Warning: fopen(/tmp/3022bbcbe4040d82749b6a46f1438dc0-msXCCV.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/3022bbcbe4040d82749b6a46f1438dc0-msXCCV.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Nasi Dagang Terengganu, Gulai Ikan Tongkol Pekat Padu. Sekali Buat Tak Puas Makan!

0 39,297

Nasi dagang Terengganu ni kalau dapat makan hidangannya yang lengkap memang cukup menyelerakan. Sekarang ni musim pandemik duduk rumah, tekak mulalah teragak nak makan menu nasi-nasi berperisa macam ni. Antaranya nasi dagang terengganu berlauk gulai ikan tongkol inilah.

Selama ni nak makan nasi dagang mesti nak kena cari tempat yang betul-betul hidangkan nasi dan lauk yang kena dengan tekak. Yelah, kesedapan nasi dagang bergantung pada tekstur nasinya. Nasi perlu lembut dengan tekstur ala pulut.

Gulainya pula perlu berkuah pekat dengan lauk ikan tongkol yang cukup rasa masam masinnya. Tak lupa juga isi ikan tu perlulah pejal. Kalau macam ni barulah betul-betul hidangan sempurna nasi dagang. Kalau tidak, boleh putus selera.

Mujur jumpa resepi nasi dagang Terengganu yang dikongsikan oleh Sarah Az-Zahra’ ni. Hasil hidangannya memang terbaik dengan ciri nasi dagang yang diidamkan.

Dah alang-alang jumpa resepi ni, jomlah kita cuba buat sendiri. Bukan je ada resepi nasi dan gulai ikan tongkol je, ada juga cara penyediaan acar timun. Boleh buat hidangan lengkap nasi dagang.

 

RESEPI NASI DAGANG TERENGGANU GULAI IKAN TONGKOL

Kalau ikut selera untuk kuahnya ni, kebanyakan kita mesti sukakan kuah gulai yang pekat dengan aroma rempah dan bahangnya kan. Jaranglah kuah gulai tongkol ni dimasak light-light je kepekatannya.

Menariknya resepi ni, ada tunjukkan 2 cara masakan kuah gulai ikan tongkol yang anda boleh buat ikut selera sendiri. Yang penting nak buat kuahnya ni anda boleh adjust ikut tahap kepekatan macam mana yang anda suka.

Bahan-bahan untuk nasi:
  • Beras jati 4 cawan (beras wangi atau beras nasi dagang)
  • Beras pulut 1 cawan (tapi kalau dah pakai beras wangi dan beras nasi dagang, tak perlu tambah beras pulut lagi dah)
  • Santan cair 3 cawan dengan campuran sedikit gula dan garam
  • Santan pekat 1-1½ cawan dengan campuran sedikit garam
  • Halba 1 sudu besar
  • Bawang merah 2 ulas
  • Halia ½ inci

Cara masak nasi (dikukus):

▶️ Satukan beras dengan beras pulut, kemudian rendamkan 8 jam atau semalaman. Tapi kalau rendam siang, boleh je rendam 2-4 jam.

▶️ Kemudian kukuskan selama 20 minit.

▶️ Selepas 20 minit, kaut dan angkat semua nasi ni ke dalam bekas yang agak besar. Dan tuangkan separuh santan cair. Gaulkan sekata.

▶️ Biarkan sekejap sampai santan meresap, lepas tu sambung tuangkan lebihan santan cair tadi sehingga habis. Biarkan sekejap sampai semua santan meresap elok.

▶️ Kemudian kukus semula lagi 20 minit.

▶️ Sambil tengah kukus tu, hiriskan bawang dan juga halia halus-halus. Lepas tu letakkan atas nasi dalam periuk kukusan beserta dengan halba sekali.

▶️ Kemudian angkat nasi untuk kali kedua dan kali ni arunkan dengan santan pekat hingga rata. Santan ni boleh tuang sikit-sikit. Kalau nasi dah nampak elok, tak perlu masukkan semua.

▶️ Dah siap hidangan nasi!

▶️ Sekarang bolehlah sediakan hidangan gulai ikan tongkol. Tapi sebelum dimasak kuahnya, ikan perlu direbus dahulu.

▶️ Rebuskan dengan bahan-bahannya supaya nanti rasa masam-masam tu meresap dalam isi ikan.

Bahan-bahan untuk rebus ikan tongkol:
  • Ikan tongkol atau ikan aya 1 ekor
  • Asam keping 3 keping
  • Garam sedikit
  • Air secukupnya
Cara rebus ikan tongkol:

▶️ Mula-mula bersihkan ikan dan potong.

▶️ Kemudian masukkan dalam periuk bersama dengan air, garam dan asam keping.

▶️ Untuk air tu perlulah melebihi paras ikan.

▶️ Kemudian nyalakan api, dan masak sampai air rebusan tinggal ¼.

