https://grandhusky.com/

giok77

https://wildcatsportswearchico.com/

giok77

nexus slot

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Laksa Johor Paling Mudah, Sedap Dengan Kuah Pekat Likat.

0 1,303

Laksa Johor ni kat mana-mana pun memang dikenali. Sebab hidangannya unik berbanding dengan laksa lain. Sekali pandang memang tahulah ini laksa johor. Keunikan paling ketara ialah ianya dimakan dengan spaghetti. Kali ni saya nak kongsikan resepi laksa johor paling mudah dan sedap anda boleh buat.

Kalau tengok orang buat laksa johor ni memang ada pelbagai cara masakan terutama ikan yang digunakan. Kuahnya pun berbeza dengan laksa lain sebab lebih kepada masakan kuah kari. Kalau dimasak pekat kuahnya lebih sedap.

Laksa johor ni enak dinikmati dengan hidangan yang sempurna termasuk ulaman seperti timun, bunga kantan, kacang panjang, taugeh dan sebagainya. Bukan mee spaghetti dan kuah je semata-mata.

Ada sesetengah resepi laksa johor siap ada ikan seketul dua diletakkan di dalam kuah. Lain orang lain cara masakan ikut citarasa masing-masing. Untuk resepi yang mudah ni dikongsikan oleh Sharla Rose.

Tradisi orang Johor kalau makan laksa menggunakan tangan. Mungkin sebab itulah lebih sedap dan nikmat kalau kuahnya dimasak pekat. Nak jamahnya pun lebih mudah.

 

RESEPI LAKSA JOHOR

Selain bahan hiasan ulaman seperti timun, bunga kantan, taugeh dan sebagainya, anda juga boleh hidangkan dengan sambal belacan dan juga ikan masin sebagai hidangan sampingan. Barulah bertambah berselera.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • I kilo ikan kembung
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 paket serbuk kari ayam (paket kecil – 85 gram)
  • ½ cawan udang kering (cuci dan ksiar)
  • ½ cawan cili kisar
  • 1 sudu besar kerisik
  • Garam secukup rasa
  • 2 paket spaghetti
Bahan kisar:
  • 5 biji bawang merah
  • 5 batang serai
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas

Cara masak laksa johor:

▶️ Mula-mula kukus ikan kembung. Lepas kukus keluarkan ikan dari air kukusan. Airnya jangan buang.

▶️ Asingkan isi ikan dari tulang.

▶️ Kemudian kisar isi ikan menggunakan air kukusan tadi sehingga halus.

▶️ Kisar bahan-bahan perlu dikisar tadi.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sampai naik bau.

▶️ Masukkan serbuk kari dan sedikit air, lepas tu kacau sehingga pecah minyak.

▶️ Masukkan cili kisar dan kacau sampai naik minyak.

▶️ Kemudian masukkan isi ikan yang dah dikisar tadi.

▶️ Masukkan 3 cawan air dan 2 cawan santan pekat. Kacau dan biarkan kuah mendidih.

▶️ Lepas mendidih, masukkan kerisik dan udang kering kisar.

▶️ Perasakan dengan garam secukup rasa.

▶️ Dah siap kuah laksa.

▶️ Rebus spaghetti pula.

▶️ Didihkan air dengan sedikit minyak dan ½ sudu kecil garam.

▶️ Lepas tu, rebus spaghetti sampai lembut.

Bahan hiasan:
  • Timun
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Kacang panjang
  • Taugeh
  • Ikan masin yg digoreng
  • Sambal belacan

 

BACA JUGA: Resepi Asam Laksa Ala Laksa Viral. Sedap Pedas, Patutlah Ramai Orang Suka.

 

Hidangkan kuah laksa, spaghetti dan bahan hiasan dengan lengkap. Sesuai buat hidangan hujung minggu atau untuk tetamu.

Kuah laksa kalau masak waktu pagi, makannya waktu petang lagi sedap rasanya. Sebab kuah dah betul-betul mesra. Kalau dipanaskan kemudian lagi bertambah enak.

Lepas ni kalau nak cuba buat laksa johor, boleh ikut resepi laksa johor paling mudah dan sedap yang dikongsikan oleh Sharla Rose ni. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.