Oleh sebab murtabak ni memang jadi favorite ramai pada bulan puasa ni, jom kita belajar buat murtabak sendiri macam kat bazaar Ramadhan. Cara buat murtabak daging sedap ala bazaar ada dikongsikan oleh Roshida Shida. Boleh buat inti favorite padat-padat. Barulah puas!
Murtabak ni biasanya ada 2 cara orang buat. Kalau nak mudah, ramai orang buat dengan kulit popia untuk kulitnya tu. Tapi itu murtabak simple je yang dibuat di rumah. Untuk peniaga di bazaar, ada proses uli tepung dan canaikan untuk dijadikan kulitnya. Kalau dimasak garing-garing, lagi enak.
Kalau buat murtabak versi bazaar ni kena bersabar sikit sebab stepnya ajak panjang. Bukan sekadar masak inti je, tapi perlu uli tepung. Kena pandai buat sukatannya supaya menjadi, dan tak ada masalah semasa isikan inti dan menggoreng.
Tapi bila sekali dah pandai uli dan menjadi, pasti puas hati. Proses uli akan nampak mudah. Lepas tu gorengkannya garing-garing dan buat inti yang padat.
Mau lepas ni tak mencari lagi murtabak di bazaar atau di kedai-kedai mamak. Buat sendiri ni berbaloi sebab boleh ikut citarasa masing-masing.
RESEPI MURTABAK DAGING SEDAP
Nak buat inti ni biasanya orang gunakan daging kisar atau daging burger yang dihancurkan. Selain daging, boleh juga buat inti ayam dengan gunakan ayam kisar.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Tepung gandum 1 kilo
- Susu pekat 2 sudu besar
- Gula pasir 1 ½ sudu besar
- Garam 1 sudu besar
- Telur gred C 2 biji
- 1 ½ cawan air
- Marjerin
Cara buat murtabak daging:
▶️ Mula-mula campurkan kesemua bahan kecuali tepung gandum dan juga marjerin.
▶️ Sebatikan sehingga bahan melarut dalam kuah.
▶️ Kemudian masukkan sikit-sikit tepung gandum dan uli sehingga doh tak melekat di tangan.
▶️ Lepas dah siap, cubit sikit doh dan bentukkan bebola. Lepas tu perapkan doh selama 2-5 jam.
▶️ Kemudian buat inti dagingnya pula.
Bahan-bahan inti daging:
- Daging kisar 500 gram
- Bawang putih cincang 3 biji
- Serbuk kari ayam atau daging 1 sudu besar
- Serbuk paprika ½ sudu besar (optional)
- Garam ½ sudu besar
- Minyak untuk menumis 1 sudu besar
- Bawang besar 2 biji yang dimayang halus
- Sedikit daun bawang
- Berapa biji telur ayam
Cara masak inti murtabak:
▶️ Mula-mula panaskan minyak dalam kuali, dan tumis bawang putih , daging kisar, serbuk kari , serbuk paprika dan garam.
▶️ Kemudian toskan minyaknya.
▶️ Gaulkan bersama bawang besar dan daun bawang.
▶️ Gaulkan sebiji telur ayam bersama sedikit inti daging tadi.
▶️ Dan akhir sekali, tebarkan doh yang dibulatkan tadi. Dan isi inti ke dalamnya.
▶️ Kalau nak tambah cheese ikut suka.
▶️ Kemudian lipat dan sedia untuk digoreng.
▶️ Goreng sehingga garing.
Bila hidangkan tu, hidangkan lah dengan kuah campuran bawang dan cuka. Baru lah sedap macam bazaar. Kalau dapat kuah kari, lagilah nikmat.
Lepas ni kalau teringin nak makan murtabak, boleh buat sendiri. Hidangkan sebagai minum petang. Jangan lupa cuba buat murtabak daging yang sedap ni.