Warning: fopen(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-jVhnLJ.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-jVhnLJ.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Mee Sizzling Sama Macam Kedai. Sedap Dan Padu Kuah Dia!

0 11,659

Pernah tak makan mee sizzling? Kalau nak makan mee sizzling ni biasanya kat kedai je. Jarang orang buat sendiri kat rumah. Cara buat mee sizzling sama macam kedai ni sebenarnya senang je. Pakai bahan yang biasa kita ada di dapur.

Cumanya mungkin ramai antara kita yang jarang beli mee yang digunakan untuk buat sizzling ni iaitu yee mee. Nak buat mee sizzling ni kenalah ada yee mee tu. Sekarang ni memang banyak dah dijual kat pasaraya biasa.

Biasanya kita tengok bahan wajib kena ada dalam me sizzling ni ialah ayam yang dipotong kecil, sawi, cendawan kering dan telur. Ni macam simbolik juga untuk mee sizzling ni. Tak ada bahan ni memang tak sah.

Di kedai makan biasanya mereka masak dan hidangkan mee sizzling ni dalam hot plate. Bila makan kat food court pasaraya tu memang feeling habis bila disediakan hidangan mee sizzling berasap-asap dalam hot plate.

Bagi yang teragak nak masak sendiri di rumah tu, boleh ikut cara buat mee sizzling sama macam kedai yang dikongsikan oleh Muhammad Zakwan ni. Memang cantik betul hidangan. Jom kita lihat resepinya.

 

RESEPI MEE SIZZLING

Mee sizzling ni syaratnya kenalah ada kuah yang pekat dan likat. Lebih kurang macam kuah mee bandung juga rupa dia tapi lagi pekat lagi texture dia. Kalau tak pekat kuah, tak menjadilah mee sizzling kita.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Yee mee 2 gulung
  • Isi daging ayam yang dipotong kecil-kecil
  • Cendawan kering 4-5 biji yang direndam siap-siap sehingga kembang
  • Cili kering 5 tangkai dipotong 1 inci
  • Halia 3 inci yang diketuk
  • Bawang putih 5 ulas yang dicincang
  • Sawi 5 batang yang dipotong dan dicelur
  • Kicap pekat 4 sudu besar
  • Sos tiram 4 sudu besar
  • Air 3 cawan
  • Telur 2 biji
  • Tepung jagung 1 sudu besar
  • Serbuk lada hitam
  • Minyak masak secukupnya digunakan untuk menumis
  • Garam secukup rasa

Cara buat mee sizzling sama macam kedai:

▶️ Panaskan minyak dalam kuali. Kemudian masukkan cili kering, bawang putih dan halia. Tumis sehingga naik bau.

▶️ Seterusnya masukkan ayam dan biarkan sekejap.

▶️Masukkan pula lada hitam dan kacau sehingga sebati.

▶️ Selepas tu masukkan sos tiram dan kicap pekat. Ikut agak-agak cantik warnanya, kemudian kacau sehingga sekata.

▶️ Kemudian masukkan cendawan kering.

▶️ Seterusnya bancuhkan tepung jagung sedikit dengan air. Masukkannya ke dalam masakan. Campurkan lagi dengan air putih biasa sehingga tahap kepekatan kuah yang sesuai.

▶️ Masukkan garam secukup rasa dan kacau. Biarkan mendidih dan sebati, kemudian padamkan api.

▶️ Panaskan hot plate pula, kemudian masukkan yee mee.

▶️ Selepas tu masukkan sikit dulu kuah yang dah siap dimasak tadi.

▶️ Kemudian pecahkan telur ke dalamnya dan biarkan sekejap sehingga masak.

▶️ Tuangkan lebihan kuah tadi, dan masukkan sawi yang dah siap dicelur. Dah boleh padamkan api.

▶️ Dah siap dan sedia untuk dihidangkan!

 

BACA JUGA: Resepi Laksam Sedap. Dengan Kuah Putih Pekat Berlemak. Confirm Makan Sampai Licin!

 

Sebiji macam kedai kan! Nampak sedap dan menyelerakan. Lagi-lagi dimakan waktu panas-panas dan masih berasap lagi tu. Mee sizzling ni memang lambat sikit nak sejuk sebab dihidangkan dalam hot plate.

Namun yang tak ada hot plate tu pun masih juga sedap menikmati mee ni. Janji cukup bahan, kuah menjadi dan dimakan terus selepas masak.

Sebab apa sahaja mee pun kalau dimakan terus lepas masak memang lebih baik berbanding biarkan mee tu sejuk dan kembang bila tak dimakan terus.

Bagi yang nak masak sendiri mee sizzling tu, boleh la ikut resepi mee sizzling sebiji macam kedai ni. Rugi kalau tak cuba. Jangan lupa kongsikan resepi ni ya! Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.