Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Punten, Makanan Tradisi Jawa. Wajib Makan Dengan Sambal Hijau. Sedap Ya Amat!

0 1,773

Mungkin sesetengah orang ada yang tak pernah dengar nama hidangan punten makanan Jawa ni kan. Kalau nak lebih faham, punten ni seakan-akan nasi himpit juga. Cuma dimasak dalam periuk nasi dengan air yang banyak dan ada rasa lemak-lemak sebab bersantan.

Kalau muak makan nasi himpit boleh gantikan dengan punten pula kali ni. Lagi sedap dan puas makan sebab rasanya lebih enak, wangi dan berlemak. Makan dengan apa pun sedap seperti sambal hijau, sambal bilis, kuah lemak, rendang dan sebagainya.

Mana tahu tahun depan raya nanti boleh tukar-tukar selera kepada punten pula. Boleh anda simpan dulu resepi istimewa dan mudah yang dikongsikan oleh Tuan Adriana Arissa ni.

Dalam masyarakat jawa selalunya punten dihidangkan dengan sambal hijau cili padi. Bukan main sedap lagi gandingannya. Buat pedas-pedas lagi sedap.

Kalau terasa nak makan dengan hidangan berkuah seperti sup dan lontong pun terpulang pada anda. Semuanya ikut citarasa masing-masing. Jom lihat resepi macam mana nak buat punten ni.

 

RESEPI PUNTEN MAKANAN JAWA

Punten ni dimasak dalam periuk nasi seperti biasa. Lepas je masak teksturnya lembik, tapi lebih keras dari bubur nasi. Biasanya akan dibentukkan sebelum hidang.

Bahan-bahan:
  • 2 cawan beras (rendam semalaman. Tapi kalau tak nak rendam pun tak apa)
  • 2 cawan santan
  • 4 cawan air
  • 1 sudu besar butter
  • Garam
  • Daun pandan

Cara buat punten:

▶️ Masukkan kesemua bahan dalam periuk nasi.

▶️ Gaul sebati, kemudian masak seperti biasa.

▶️ Bila dah masak je, tumbuk-tumbuk dulu. Lepas tu bentukkan.

▶️ Dah siap, boleh susun dalam piring/pinggan.

Bahan-bahan sambal hijau cili padi:
  • 1 cawan ikan bilis
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 4 ulas bawang merah*
  • 1 inci halia*
  • Belacan*
  • 30 biji cili padi hijau*
  • Sedikit air asam jawa
  • Gula nisan
  • Garam (jika perlu tambah)

Cara buat sambal hijau cili padi:

▶️ Mula-mula kisar atau tumbuk semua bahan bertanda *.

▶️ Kemudian panaskan minyak dalam kuali, dan tumis bahan kisar ni.

▶️ Pastikan tumis sehingga terbit minyak dan bahan-bahan masak.

▶️ Seterusnya masukkan gula dan air asam jawa. Kalau kurang masin boleh tambah garam.

▶️ Kacau sebati dan biarkan masak sekejap lagi.

▶️ Dah boleh padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Resepi Sambal Goreng Jawa Yang Sedap, Kering Dan Padu Rasanya! Siap Boleh Meratah.

 

Tak susah pun nak buatnya kan. Cumanya kena hati-hati sikit masa bentukkan punten tu, sebab untuk bentukkannya sesuai waktu masih panas. Kalau buat masa dah sejuk nanti tak cantik dan tak licin.

Kalau nak rasa kelainan untuk minum petang, boleh buat punten ni. Makan dengan lauk apa pun terlupang pada selera anda.

Punten makanan Jawa ni pasti kena dengan selera anda. Sebab kita memang dah biasa makan nasi yang bersantan seperti nasi lemak kan. Tak akan rasa pelik punya. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.