https://grandhusky.com/

giok77

https://wildcatsportswearchico.com/

https://www.finishingtouchtopeka.com/

slot gacor

slot777

slot server thailand

robopragma

slot nexus engine

sbobet

https://foundationcarepharmacy.com/

https://www.restaurant-odyssey.com/

slot mahjong ways

spaceman

slot spaceman

joker123

slot starlight princess

slot qris

slot deposit 25 bonus 25

sicbo online uang asli

slot rujak

slot thailand

slot gates of Olympus

bonus new member

power of ninja

slot bet 100

slot qris 5000

slot deposit 10000

slot deposit 10 ribu

joker123

https://leenailspain.com/

slot deposit qris

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Lengkap Nasi Arab Maqlubah Yang Super Duper Sedap Macam Restoran Arab.

0 12,553

Anda suka tak makan nasi arab? Kalau dah biasa makan, mesti tau kan sebenarnya ada banyak jenis nasi arab. Yelah, lain tempat lain cara hidangannya terutama di negeri arab yang berbeza. Tapi kebanyakannya gunakan kambing atau daging dalam hidangan. Termasuklah nasi arab maqlubah ni.

Maqlubah ni bermaksud terbalik. Nasi arab maqlubah ni makanan tradisi di Iran, Jordan dan Syria. Sebab apa dipanggil maqlubah? Sebabnya semasa nak sajikan tu periuk diterbalikkan untuk hidangkannya. Dalam sajian tu termasuk nasi, daging dan juga sayuran yang digoreng.

Memang sarat dengan bahan, tapi itulah dia hidangan nasi arab. Cukup rasanya dengan aroma rempah, daging, sayuran dan sampailah ke hiasan seperti gajus, kismis dan sebagainya. Bukan tu je, siap dengan pelengkap hidangan lagi termasuk sup, salad mayo dan papadom.

Kalau anda nak rasa betul-betul macam hidangan nasi arab maqlubah ni, hidangkanlah cara mereka dengan terbalikkan periuk semaktu nak hidangkan.

Dalam resepi yang dikongsikan oleh Faizah Binti Abdul Hamid ni nanti akan tunjukkan caranya. Jom lihat resepi lengkap nasi arab maqlubah ni step by step.

 

RESEPI NASI ARAB MAQLUBAH

Apa yang buatkan berbeza nasi arab maqlubah dengan nasi arab lain ialah ianya ada sayuran yang pelbagai yang digoreng dulu. Sayurannya termasuk terung, capsicum, kobis bunga dan tomato, yang mana tak ada dalam nasi arab lain.

Bahan-bahan yang diperlukan:
Bahan nasi:
  • Daging 1 kilo dipotong kepada 12 ketul (buat dengan daging kambing lagi sedap)
  • Beras basmathi 6 pot direndam dulu 20 minit
  • Rempah nasi 4 sudu makan (beli siap)
  • Rempah kurma 1 sudu makan
  • Rempah kari ayam ½ sudu makan
  • Yogurt asli Nestle 1 bekas kecil
Bahan kisar halus:
  • Bawang besar 1 labu
  • Halia 5 cm
  • Bawang putih 7 ulas
Bahan tumis:
  • Minyak masak 2 sudu makan
  • Minyak sapi 2 sudu makan
  • Kulit kayu manis 3 cm
  • Bunga lawang 2 kuntum
  • Buah pelaga 3 biji
  • Daun bay 2 helai
Bahan pelengkap nasi:
  • Terung panjang atau terung bulat 1 biji
  • Tomato 3 biji
  • Kubis bunga
  • Capsicum 1 biji
  • Daun pudina dan daun ketumbar segenggam
  • Gajus
  • Kismis
Bahan sambal:
  • Cili merah 5 biji (buang biji)
  • Bawang putih 5 ulas
  • Bawang merah 3 ulas
  • Sos cili
  • Cuka
  • Garam
  • Gula

*Cara penyediaan sambal ni mudah je. Kisar bawang merah, bawang putih dan cili merah. Kemudian tumis bahan ni dengan sos cili sehingga masak. Perasakan dengan garam, gula dan cuka. Dah siap.

Bahan salad mayo/raita
  • Timun (dibuang pulur)
  • Cili hijau muda/capsicum (dibuang biji)
  • Lobak merah
  • Epal hijau
  • Bawang holland
  • Yogurt asli
  • Mayonis
  • Garam halus cukup rasa

*Semua bahan ni dipotong dadu kecil-kecil. Dan gaulkan bersama yogurt dan mayo secukupnya. Perasakan dengan garam dan sejukkan dalam peti ais. Dah siap.

