda boleh gunakan daging kisar jenama Ramly. Ada juga yang gunakan daging burger biasa, kemudian hancurkannya sendiri sebelum dimasak jadi daging burger prosperity. Ikut anda nak guna daging yang mana. Mengikut resepi ni, anda boleh dapat dalam 10 biji burger prosperity.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan untuk daging burger:

  • Daging kisar Ramly 1 kilo
  • Serbuk roti 8 sudu makan
  • Bawang holland sebiji yang dicincang halus
  • Blackpepper 1 sudu makan yang dikisar kering
  • Rencah Maggi cukup rasa dan garam secukup rasa
  • Kalau nak tambah telur dan herba Itali (Italian Herbs) pun boleh juga. Ikut citarasa masing-masing

Bahan-bahan sos blackpepper:
  • Serbuk Demi Glace 50 gram
  • Bawang merah sebiji yang dihiris halus
  • Marjerin/mentega 2 sudu makan
  • Serbuk blackpepper 2 sudu makan
  • Air 500 ml
  • Sos cili 8 sudu makan
  • Brown sugar/gula melaka 1 sudu makan
  • Perasa secukupnya

 

Bahan-bahan lain:
  • Roti panjang
  • Sayuran seperti salad dan tomato

Cara buat burger prosperity burger ala Mcd:

▶️ Cincang bawang holland halus dan nipis.

▶️ Kemudian masukkan bawang tu ke dalam mangkuk. Masukkan sekali daging kisar, blackpepper, serbuk roti dan perasa.

▶️ Kalau tak nak pakai serbuk roti, boleh gantikan dengan tepung. Dan masa ni kalau nak letak telur dan Italian herbs pun boleh juga, ikut suka.

▶️ Gaulkan bahan-bahan tu sehingga sebati macam ni.

▶️ Seterusnya kepal-kepalkan jadi bebola seberat 100 gram.

▶️ Kemudian leper-leperkan atau bentukkan jadi memanjang macam ni. Jangan terlampau tebal atau terlampau nipis. Ikut ukuran roti tu sebab nanti masa goreng akan kecut sikit.

▶️ Panaskan kuali, dan masukkan sedikit mentega.

▶️ Lepas mentega dah cair, goreng daging tadi. Goreng dalam 3-4 minit atau sehingga masak.

▶️ Dah siap boleh angkat.

▶️ Kemudian sediakan sos blackpeppernya pula.

▶️ Demi Glance brown sos ni bahan yang digunakan untuk buat sos blackpepper tu nanti.

▶️ Mula-mula panaskan kuali dan masukkan marjerin. Biarkan mencair.

▶️ Kemudian masukkan bawang merah dan tumis sehingga garing.

▶️ Dalam mangkuk lain, masukkan 50 gram serbuk Demi Glance dengan 500 ml air. Bancuh guna air biasa je, bukan air panas sebab nanti takut berketul.

▶️ Kemudian masukkan bancuhan Demi Glance tadi ke dalam kuali dan kacau perlahan-lahan.

▶️ Seterusnya masukkan blackpepper dan sos cili.

▶️ Masukkan juga perasa dan brown sugar. Kalau nak gantikan dengan gula melaka pun boleh.

▶️ Kacau sehingga sebati, kemudian tengok kepekatan kuah sos. Calitkan jari pada sudip. Kalau terbelah di tengah tu maksudnya dah ngam kepekatannya.

▶️ Selepas tu, masukkan daging yang dah digoreng tadi ke dalam sos blackpepper ni. Atau celup-celupkan dia.

▶️ Biarkan sehingga menyerap sos ke dalam daging.

▶️ Calitkan marjerin sikit pada roti dan bakar atas kuali sekejap.

▶️ Dan sedia untuk dihidangkan bersama daging prosperity sos tadi.

▶️ Boleh potong bawang holland membulat dan masukkan juga dalam burger.

Hidangkan bersama sayuran salad dan tomato. Kalau anda nak tambah sos, cheese pun boleh juga. Ikut citarasa masing-masing.

 

BACA JUGA: Resepi Corndog Paling Simple Dan Senang Nak Buat! Confirm Anak-Anak Suka.

 

Wahh, sedap betul tengok kuah pekat blackpepper yang meleleh-leleh tu. Tergoda melihatnya. Rasanya bertambah lazat bila sos pekat menyerap pula ke dalam daging.

Itu yang untungnya buat burger homemade ni. Boleh sendiri adjust rasa dia. Nak pekat lebih boleh. Atau nak tambah rempah herba pada daging pun tiada masalah.

Bila dah tau buat sendiri ni tak payah susah-susah ke Mcd. Lagipun boleh jimat dan buat burger sekali banyak untuk makan dengan keluarga. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.