pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Ikan Bakar Petai Sedap Macam Kat Kedai. Buat Stok Sambal Rencahnya, Boleh Makan Berkali-Kali!

0 10,376

Tiap kali teringat ikan bakar, terus nak cari restoran ikan bakar mana yang sedap kan. Pernak tak terfikir nak buat sendiri? Bila dah teragak sangat tu, apa kata jom buat resepi ikan bakar petai sendiri di rumah. Tak payah pergi restoran lagi dah. Boleh jimat dan makan puas-puas.

Resepi ni dikongsikan oleh Sakinah Sulaiman! Memang padu dan menyelerakan masakan ikan bakarnya. Bukan biasa-biasa tau. Resepi ni seakan-akan seperti restoran ikan bakar yang ada sambal rencahnya sendiri.

Sambal inilah yang jadi bahan asas yang akan dibakar sekali dengan ikan. Lebih kurang macam pes juga. Boleh dibuat sekali banyak dan disejuk bekukan untuk dibuat stok.

Tiap kali nak buat ikan bakar ataupun makanan seafood bakar lain, boleh guna terus stok sambal yang disimpan ni. Untung kan? Bukan hanya sedap, malah mudah pula disediakan.

Bila dah ada stok sambal ni, yang mana nak tambah bahan lain yang bagi aroma istimewa, bolehlah masukkannya sekali. Contohnya petai ini lah. Atau contoh lainnya ialah daun kunyit, bunga kantan dan sebagainya. Ikut selera kita.

 

RESEPI IKAN BAKAR PETAI

Untuk ikannya, anda boleh gunakan apa-apa jenis ikan yang disukai. Biasanya orang masak ikan bakar dengan siakap, jenahak, pari, kerapu dan sebagainya. Ikut kesukaan masing-masing.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan kisar:

  • Cili kering segenggam (kalau dah blend, lebih kurang dalam 5 sudu)
  • Halia 1 ½ inci
  • Bawang besar 1 atau ½ biji (ikut suka)
  • Bawang putih 5 ulas
  • Bawang merah 5 biji
  • Lengkuas 1 inci
  • Serai 3-4 batang (tengok saiz)
  • Gula melaka (potong suku)

 

Bahan lain:
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Pes asam jawa Adabi dalam 2-3 sudu (boleh letak lebih kalau suka masam)

Cara masak sambal (pes) ikan bakar:

▶️ Mula-mula panaskan minyak dalam kuali. Kemudian masukkan bahan kisar tadi dan tumis sehingga naik bau dan garing.

▶️ Seterusnya masukkan air asam jawa, gula melaka dan juga gula pasir secukup rasa. Dan kacau sebati.

▶️ Untuk bahan-bahan ni, sebenarnya ikut citarasa sendiri. Kalau anda suka pedas lebih, masam lebih, semua boleh adjust kuantiti bahannya. Ikut selera masing-masing.

▶️ Dan untuk tips, tumiskan bahan ni berkali-kali untuk dapatkan pes sambal yang lebih sebati dan cukup masak.

▶️ Caranya ialah masukkan secawan air ke dalam bahan, kemudian tumis sehingga kering. Selepas tu masukkan air semula, dan tumis lagi sehingga kering.

▶️ Lakukannya dalam 5-6 kali dengan menggunakan api yang sederhana.

▶️ Kemudian buat proses bakar pula. Nak mudah, boleh bakar atas kuali leper sahaja.

▶️ Disebabkan kita bakar atas kuali leper je, nanti kita perlu masak ikan half cook dulu. Selepas dah masak half cook, keluarkan air ikan tu. Dan sambung semula bakar sehingga masak sepenuhnya.

▶️ Cara bakarnya ialah, sediakan daun pisang dahulu. Lepas tu sapukan sambal pes tadi ke atas daun pisang tersebut.

▶️ Letakkan ikan yang ingin dibakar atas sambal tu.

▶️ Dan kemudian sapukan lagi sambal pes atas ikan pula. Taburkan petai atasnya.

▶️ Atau nak lagi sedap dengan aroma petai, petai tu boleh digaulkan dulu dengan sambal, baru salutkan atas ikan.

▶️ Selepas tu bakarlah atas kuali leper ni.

▶️ Masa membakarnya, air ikan akan keluar. Jadi, nak lagi sedap, bakarlah ikan ni sehingga kering tapi pastikan tak overcook. Bila sambal pun kering, aromanya lagi sedap dan sebati.

▶️ Dah siap, boleh dihidangkan!

Fuhh, terliur tengok ikan ni lepas je kita buka daun pisang selepas dibakar. Boleh bau semerbak sambal dan petai yang dah sebati.

 

BACA JUGA: Resepi Ayam Panggang Black Pepper Sedap Dan Juicy. rasa Perapannya Sampai Ke Dalam Isi!

 

Makan dengan nasi kosong tanpa lauk lain lagi dah, memang puas hati. Ikan bakar ni nak rasa betul-betul sedap, pesnya tu perlu cukup rasa pedas, masam, manis, masinnya. Barulah makan sampai menjilat jari.

Lepas ni kalau nak makan ikan bakar macam kat kedai, buat je resepi ikan bakar petai yang sedap ni. Senang je sebenarnya penyediaanya. Yang penting, rasa memang padu. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.