Segalanya Tentang Makan..

Resepi Laksam Dan Kuah Putih Yang Sedap Dan Terbaik. Lepas Ni Tak Payah Beli Lagi Dah!

0 2,967

Siapa kat sini gemar laksam? Laksam ni kalau jumpa yang betul-betul sedap, memang duk ulang je beli kan. Teringin juga nak buat dan makan sendiri. Kalau anda dah lama cari resepi laksam dan kuahnya yang sedap dan terbaik, boleh rujuk resepi yang dikongsikan oleh Wan Nur Azia ni.

Laksam ni bukan semata-mata kuah jer perlu dibuat. Mee laksam tu sendiri pun tak ada dijual macam mee laksa. Perlu buat sendiri dengan bancuh tepung, kemudian kukus dan gulung. Tepung yang digunakan ialah tepung beras.

Hasilnya yang putih dan lembut tu buatkan sedap dimakan dengan kuah putih. Tak susah sangat pun nak membuatnya. Hanya bancuh tepung sampai tak ada adunan berketul, lepas tu tuangkan atas tudung periuk atau piring untuk dikukus.

Tapi tudung periuk dan piring tu perlulah berbentuk macam ‘penghalang’ di bahagian tepi supaya senang nak bentuk bulat.

Untuk kuah pula, sama juga macam buat kuah laksa biasa. Perlu rebus ikan dan kisar isinya. Cuma kuah putih ni lebih berlemak dan pekat dek santan.

 

RESEPI LAKSAM

Untuk buat hidangan lengkap, kenalah ada sambal dan sayuran yang anda suka seperti taugeh, timun, perahan limau nipis dan macam-macam lagi.

Bahan-bahan:

Bahan ni boleh dapat dalam 10 gulung laksam kalau kukus menggunakan tudung periuk saiz 24.

  • 3 cawan tepung beras
  • ½ cawan tepung gandum
  • 4 cawan air suam
  • Minyak masak untuk sapu pada tudung periuk
Cara buat laksam:

▶️ Satukan kesemua bahan dalam mangkuk besar dan kacau rata.

▶️ Pastikan adunan tepung semua hancur.

▶️ Kemudian panaskan pengukus, letakkan tudung periuk atau piring.

▶️ Tuangkan adunan atasnya.

▶️ Biarkan sampai masak. Kalau nampak ada gelembung-gelembung udara maknanya tepung dah masak.

▶️ Bolehlah angkat dan gulung.

▶️ Sebelum masukkan adunan tepung lain, lapkan dulu permukaan tudung periuk supaya tak ada sisa sebelumnya tertinggal. Lap guna berus pun okay.

▶️ Buat sampai adunan tepung habis. Kemudian buat kuah pula.

Bahan-bahan kuah putih:
  • 1 ekor ikan sardin saba’ (yang besar sikit dan tak ada sirip pada hujung ekor)
  • ½ kilo santan
  • 2 sudu besar lada hitam yang besar (resepi ni tak gunakan serbuk lada hitam sebab rasa laksam akan lari sikit)
  • Bawang merah, bawang putih dan halia kisar
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 2 keping asam gelugor (ikut suka)
  • 5 cawan air
  • Perasa garam gula secukup rasa

Cara buat kuah putih laksam:

▶️ Rebus ikan bersama asam keping dan lengkuas. Isi air rebusan sampai paras-paras ikan tenggelam. Lepas tu rebus sampai kering.

▶️ Kemudian asingkan isi ikan dan kisar.

▶️ Kalau nak kisar tulang sekali pun boleh, tapi kene tapis.

▶️ Masukkan kesemua bahan-bahan dalam periuk kecuali santan.

▶️ Panaskan api dan rebus sambil kerap kacau.

▶️ Bila dah elok mendidih dan dah jadi kuah pekat macam yang kita nak, baru masukkan santan.

▶️ Santan bile dah dimasukkan kena sentiasa kacau jangan bagi menggelegak, nanti santan pecah.

 

BACA JUGA: Resepi Laksa Lemak Nyonya Melaka, Kuah Pekat Cukup Berperisa. Kali Ni Bukan Bahan Asas Ikan!

 

▶️ Perasakan garam gula.

▶️ Dah siap boleh padamkan api.

Sedia untuk dihidangkan dengan laksam, sambal, dan bahan tambahan ulam sayuran. Untuk buat sambal, ianya paling mudah sekali. Hanya rebus lada kering, kemudian tumbuk dan tumis dengan sedikit garam.

Sedapnya kalau layan buat minum petang laksam buatan sendiri ni. Kalau nak beli, biasa yang dijual tu kadang-kadang ada cicah sampai RM10 semangkuk.

Bila harga pun mahal, time ni rasa nak buat sendiri je terus kan. Rasa pun sedap dan berbaloi. Jangan lupa cuba laksam dan kuahnya yang sedap dan terbaik ni!

Leave A Reply

Your email address will not be published.