Bagi yang tak biasa makan Chinese cuisine mesti tak pernah dengar nama chun kien. Chun Kien ni sejenis makanan Chinese yang sedap atau dikenali juga sebagai makanan segera Chinese Hakka yang padat dengan bahan, yang kemudiannya direbus dan digoreng.
Kalau yang selalu ada di restoran cina, chun kien ni kebiasaannya mempunyai isi daging binatang larangan bagi muslim. Tapi ada juga versi daging ayam yang lebih sesuai untuk kita cuba. Rupanya sedap makanan ni dengan isinya yang penuh rasa dan kulit yang rangup.
Tapi perlu gisih sikit mencari bahan-bahan yang mungkin anda tak pernah beli sebelum ni. Contohnya sengkuang cina, minyak bijan khasnya dan juga Chinese 5 spices powder. Namun sebenarnya bahan-bahan ni ada je dijual di pasaraya.
Apa yang istimewa rasa chun kien ni sebab kulitnya digulung dengan kulit fucuk yang lembut, kemudian digoreng rangup. Itu yang buatkan sedap bila digigit dengan isinya yang padat dan cukup dengan perasa.
Kalau anda teringin nak cuba, jom ikut resepi yang dikongsikan oleh Tan Siongling ni sendiri. Sesekali tukar kepada selera Chinese pula. Mana tau anak-anak suka.
RESEPI CHUN KIEN CHINESE HAKKA CUISINE
Mudah je sebenarnya nak buat chun kien ni. Hanya perlu sediakan bahan yang cukup, kemudian gulung dengan fucuk. Lepas tu rebuskan dulu dan kemudian goreng. Makan macam tu je dah cukup sedap. Tak perlu sos pencicah lagi.
Bahan-bahan yang perlu ada:
- 320 gram daging ayam kisar
- 7-8 ekor udang saiz sederhana
- 5 biji sengkuang cina
- 2 biji bawang merah kecil
- 2 ulas bawang putih
- 1 biji telur
- 5 gram daun ketumbar (chopped)
- 1 sudu teh minyak bijan Ghee Hiang
- 1 ½ sudu makan kicap masin
- 1 sudu makan sos tiram
- ½ sudu teh garam/lada sulah
- Gula secubit
- ½ sudu teh Chinese 5 spice powder
- 1 bencurd skin (kulit fucuk yang nipis dan lembut)
Cara buat chun kien:
▶️ Masukkan kesemua bahan mentah ke dalam mangkuk besar atau besen.
▶️ Gaulkan sebati.
▶️ Lebarkan bencurd skin atau fucuk, dan masukkan inti berapa padat anda mahu.
▶️ Kemudian gulung dan cantumkannya.
▶️ Bencurd ni tak perlu ditampal apa-apa lagi untuk lekatkan. Teksturnya yang lembut dengan bahan-bahan inti yang basah dah buatkan ia melekat sendiri.
▶️ Kukuskan chun kien yang dah siap dibalut ni, kemudian gorengkan pula dengan api yang perlahan.
▶️ Dah siap, boleh dimakan.
BACA JUGA: Popia Pisang Dengan Pelbagai Topping Kayangan. Kulit Digoreng Rangup Dengan Isi Pisang Manis.
Fucuk ni memang dah sedia lembut dan nipis, jadi tak perlu rendamkan air dulu. Boleh terus balut je. Kalau di pasar raya tu biasanya kedudukan kulit fucuk yang nipis ni bersebelahan pucuk keras yang biasa kita beli tu.
Makan panas-panas waktu lepas digoreng memang sedap. Rasanya rangup dengan inti yang lembut. Kalau anda nak makan dengan sos pencicah pedas pun boleh juga. Contohnya seperti sos popia atau pun sos Thai.
Kalau sesekali nak tukar selera, bolehlah anda cuba chun kien makanan Chinese ni. Memang sedap, dan boleh jadi makanan santai-santai anda di rumah. Selamat mencuba.