Cara penyediaan nasi arab maqlubah:

▶️ Potong terung, capsicum dan tomato setebal 1 cm.

▶️ Untuk kubis bunga pula, potong ia ikut kelopak.

▶️ Taburkan sedikit garam pada sayuran ni, kemudian goreng sehingga layu keemasan.

▶️ Dah goreng, angkat dan toskan.

▶️ Kemudian goreng pula gajus dan kismis. Angkat dan ketepikan.

▶️ Ambil bawang besar sebiji, belah 4 dan hiris nipis.

▶️ Lepas tu goreng sampai layu dan keemasan. Angkat dan ketepikan juga.

▶️ Sediakan kuali, dan panaskan minyak masak dan minyak sapi.

▶️ Masukkan bahan tumis dan bahan kisar. Kemudian tumis sampai garing sedikit.

▶️ Masukkan daging dan kacau rata.

▶️ Lepas tu masukkan rempah nasi dan juga rempah kurma. Gaul sekata.

▶️ Gorengkan daging dan bahan-bahan tumis ni.

▶️ Kemudian masukkan air secukupnya untuk kegunaan masak nasi dan juga buat sup.

▶️ Memandangkan beras sebanyak 6 pot, jadi air yang diperlukan dalam 7 pot. Dan untuk sup pula dalam 3 pot air.

▶️ Anggaran keseluruhan air ialah 10 pot. Namun perlu lebihkannya lagi sebab nak empukkan daging.

▶️ Tambahkan 1 sudu teh serbuk lada hitam, garam dan juga Maggi cukup rasa.

▶️ Masak sehingga daging lembut.

▶️ Selepas air dah mendidih dan daging pun dah lembut, ambil kuah anggaran 3 ke 4 cawan untuk sup.

▶️ Masukkan sup tu dalam bekas lain dan taburkan hirisan daun sup.

▶️ Kuah yang tinggal untuk nasi ni tengok dulu. Kalau rasa macam tak cukup, boleh tambahkan air lagi.

▶️ Masa ni tambahkan serbuk rempah kari ayam dan yogurt. Kemudian rasa semula kuah.

▶️ Kalau perlu tambahkan garam dan Maggi cukup rasa, boleh tambahkan.

▶️ Lepas tu perahkan jus lemon dari ½ biji lemon.

▶️ Masukkan beras basmathi, bawang goreng, daun pudina dan daun ketumbar.

▶️ Kacau rata nasi.

▶️ Kemudian tutup periuk dan masak nasi seperti biasa.

▶️ Bila nasi dah masak, dalam periuk lain susunkan terung, tomato, capsicum yang dah siap digoreng awal-awal tadi.

▶️ Kemudian letakkan nasi dan daging di atasnya.

▶️ Lapisan akhir sekali letakkan nasi dan tekan-tekankan sehingga padat.

▶️ Ambik ½ senduk sup dan curahkan rata-rata atas nasi.

▶️ Tutup periuk dan letakkan atas dapur dengan api yang perlahan.

▶️ Masak lebih kurang dalam 3-4 minit je.

▶️ Tak perlu gemburkan nasi.

▶️ Dan akhir sekali sediakan bekas yang lebih besar dari periuk.

▶️ Terbalikkan periuk ni secara berhati-hati.

▶️ Dan taburkan lebihan gajus dan kismis.

▶️ Dah siap hidangan nasi arab maqlubah untuk hidangan sekeluarga.

▶️ Untuk set yang lengkap, hidangkan sekali dengan sup, sambal, salad mayo dan papadom.

 

BACA JUGA: Resepi Nasi Arab Bukhari Ayam. Hidangan Istimewa Yang Cukup Sedap Dan Digemari Ramai!

 

Memang terbaik kalau buat hidangan nasi arab maqlubah dengan style dia yang sebenar macam ni. Cukup rasa semua bahan untuk setiap suapan.

Ada rasa rempah nasi, daging, sayuran dan juga hiasan gajus dan kismis untuk semua orang. Barulah puas menikmatinya.

Kalau anda nak buat hidangan istimewa hujung minggu atau hidangkan buat tetamu, boleh buat nasi arab maqlubah ni. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.