Segalanya Tentang Makan..

Resepi Ayam Bakar Bbq. Padu Ramuan Sos Perapannya. Rugi Tak Cuba.

0 150

Ayam bakar perisa bbq ni dah memang sinonim. Kalau dapat pula buat ramuan sos perapannya yang sedap, cukup rasa masam, manis pedasnya, lagi bertambah padu. Resepi ayam bakar bbq dari resepi Hajal Aishah Zakirai ni mudah je kalau anda nak cuba.

Nak buat ayam bakar ni biasanya yang buatkan sedap bila ada bahan rempah. Bukan semata-mata bawang, cili, halia, serai tu je. Ada rempah ni lagi bertambah wangi. Cuma sukatannya kenalah pandai buat sepadan dengan ayam supaya rasanya sekata atau tak terlalu kuat.

Janji perap sekurang-kurangnya sejam. Nak lagi sedap semalaman. Lepas tu baru bakar. Dia punya sedap dan wangi tu tak terkata rasanya. Sesuai kalau nak buat hidangan istimewa keluarga dan tetamu.

Kalau makan ayam bakar biasanya ramai suka makan bahagian kepak. Berbaloi kalau buat sendiri ni. Boleh masak je terus bahagian mana yang kita suka kan.

Sama ada nak bakar garing lebih atau nak ayam rasa lebih berjus terpulang pada anda. Lepas tu cicah dengan sos cili, sos bbq, sos thai atau apa-apa sos yang anda suka.

 

RESEPI AYAM BAKAR BBQ

Selalunya bila buat ayam bakar ni, ayam tu dipotong kecil-kecil. Bila bakar, mudah nak masak sampai ke dalam isi ayam. Mudah juga nak garing. Dan yang penting nak hidangkan pun senang dan nampak lebih menarik.

Untuk resepi ni gunakan 2 ekor ayam. Kalau anda nak buat lebih, boleh gandakan bahan-bahan bersesuaian dengan kuantiti ayam.

Bahan-bahan kisar:
  • 4-5 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang besar
  • 2 inci halia
  • 5-6 batang serai (ambil umbutnya je)
  • 1 ½ sudu makan jintan manis
  • 1 sudu makan jintan putih
  • 1 sudu ketumbar
  • 1 sudu lada hitam
  • 20 biji cili kering (rebus dan buang biji. Kalau nak pedas, boleh tambah lagi)
  • 1 ketul gula melaka atau nisan
Bahan-bahan sos:
  • 4 sudu sos bbq
  • 4 sudu sos lada hitam
  • 4 sudu sos tiram
  • 4 sudu kicap manis
  • 2 sudu sos cili
  • 5 sudu madu
  • 1 kiub pati ayam
  • Garam (ikut keperluan. Kalau dah masin tak perlu letak lagi)
Cara buat ayam bakar bbq:

▶️ Kisar bahan yang perlu dikisar sehingga hancur lumat.

▶️ Satukan bahan kisar ni dengan bahan sos dan gaul sebati.

▶️ Lepas tu taburkan garam. Tapi jangan banyak sangat sebab bila perap nanti akan naik masinnya.

▶️ Perap sekurang-kurangnya 1 jam. Kalau perap lagi lama lagi sedap. Contohnya semalaman.

 

BACA JUGA: Resepi Ayam Bakar Ala-Ala Kenny Rogers. Ayam Dimasak Juicy Dengan Sos Yang Hangat!

 

▶️ Dah perap, bolehlah terus dibakar.

▶️ Sedia untuk dihidangkan.

Tak dinafikan kesedapan ayam bakar bbq ni bila cukup rasa pedas, masam dan manisnya. Aroma rempah pula ada yang menaikkan lagi rasa.

Boleh buat waktu hari keluarga atau hidangan istimewa hujung minggu. Nak buatnya pun sebenarnya tak lah susah mana. Bahannya semua mudah.

Sama ada nak buat pedas atau tak terpulang pada selera anda. Nak senang buat je dua versi. Yang tak pedas untuk anak-anak. Jangan lupa cuba resepi ayam bakar bbq ni. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.