Segalanya Tentang Makan..

Resepi Mee Sizzling Marvelous Kalah Food Court. Sedap Buat Kuah Macam Ni!

0 1,262

Asyik-asyik kat rumah buat mee goreng, mee hailam, mee kari dan sebagainya. Tapi tak terfikir nak masak mee sizzling kan? Sebelum ni kalau teragak pergi makan kat kedai atau food court. Apa kata kali ni jom cuba sendiri resepi mee sizzling marvelous macam kedai ni.

Malah bila buat sendiri, boleh cuba buat kuah lebih padu lagi. Kita buat dia kan. Boleh adjust kurang lebih mana-mana bahan ikut selera tekak sendiri. Kalau anda nak mudah, jom ikut resepi yang dikongsikan oleh Suzana Othman ni.

Resepi mee sizzling beliau dah viral di Fb. Mana kan tak sedap resepinya setelah ramai yang dah cuba. Rugi kalau tak ikut resepinya.

Nak buat mee sizzling ni yang penting bukan mee je, tapi rasa dan kepekatan kuah. Kena cukup rasa dan lengkap dengan bahan-bahan.

Umumnya semua memang tahu mee sizzling menggunakan yee mee, dan bahan utama yang selalu ada ialah cendawan shitake, telur, ayam dan sawi.

 

RESEPI MEE SIZZLING

Kalau kat kedai tu dihidangkan sekali dalam pan atau hot plate kepada pelanggan. Datangnya panas-panas menggelegak buatkan berselera kita tengok. Tapi bila buat sendiri ni tak payah ada pan macam kedai pun tak apa.

Cuma nak yakin sedap, masaklah satu-satu hidangan untuk setiap orang. Sama juga macam goreng char kuey teow di kedai yang masak satu per satu tu.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 mangkuk ayam bahagian isi (potong dan bersihkan)
  • 10 biji cendawan shitake kering (rendam dengan air panas kemudian potong empat)
  • 10 tangkai cili kering (potong) – boleh kurangkan kalau tak nak pedas
  • 5 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 inci halia (dihiris nipis)
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam (yang dikisar sendiri)
  • 1 senduk kicap pekat
  • 1 senduk sos tiram
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 3 sudu besar tepung jagung (larutkan dalam sedikit air)
  • Garam
  • Gula
  • 1 liter air
Bahan lain:
  • 1 bungkus yee mee
  • Telur
  • Pakchoy

Cara masak mee sizzling:

▶️ Mula-mula panaskan minyak dalam periuk/kuali.

▶️ Masukkan bawang putih dan halia dan tumis sehingga naik bau wangi.

▶️ Kemudian masukkan cili kering dan tumiskan sekejap.

▶️ Masukkan ayam.

▶️ Masukkan kicap pekat, sos tiram, minyak bijan, serbuk lada hitam dan juga kiub ayam. Kacau sebati.

▶️ Lepas tu masukkan cendawan shitake.

▶️ Masukkan 1 liter air sebagai kuahnya, kemudian perasakan dengan garam dan 1 sudu besar gula. Biarkan kuah menggelegak sekejap.

▶️ Bila dah menggelegak, masukkan bancuhan air tepung jagung dan masak sehingga kuah pekat.

▶️ Boleh padamkan api.

▶️ Dalam kuali non stick pan lain, letakkan yee mee di dalamnya.

▶️ Kemudian curahkan kuah sizzling yang dimasak tadi.

▶️ Buka api dapur dan masukkan sebiji telur dan pakchoy.

▶️ Biarkan masak sekejap sehingga mee lembut. Dah siap!

▶️ Ulanglah proses yang sama untuk berapa hidangan anda nak buat.

 

BACA JUGA: Resepi Mee Kari Sedap Chinese Style. Leatk Sekali Sambal Rasa Lebih Padu.

 

Memang sedap sangat resepi ni. Ada yang kata lebih sedap dari yang selalu dimakan di kedai. Musim pkp tak boleh makan kat kedai ni bolehlah buat sendiri untuk melepaskan rindu.

Kepekatan kuahnya bergantung macam mana nak buat ikut selera anda. Kalau nak kurang pekat, kurangkan masuk air tepung jagung. Begitu juga sebaliknya.

Pada yang sesiapa minat sangat hidangan ni, bolehlah buat ikut resepi mee sizzling marvelous dari perkongsian Suzana Othman ni. Jangan lupa mencubanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.