https://grandhusky.com/

giok77

https://wildcatsportswearchico.com/

https://www.finishingtouchtopeka.com/

slot gacor

slot777

slot server thailand

robopragma

slot nexus engine

sbobet

https://foundationcarepharmacy.com/

https://www.restaurant-odyssey.com/

slot mahjong ways

spaceman

slot spaceman

joker123

slot starlight princess

slot qris

slot deposit 25 bonus 25

sicbo online uang asli

slot rujak

slot thailand

slot gates of Olympus

bonus new member

power of ninja

slot bet 100

slot qris 5000

slot deposit 10000

slot deposit 10 ribu

joker123

https://leenailspain.com/

slot deposit qris

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Bihun Soto Dengan Rahsia Kuah Sup Sedap Dan Padu. Confirm Makan Sampai Licin!

0 15,182

Tiap kali makan bihun soto, benda yang menaikkan selera ialah rasa kuah supnya. Kalau anda cuba resepi ni pasti tak kan menyesal. Resepi bihun soto ni ada aroma rempah yang wangi di dalam kuah. Memang cukup berasa dengan segala bahan rencah.

Bila hidangkan bihun soto ni, wajib ada makanan sampingannya iaitu begedil dan sambal kicap. Barulah betul-betul membangkitkan selera. Resepi bihun soto padu ni dikongsikan oleh Cikgu Afy Al Habibi. Setakat ni resepi beliau tak pernah mengecewakan.

Jenis bahan rempah dan rencah yang dimasukkan dalam sup itulah rahsia kuah supnya sedap dan menyelerakan. Kuah sup akan kelihatan pekat dan wangi.

Nak makan dengan bihun boleh, mee kuning atau nasi himpit pun layan juga. Janji ada kuah sup yang padu, dilengkapi dengan sambal kicap yang pedas-pedas manis.

Selain begedil dan sambal kicap, bahan sampingan lain yang selalu melengkapkan hidangan ialah suhun goreng, sawi, ayam carik, daun bawang, bawang goreng, limau kasturi, kacang tanah dan macam-macam lagi.

 

RESEPI BIHUN SOTO

Nak sediakan hidangan lengkap bihun soto ni memang lama. Nak kene buat sup, rebus bihun/mee, nasi himpit, sediakan sambal kicap lagi, dan juga begedil. Tapi bila dah siap lengkap memang bebaloi. Sesuai nak buat hidangan hari raya dan rumah terbuka.

Bahan kuah sup:

Bahan tumis:

  • 3 sekawan
  • Serai 1 batang yang diketuk
  • Bawang besar kuning ½ biji

 

Bahan kisar:
  • Bawang merah 1 biji
  • Bawang putih 1 ulas

 

Bahan lain:
  • Rempah sup Baba’s 3 sudu makan
  • Ayam beberapa ketul yang dipotong kecil
  • Kiub ayam pati Knorr 1
  • Garam secukup rasa

Cara masak kuah sup soto:

▶️ Mula-mula panaskan minyak dalam kuali/periuk.

▶️ Masukkan bahan-bahan tumis dan tumis sehingga naik bau.

▶️ Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis sehingga kekuningan.

▶️ Masukkan rempah sup Baba’s dan kacau sehingga sedikit garing. Rempah sup Baba’s ni salah satu rahsia kuah sup sedap dan naik aroma.

▶️ Selepas tu masukkan secawan air dulu untuk sebatikan bahan-bahan tumisan ni dengan air.

▶️ Kemudian masukkan beberapa ketul ayam. Sebaiknya campurkan bahagian tulang dan isi sebab tulang ayam tu ada manisnya. Biarkan masak seketika.

▶️ Barulah selepas tu masukkan 1 jug besar air untuk jadikan kuah (atau ikut banyak mana kuah anda nak buat).

▶️ Masakkan kuah sehingga mendidih. Kemudian masukkan kiub pati ayam Knorr dan garam secukup rasa.

▶️ Didihkan lagi dengan api yang perlahan. Masa ni nak masukkan meatball pun boleh.

▶️ Dah siap tutup api.

Sekarang sediakan bahan-bahan hidangan lain pula.

 

Isi ayam carik:

▶️ Ayam dalam sup tadi dikeluarkan dan tos airnya (ambil yang isi sahaja. Bahagian tulang tinggalkan dalam sup).

▶️ Gorengkan seketika ayam ni sampai garing sikit je. Dan carikkan untuk dihidang bersama soto nanti.

 

Bihun kuning:

▶️ Sediakan bihun biasa dan serbuk kunyit.

▶️ Mula-mula celur bihun seperti biasa.

▶️ Air rebusan tu dimasukkan serbuk kunyit sedikit supaya bihun jadi kuning.

▶️ Lepas bihun dah lembut, tutup api. Angkat bihun dan lalukan sekejap dekat air, dan toskan.

Akhir sekali sediakan sambal kicap.

 

Bahan-bahan untuk sambal kicap:
  • Cili padi hijau 2 genggam
  • Bawang putih 5 ulas
  • Kicap Jalen lemak manis
  • Kicap pekat sedikit (dalam 2 sudu)
  • Kicap cair
  • Gula mengikut citarasa
  • Secubit garam

Cara penyediaan sambal kicap:

▶️ Sebelum kisar cili padi dan bawang putih, gorengkan dulu kedua-dua bahan ni. Ini untuk pastikan sambal kicap tahan lebih lama.

▶️ Cili padi tu sebelum goreng, patah-patahkannya dahulu supaya tak meletop.

▶️ Masukkan cili padi dan bawang putih yang digoreng ni ke dalam blender.

▶️ Masukkan juga kicap Jalen, kicap pekat dan kicap cair. Kuantiti kicap ni menutupi paras bahan tadi.

▶️ Masukkan juga gula dan garam.

▶️ Kisarkan kesemua bahan-bahan ni sehingga lumat, dan tuangkan ke dalam mangkuk. Kacau lagi untuk sebati.

▶️ Kalau rasa ada kurang lebih, boleh adjust selepas tu. Dah siap.

▶️ Hidangkan sekali dengan hidangan bihun dan kuah sup.

Ada satu lagi rahsia disebalik kuah sup yang sedap. Untuk hidangan sayur yang ditaburkan dalam mangkuk sebelum hidang, gunakan daun ketumbar menggantikan daun sup. Bila sebati dalam kuah sup nanti, rasanya lebih naik. Boleh cuba!

 

BACA JUGA: Resepi Mee Jawa Sedap. Kuah Pekat Dan Berasa. Confirm Hirup Kuah Sampai Licin!

 

Fuhh, sedap betul bihun soto ni. Walaupun berkecah di dapur menyiapkan segala hidangan bahannya, tapi puas hati dapat makan bihun soto yang kuah sup sedap terangkat. Sambal kicap pun tak nak kalah. Sedap dengan campuran bahan putih dan pedas cili padi.

Untuk hidangan sayur taugeh dan sawi nanti, lepas celurkan, rendamkan sekejap dalam air sejuk dari peti ais untuk matikan haba supaya kedua-duanya kekal rangup. Jangan lupa cuba resepi bihun soto sedap ni!

Leave A Reply

Your email address will not be published.