▶️ Lagi lama ikan dimasak lagi sedap. Ikan pun akan lebih pejal!

Bahan-bahan untuk kuah gulai:
  • Bawang merah 7 biji
  • Bawang putih 3 ulas
  • Halia 1 inci
  • Lengkuas 1 inci
  • Kunyit hidup 1 inci
  • *Semua bahan di atas ni dikisar
  • Cili kisar 4 sudu besar
  • Rempah gulai nasi dagang 3 sudu besar (kalau tak ada, boleh juga guna rempah cap bunga ros)
  • Santan pekat 2/3 cawan
  • Air 4 cawan
  • Air asam jawa
  • Sedikit belacan (ikut nak masukkan ke tak)
  • Nisan atau gula melaka
  • Garam secukupnya
  • Sedikit gula untuk seimbangkan rasa
  • Cili padi 15 biji
  • Minyak

Bahan menumis:
  • Kulit kayu manis 1 batang
  • Bunga cengkih 5 kuntum
  • Buah pelaga 3 biji
  • Bunga lawang 1 kuntum
Ada 2 cara masak gulai ikan tongkol:
Cara pertama untuk masak kuah gulai:

▶️ Mula-mula panaskan minyak dalam kuali, dan masukkan bahan tumis.

▶️ Tumis sehingga naik bau wangi.

▶️ Kemudian masukkan cili kisar dan goreng cili ni sehingga garing.

▶️ Lepas tu masukkan bahan-bahan yang dikisar. Masak sampai sedikit kering.

▶️ Masukkan rempah gulai.

▶️ Kemudian masukkan ½ cawan air dan teruskan masak sampai garing dan pecah minyak.

▶️ Masukkan lagi baki air dan biarkan sehingga mendidih.

▶️ Kemudian tuangkan santan dan kacau sebati.

▶️ Renehkan kuah ni dalam keadaan mendidih sambil kacau-kacaukannya.

▶️ Lepas tu masukkan air rebusan ikan, air asam jawa, belacan, nisan atau gula melaka dan juga garam gula. Kacau sebati.

▶️ Terus renehkan kuah ni sampai jadi sedikit pekat. Lepas tu masukkan ikan yaqng dah direbus tadi.

▶️ Sambung reneh lagi sampai tahap pekat kuah yang anda mahu.

▶️ Kalau kuah terlalu pekat sangat tapi tak pecah minyak, boleh tambahkan air sikit dan teruskan reneh sampai keluar minyak.

▶️ Akhir sekali masukkan cili padi sebagai penambahannya, dan biarkan masak sekejap.

▶️ Barulah tutupkan api.

Cara kedua masak kuah gulai:

▶️ Masukkan santan dalam periuk, kemudian masakkannya sampai naik minyak.

▶️ Masukkan kesemua bahan yang dikisar, serbuk, rempah gulai, cili kisar, kulit kayu manis, air asam jawa dan gula melaka.

▶️ Lepas tu masakkan lama dan biarkan kuah mendidih.

▶️ Kemudian masukkan garam sesuai dengan rasa.

▶️ Masukkan air rebusan ikan dengan ikan yang direbus sekali. Tapi jangan masukkan asam keping sebab dah masam.

▶️ Biarkan beberapa minit sampai kuahnya pekat. Lepas tu masukkan cili padi dan juga belacan.

▶️ Boleh masak tahap kepekatan yang anda mahu.

▶️ Dah siap kuah gulai ikan tongkol!

Bahan-bahan untuk acar timun:
  • Timun
  • Lobak merah
  • Cili merah dan bawang
  • Gula 1 sudu besar
  • Garam 1 sudu (optional)
  • Cuka 2 sudu (pakai cuka Jalen tak berapa masam)

Cara buat acar timun:

▶️ Hiris memanjang timun dan lobak merah.

▶️ Kemudian satukan dengan semua bahan lain dalam 1 mangkuk.

▶️ Kemudian gaul sebati.

▶️ Dah boleh dihidangkan dengan nasi dagang dan gulainya.

 

BACA JUGA: Resepi Nasi Minyak Terengganu Gulai Daging Sedap, Hidangan Yang Cukup Istimewa!

 

Fuhh, boleh dikatakan pecah peluh juga kalau nak sediakan hidangan nasi dagang yang lengkap ni. Tapi kalau dah buat dapat hasil macam ni, memang confirm repeat lagi!

Sebenarnya nak ikutkan tidaklah susah mana masak nasi dagang ni macam nasi berperisa lain. Kalau masak nasi briyani dengan lauknya lagilah rumit sebab nasi pun perlu ditumis dan dimasak sebelum ditanak.

Yang penting nasi dagang Terengganu dengan gulai ikan tongkol ni antara menu nasi yang tak rugi kalau anda cuba. Semoga berjaya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.