Macam jarang je dengar nama resepi ayam menangis ni kan. Selalunya hanya dengar daging harimau menangis je. Bila lihat banyak orang kongsikan resepi ni, teringin pula nak cuba sebab hidangannya nampak menyelerakan.
Rupa-rupanya masakan ni ialah ayam bakar yang dihidangkan dengan sos Thai ala-ala hidangan daging harimau menangis. Bezanya kali ni dimasak dengan ayam bahagian dada yang sedap dan juicy isinya. Kalau anda penggemar ayam, mesti suka dengan resepi ni.
Rahsia utama masakan ayam menangis ni sedap ialah disebabkan proses perapan ayam yang lama, lebih kurang dalam 3 jam. Dan bahan-bahan perapannya pun ada pelbagai. Tu yang memberikan rasa sedap dan beraroma.
Menurut resepi yang dikongsikan oleh Puteri Hana Sofea ni, bahan-bahan perapannya termasuk sos ikan, daun ketumbar dan beberapa bahan lain yang terinspirasi dari hidangan daging bakar harimau menangis Thai.
Serius tak rugi kalau cuba. Tahu je lah masakan Thai ni, memang sedap dengan rasa pedas-pedas manis dan wangi. Cara penyediaannya pun mudah je.
RESEPI AYAM MENANGIS (AYAM BAKAR ALA THAI)
Ayam menangis ni biasanya dimasak dengan ayam dada. Banyak isinya bila dibakar dan lebih sedap dimasak berjus (juicy). Kalau nak masak bahagian lain pun terpulang ikut selera anda.
Resepi ni tiada sukatan bahan sebab anda boleh agak-agak sendiri bersesuaian dengan berapa banyak ayam dimasak. Asalkan semua ayam diselaputi dengan semua bahan perapan.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Ayam (bahagian dada)
- Daun ketumbar
- Bawang putih
- Gula perang
- Sos tiram
- Sos ikan
- Oregano
- Serbuk paprika
- Kicap pekat
- Madu
- Lada sulah/lada hitam
- Minyak
Cara buat ayam menangis:
▶️ Mula-mula kisarkan kesemua bahan di atas kecuali ayam.
▶️ Lepas dah kisar halus, lumurkannya pada ayam dan perap sekurang-sekurangnya 3 jam dalam chiller.
▶️ Bila nak masak, keluarkan 30 minit sebelum masak.
▶️ Cara masaknya, panaskan non stick pan (kuali yang tak melekat), dan letakkan minyak sedikit.
▶️ Lepas tu bakar ayam dengan api yang perlahan sehingga masak dan garing-garing di luar dan lembut juicy di dalam.
▶️ Sedia hidangkan dengan sos Thai.
Bahan-bahan untuk buat sos Thai:
- Sos ikan
- Perahan limau nipis
- Air asam jawa
- Serbuk cili kisar
- Gula melaka
- Daun ketumbar (dicincang)
- Cili padi (dicincang)
- Bawang putih (dicincang)
- Bawang merah (dicincang)
Cara buat sos Thai:
▶️ Mudah je nak buat sos ni.
▶️ Gaulkan atau bancuhkan je kesemua bahan sehingga sebati.
BACA JUGA: Resepi Ayam Goreng Hatyai Original Dari Thai Yang Pasti Buat Anda Terliur
▶️ Dah siap!
Sedia dihidangkan bersama dengan ayam menangis yang dibakar tadi. Berganda-ganda rasa sedapnya sebab ayam dan sos sahaja pun dah berikan perlbagai rasa.
Makan macam tu je dah cukup menyelerakan. Kalau nak makan dengan nasi pun boleh. Tapi bila dah sedap macam ni rasa nak ratah je. Baru puas.
Resepi ayam menangis ni boleh jadi masakan paling santai dan sedap yang anda boleh buat di rumah. Sebab mudah je. Hanya perap dan bakar bila-bila masa. Selamat mencuba.